Berdasarkan Kajian, Kanak-kanak Sekolah Rendah Kurang Bersenam

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/07/2020 . 2 minit bacaan

Bersenam itu satu aktiviti fizikal yang baik untuk kesihatan, bukan? Malahan untuk kanak-kanak sekolah, ia seharusnya menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan apatah lagi jika ia melibatkan aktiviti di luar rumah.

Semakin kurang bersenam

perkembangan sosial

Satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, mendapati kanak-kanak akan semakin kurang bersenam selama sejam setiap hari apabila mereka menamatkan zaman sekolah rendah. 

Kajian yang dibiayai oleh British Heart Foundation (BHF) ini dilakukan oleh pakar penyelidik dari University of Bristol, melibatkan lebih 2,000 kanak-kanak sekolah rendah daripada 57 buah sekolah. 

Kanak-kanak yang terlibat dipakaikan accelerometer selama lima hari, dua hari daripadanya adalah pada hujung minggu untuk membolehkan perbandingan dilakukan.

Daripada data yang diperolehi penyelidik menganalisis kepelbagaian aktiviti fizikal yang dilakukan kanak-kanak. 

Hasil kajian

Secara purata, kanak-kanak berusia antara 5 hingga 6 tahun akan melakukan aktiviti fizikal selama 472.6 minit seminggu.

Walau bagaimanapun, purata masa itu menurut kepada hanya 408.9 minit seminggu bagi kanak-kanak yang berusia 10 hingga 11 tahun. 

Garis panduan United Kingdom mencadangkan kanak-kanak untuk melakukan sekurang-kurangnya sejam senaman setiap hari ketika memasuki usia remaja. Ini adalah termasuk aktiviti di taman permainan, melompat tali dan sebagainya.

Hasil kajian menunjukkan 61 peratus kanak-kanak dalam tahun satu memenuhi sasaran yang disyorkan, manakala bagi kanak-kanak dalam tahun enam, hanya 41 peratus sahaja yang memenuhi saranan. 

Menurut salah seorang penyelidik, Profesor Russ Jago, “Angka penurunan sangat ketara bagi kanak-kanak perempuan, iaitu daripada 54 peratus kepada 24 peratus pada ketika mereka memasuki alam sekolah menengah. 

Lebih aktif

Aktif ketika Kanak-kanak Kaitan Antara Jantina dan Fungsi Paru-Paru

Profesor Jago berkata, melalui hasil keputusan ini menunjukkan banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kanak-kanak kekal aktif ketika mereka menjengah usia remaja. Ini adalah penting untuk memastikan mereka sentiasa aktif. 

Menurut Pengarah Perubatan BHF, Profesor Jeremy Pearson, “Hampir satu pertiga kanak-kanak di UK mempunyai berat lebih daripada yang sepatutnya.

Ini bermakna keperluan untuk kekal  aktif adalah amat perlu. Ia juga perlu digabungkan dengan pelbagai faktor lain seperti pemakanan yang seimbang.”

Penjagaan kesihatan

Menjaga  kesihatan harus bermula daripada usia kanak-kanak lagi. Ini dapat mengurangkan risiko kecenderungan untuk mengalami obesiti atau sebarang masalah kesihatan lain.

Dalam masa yang sama, galakkan anak anda bersenam dan melakukan aktiviti fizikal, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Rahsia Langsing Che Puan Syamim: 9 Tahun Tak Sentuh Nasi – Ini Tip Efektif Turun Berat?

Pernahkah anda tertanya apakah cara turun berat badan yang Che Puan Syamim Farid amalkan? Adakah ia sesuai untuk anda? Jom ikuti artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/03/2020 . 3 minit bacaan

Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

Sukan tinju adalah aktiviti lasak yang sangat bagus untuk sistem kardiovaskular. Selain dapat melatih otot, terdapat banyak lagi manfaat sukan tinju!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 09/02/2020 . 3 minit bacaan

Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

Untuk cergas, cara paling mudah adalah dengan melakukan senaman. Tetapi bolehkah pengambilan suplemen dapat menjadikan badan anda cergas tanpa bersenam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/01/2020 . 4 minit bacaan

Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan

Bersenam antara cara terbaik memperbaiki tahap kesihatan secara menyeluruh. Tetapi terdapat beberapa salah faham mengenai senaman yang menjadi ikutan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 09/01/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

menjadi ibu

Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan

Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 minit bacaan
7-cara-mengatasi-kegelisahan

Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/04/2020 . 3 minit bacaan

PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 25/03/2020 . 3 minit bacaan