Bagaimana Mencegah Kanser Ovari daripada Merebak?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kanser ovari adalah salah satu jenis kanser yang berbahaya, tetapi jika ia didiagnosis pada peringkat awal, kadar survival (masa hayat) boleh menjadi sehingga 95%. Inilah cara untuk mengenal pasti simptom-simptom kanser ovari dan mengambil langkah pencegahan awal.

Kanser ovari “pembunuh senyap”

Simptom-simptom kanser ovari sering dikelirukan dengan masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, ia sering dianggap tidak serius sehinggalah kanser telah merebak ke peringkat selanjutnya. Beberapa simptom kanser ovari adalah:

  • Perut kembung atau bengkak
  • Rasa penuh dengan cepat selepas makan, walaupun makan hidangan kecil
  • Berat badan menurun atau menaik
  • Sakit belakang
  • Perubahan dalam tabiat usus, seperti sembelit atau cirit-birit
  • Kerap membuang air kecil
  • Perdarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan
  • Keletihan melampau, mudah letih

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami simptom-simptom di atas, ia tidak bermakna bahawa anda sudah pasti mempunyai kanser ovari. Anda harus segera membuat temu janji dengan doktor anda untuk pemeriksaan.

Berapa cepatkah kanser ovari merebak?

Doktor menggred tumor mengikut seberapa cepat mereka menjangka ia berkembang. Kanser yang kelihatan sama dengan tisu normal akan tumbuh dengan perlahan dan ditandakan gred rendah. Kanser bergred tinggi berbeza dengan tisu normal dan merebak dengan cepat. Tumor ovari dibahagikan kepada 4 gred:

  • Gred 0: Gred 0 tumor adalah yang paling sedikit agresifnya dan kelihatan seperti sel-sel tisu normal. Ia tidak mungkin merebak dan mudah sembuh
  • Gred 1: Tumor jenis ini kelihatan sangat mirip dengan sel normal. Ia cenderung berkembang perlahan-lahan
  • Gred 2: Tumor Gred 2 tidak kelihatan seperti tisu biasa. Ia berkembang dengan cepat
  • Gred 3: Tumor Gred 3 sangat berbeza dengan tisu normal. Ia berkembang dengan cepat dan dengan cara yang tidak teratur. Ia adalah jenis kanser yang paling agresif

Merawat kanser pada peringkat awal

  • Untuk kanser awal yang bergred rendah, anda hanya perlu mengeluarkan bahagian yang terjejas. Anda mungkin berpeluang untuk hamil pada masa akan datang kerana anda masih mempunyai ovari normal yang lain dan rahim anda tidak diusik. Jika anda telah menopaus dan tidak mahu mempunyai anak lagi, anda boleh mengeluarkan kedua-dua ovari dan rahim anda. Selepas pembedahan, tidak perlu rawatan lain
  • Kanser peringkat awal: Untuk kanser tahap 1, anda akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ovari, tiub Falopio (Fallopian tubes) atau rahim. Selepas pembedahan, doktor mungkin mengesyorkan anda untuk menjalani kemoterapi jika risiko untuk berulang tinggi
  • Kanser lanjut: Semasa peringkat lanjut, kemungkinan kanser anda tidak akan sembuh. Jadi, tujuan rawatan adalah untuk mengawal kanser selama mungkin

Jika kanser ovari dikesan pada peringkat paling awal, peluang untuk sembuh adalah tinggi. Jika anda mengalami beberapa simptom yang disebutkan di atas, anda harus berbincang dengan doktor mengenai ujian kanser ovari. Anda tidak patut mengabaikan apa-apa simptom yang berlaku. Diagnosis awal dapat membantu anda meneruskan hidup.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut