- Bengkak di bahagian gigitan serangga.
- Demam, ruam, badan letih dan sakit.
- Kelopak mata bengkak.
- Sakit kepala.
- Hilang selera makan.
- Mual, cirit-birit atau muntah.
- Nod limfa bengkak.
- Limpa dan hati bengkak.
Fasa kronik
Jika fasa akut tidak dirawat, ia berisiko membawa kepada fasa kronik yang mungkin berlaku 10 hingga 20 tahun selepas jangkitan. Terdapat risiko komplikasi yang serius jika tidak dirawat iaitu:
- Jantung – degupan jantung tidak sekata, kegagalan jantung kongestif, serangan jantung.
- Usus – saiz esofagus (kerongkong) dan usus besar bertambah sehingga sukar untuk menelan makanan dan membuang air besar.
Rawatan melibatkan ubat parasit dan kawalan simptom
Ubat parasit hanya efektif jika diberikan semasa fasa akut. Dalam fasa kronik, rawatan difokuskan terhadap mengawal simptom dan komplikasi.
Pencegahan boleh dilakukan melalui penggunaan ubat serangga untuk mengelakkan gigitan pepijat tersebut, terutamanya jika anda merancang untuk pergi ke negara-negara Amerika Latin, walaupun kes dalam kalangan pelancong jarang berlaku.
Selain melalui gigitan “serangga cium”, penyakit Chagas juga dilaporkan tersebar melalui makanan yang dicemari najis triatomine mengandungi T. cruzi, dari ibu mengandung ke bayi dalam kandungan, dan pemindahan darah (parasit tersebut berkembang biak dalam darah) atau organ.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen