Erythromelalgia, juga dikenali sebagai penyakit Gerhardt, penyakit Mitchell dan penyakit Weir-Mitchell merupakan punca sakit kaki yang turut mengakibatkan kemerahan dan kepanasan pada kaki.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Erythromelalgia, juga dikenali sebagai penyakit Gerhardt, penyakit Mitchell dan penyakit Weir-Mitchell merupakan punca sakit kaki yang turut mengakibatkan kemerahan dan kepanasan pada kaki.
Penyakit jarang berlaku akibat gangguan darah ini juga boleh berlaku pada tangan, lengan, telinga dan muka!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.
Tiga simptom utama erythromelalgia adalah rasa sakit, merah dan panas pada kulit.
Kaki merupakan bahagian yang selalu terjejas, tetapi tangan, lengan, telinga dan muka juga boleh mengalaminya.
Kesakitan boleh jadi ringan, seperti rasa diusik pin dan jarum, sehingga ke tahap kesakitan yang teruk hingga sukar berjalan, berdiri, bersosial, bersenam dan tidur.
Ia boleh mempunyai kesan yang signifikan terhadap kehidupan harian seseorang.
Pesakit erythromelalgia biasanya mengalami episod atau serangan kesakitan yang berlanjutan dari beberapa minit ke hari.
Serangan kesakitan biasanya bermula sebagai rasa gatal-gatal, yang bertambah buruk menjadi rasa sakit, dan kulit sakit bila disentuh, menjadi kemerahan atau panas apabila disentuh.
Simptom lain punca sakit kaki ini termasuklah:
Erythromelalgia dipercayai berlaku disebabkan kelainan vasomotor atau masalah fungsi kawalan saluran darah menyebabkan gangguan dalam aliran darah kepada bahagian yang terjejas.
Dalam kebanyakan kes, punca erythromelalgia tidak diketahui. Pun begitu, ia boleh berlaku disebabkan masalah atau penyakit lain atau gen yang rosak yang diwarisi daripada ibu bapa.
Kerosakan pada gen tersebut menyebabkan perubahan dalam isyarat rasa sakit yang dihantar ke otak, menyebabkannya meningkat atau dikuatkan.
Antara keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan punca sakit kaki ini ialah:
Punca sakit kaki ini juga berlaku disebabkan oleh ubatan yangtertentu. Rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom erythromelalgia biasanya dicetuskan oleh peningkatan suhu badan.
Ini boleh berlaku dalam keadaan berikut:
Berikut merupakan rawatan untuk menangani punca sakit kaki ini:
Menyejukkan kulit yang terjejas dan mengangkat bahagian badan tersebut boleh membantu melegakan simptom.
Kulit boleh disejukkan menggunakan kipas, air sejuk, permukaan sejuk atau pek gel sejuk.
Walau bagaimanapun, elakkan menggunakan ais atau sebarang benda yang terlalu sejuk, dan jangan membasuh tangan atau kaki dalam air sejuk pada waktu yang lama.
Ini boleh mengakibatkan hipotermia atau kerosakan kulit. Bahkan terdapat risiko episod serangan apabila bahagian yang terjejas kembali hangat.
Sesetengah ubat yang digunakan secara langsung pada kulit (ubat topikal) didapati dapat membantu melegakan simptom punca sakit kaki ini.
Ubat topikal boleh didapati dalam bentuk krim, gel, semburan atau tampalan. Anda boleh menyapu krim atau tampalan capsaicin (cili) untuk menjadikan reseptor haba pada kulit anda kurang sensitif.
Lidocaine (bius setempat) juga boleh didapati secara preskripsi dalam bentuk krim, gel atau semburan.
Doktor anda akan memberi lebih banyak maklumat tentang ubat-ubatan tersebut dan memaklumkan jika ia sesuai untuk anda.
Anda juga boleh bercakap dengan ahli farmasi anda tentang krim lidocaine.
Sebilangan ubat yang diambil melalui mulut boleh membantu melegakan simptom erythromelalgia.
Anda mungkin perlu mencuba beberapa ubat yang berbeza, di bawah pengawasan doktor anda, sebelum anda menemui satu atau gabungan yang paling sesuai untuk anda.
Pilihan rawatan anda juga bergantung kepada jenis erythromelalgia yang anda miliki.
Kebanyakan rawatan memerlukan rujukan ke pusat pakar supaya manfaat dan kesan sampingan ubat dapat dipantau dengan teliti.
Jenis ubat yang mungkin disarankan oleh doktor anda untuk sakit kaki ini termasuklah:
Dalam sesetengah keadaan, apabila ubat oral tidak dapat mengawal simptom, ubat boleh diberikan terus ke dalam aliran darah melalui titisan (infusi intravena).
Lidocaine, bius setempat yang boleh membantu sakit saraf yang berkaitan, boleh diberikan dengan cara ini.
Tetapi berapa lama ia berkesan bergantung kepada pesakit.
Doktor anda akan menerangkan prosedur ini kepada anda dan bagaimana anda perlu bersedia untuknya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen