backup og meta

7 Perkara Ibu Bapa Anak Autisme Mahu Anda Tahu

7 Perkara Ibu Bapa Anak Autisme Mahu Anda Tahu

Sebagai ibu bapa anak autisme, sudah pasti akan berlaku banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi sepanjang membesarkan mereka. Namun begitu, ia mungkin akan lebih menyenangkan dan menenangkan ibu bapa jika individu luar mengetahui perkara yang sepatutnya anda tahu mengenai anak autisme. Ikuti artikel ini untuk mengetahui 7 perkara ibu bapa anak autisme mahu anda tahu.

#1. Spektrum autisme adalah luas dan pelbagai

Ibu bapa anak autisme sangat mahu anda tahu bahawa setiap anak autisme boleh didiagnosis dengan spektrum yang berbeza mengikut individu. Ini bermakna keadaan dan kondisi setiap kanak-kanak autisme mungkin sedikit berbeza sesama mereka. Oleh itu, jangan pula anda bersikap stereotaip dan mengganggap bahawa autisme itu adalah sejenis kondisi mental yang sama sahaja.

#2. Anak autisme juga memerlukan kasih sayang

Ya, anak autisme juga berhak dan sangat memerlukan kasih sayang daripada setiap individu yang berada di sekeliling mereka. Oleh itu, anda sebagai individu luar tidak seharusnya mengabaikan mereka jika anak autisme ini berinteraksi dengan anda. Sebaiknya, tunjukkan kepada mereka lebih kasih sayang, kesabaran dan perhatian yang lebih setiap kali bersemuka dengan mereka.

#3. Anda tidak perlu kekok dengan anak autisme

Sehubungan dengan itu, anda juga tidak perlu kekok dengan mereka. Jangan sesekali melayan mereka berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Walaupun mungkin cara mereka agak tersendiri, mereka sebenarnya masih sama seperti kanak-kanak biasa dan anda tidak perlu menganggap mereka sebagai pelik kerana ia hanya akan mendatangkan rasa tidak selesa pada mereka.

#4. Anak autisme mungkin akan berkelakuan pelik

Ini merupakan perkara yang ibu bapa mereka sendiri tidak boleh kawal. Anak autisme mungkin akan menjerit dan membuat bunyi-bunyi pelik ketika berada di sekitar anda. Meskipun ia mungkin agak mengganggu anda, jangan sesekali mengecam mereka dan memandang mereka dengan pelik. Ia sebenarnya merupakan antara cara untuk mereka meluahkan apa yang mereka mahu kepada ibu bapa mereka.

ibu bapa anak autisme

#5. Jangan pula anda mengecam ibu bapa anak autisme

Hanya kerana kelakuan pelik yang dibuat oleh anak autisme, jangan pula anda mengecam ibu bapa mereka. Bukan ibu bapa tidak mahu menjaga atau membiarkan mereka terlepas, tetapi anak autisme masih merupakan seorang kanak-kanak yang biasa dan sangat memerlukan masa untuk bermain dan berekreasi. Sebaiknya, berikan sokongan dan galakan malahan bantuan, jika boleh, kepada ibu bapa mereka.

#6. Anak autisme sebenarnya sangat pintar

Ketahuilah bahawa anak autisme ini sebenarnya sangat pintar! Mereka cenderung untuk mempunyai bakat tersendiri yang belum tentu dimiliki oleh kanak-kanak normal. Hakikatnya, anak autisme ini sebenarnya adalah pintar, cuma pemikiran mereka yang agak sedikit berbeza daripada kanak-kanak lain.

#7. Terima anak autisme seadanya mereka

Meskipun anak autisme dianggap tidak normal pada pandangan mata individu luar, mereka masih merupakan anugerah yang tidak ternilai buat ibu bapanya. Oleh itu, anda perlu terima dengan hati yang terbuka akan keberadaan anak autisme ini seadanya mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Things Parents of Kids on The Autism Spectrum Wish You Knew. https://www.autismspeaks.org/blog/10-things-parents-kids-autism-spectrum-wish-you-knew. Accessed on April 29, 2019.

8 Perkara Ibu Bapa dengan Anak Autisme Ingin Anda Tahu. https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-autisme-ibu-bapa. Accessed on April 29, 2019.

Versi Terbaru

17/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kudis Api, Masalah Kulit Kanak-Kanak Yang Lebih Bahaya, Ibu Bapa Perlu Awasi Tanda Ini!

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan