Memupuk Kemahiran Sosial Kanak-kanak Istimewa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Kebanyakan kanak-kanak istimewa (kanak-kanak yang kelainan upaya dalam pembelajaran) kurang mempunyai kemahiran sosial yang sangat penting untuk menjalinkan hubungan antara individu. Kanak-kanak ini cenderung mempunyai masalah berkomunikasi dengan rakan sekelas serta guru mereka.

Selain itu, mereka sering salah faham mengenai keperluan bersosial lalu gagal untuk mengawal kelakuan dan memahami akan akibat daripada perbuatan mereka sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai kawalan diri yang lemah selalunya akan dianggap bermasalah di sekolah. Mereka ini kemudiannya akan ditempatkan ke dalam program khas bersama-sama mereka yang mempunyai masalah sama untuk memperbaiki kemahiran sosial mereka.

Guru dan kemahiran sosial kanak-kanak istimewa

Dari aspek luaran, kanak-kanak istimewa ini kelihatan normal dan segala salah laku mereka seringkali ditafsir sebagai ‘kenakalan’. Terdapat banyak program tambahan yang boleh mengajar kemahiran sosial bagi membantu kanak-kanak ini mengawal kelakuan serta lebih terlibat dengan individu lain. Bagi setiap program yang ingin dibangunkan, guru perlu menjawab setiap persoalan berikut terlebih dahulu:

  1. Adakah program tersebut dikhaskan untuk kanak-kanak istimewa sahaja atau terbuka pada semua?
  2. Adakah program tersebut hanya mengajar kemahiran sahaja atau turut disertakan dengan pelbagai subjek lain?
  3. Adakah kemahiran yang diajarkan di dalam program boleh digunakan di luar program kelak?

Pertama sekali, sangat penting untuk menilai terlebih dahulu kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak ini. Ini dapat membantu guru merancang strategi dan bersikap lebih simpati dan empati terhadap mereka. Kedua, guru perlu memahami dan mempelajari cara untuk menangani kelakuan kanak-kanak ini. Contohnya, guru boleh menggunakan bahasa atau isyarat untuk memberitahu salahlaku kanak-kanak yang mudah difahami oleh mereka.

Akhir sekali, sentiasa jadi dorongan yang terbaik buat mereka. Lontarkan pujian kepada kanak-kanak ini sekiranya mereka mula menunjukkan kemajuan. Ini bukan sahaja dapat memberi galakan kepadanya malahan juga menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak lain. Apabila mereka mula berasa dihargai dalam keterlibatannya di sekolah, mereka akan terdorong untuk melakukan yang lebih baik lagi.

Ibu bapa dan kemahiran sosial kanak-kanak istimewa

Ibu bapa juga boleh membantu kanak-kanak istimewa di rumah. Caranya, ibu bapa perlu mempelajari kemahiran yang dimiliki oleh guru mereka di sekolah. Contohnya, ibu bapa perlu tahu tentang tatacara mengajar anak dalam konteks sosial. Jadikan persekitaran dalam rumah sebagai kelas untuk mengajar kanak-kanak ini bersosial di rumah. Ibu bapa boleh melakukannya dengan:

  • Mengurangkan permainan atau aktiviti yang tiada interaksi sesama individu
  • Merancang masa untuk anak bermain
  • Mencari teman untuk anak bermain
  • Memberi hadiah sebagai dorongan atau galakan kepada anak

Kanak-kanak istimewa yang memahami kelainan upaya mereka dan mengetahui cara mengendalikannya lebih bagus dalam membuat keputusan. Mereka percaya bahawa mereka mampu melakukan perubahan yang positif dalam kehidupan seharian. Mereka juga lebih selesa untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti serta tidak takut untuk menghadapi cabaran hidup. Kanak-kanak istimewa yang mempunyai dorongan, galakan dan motivasi daripada individu di sekelilingnya akan lebih mampu untuk menempuh hidup berbanding yang tidak mempunyainya.  

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nampak Sama Tapi Sebenarnya Lain! Ini Perbezaan Antara Limfoma Dan Leukemia!

    Leukemia dan limfoma kedua-duanya merupakan sejenis kanser darah. Namun, penyebab dan faktor risiko leukemia dan limfoma amat berbeza.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Periksa Kanser Testis Di Rumah? Kaum Adam Boleh Check Guna Kit Ujian Kehamilan, Tapi…

    Mungkin ramai tak tahu bahawa lelaki boleh mendapat keputusan positif ujian kehamilan jika ada kanser testis (telur zakar). Namun, adakah ia tepat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Suntikan depo provera lazim digunakan bagi mengelakkan kehamilan daripada berlaku. Seperti ubat lain, ia turut mempunyai kesan sampingan seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Kalau Sayang Anak Jangan Suka Bandingkan, Boleh ‘Koyak’ Mental Si Kecil!

    Kita biasa bandingkan anak dengan kanak-kanak lain, kan? Tapi perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak. Apakah peranan ibu bapa untuk atasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara menghilangkan sawan

    Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat

    Ditulis oleh Dr. Wazir Aiman
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    ujian sperma

    Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    hepatitis b adalah

    “Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan