Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Minggu ke-34

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Bayi anda kini meneroka objek dengan goncangan, menghantuk, menjatuhkan  dan membuang bahkan mencuba kaedah menggigitnya. Anda boleh melakukan aktiviti berdasarkan objek tersebut dengan membaling, menekan, goncang, dan membuka untuk menarik minat mereka.

Pada minggu kedua bulan kelapan, anak anda mungkin akan dapat:

  • Mengalihkan kiub atau objek lain dari satu tangan ke tangan yang lain;
  • Memeriksa objek dengan menggoncang, memukul, menjatuhkan dan membuang 
  • Berdiri berpegang kepada seseorang atau sesuatu;
  • Menentang jika anda cuba untuk mengambil mainannya;
  • Berusaha untuk mendapatkan mainan yang di luar jangkauan;
  • Bermain sorok dan agah;
  • Mendudukkan diri dari kedudukan meniarap.

Sokongan untuk bayi anda

Bayi anda juga akan terpesona dengan mainan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu, seperti telefon. Jika mereka tidak boleh memegangnya sendiri ke telinga, anda patut melakukannya untuk mereka dan berpura-pura untuk berbual. Dalam beberapa bulan yang mendatang, mereka akan mula menggunakan objek untuk tujuan yang sepatutnya- memberus rambut mereka, minum menggunakan cawan dan membebel pada telefon mainan mereka.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang perlu saya bincangkan dengan doktor?

Kebanyakan doktor tidak menjadualkan pemeriksaan yang kerap untuk bayi bulan ini. Ini lebih baik memandangkan kebanyakan bayi masa ini tidak menikmati lawatan ke pejabat doktor. Hubungi doktor jika terdapat sebarang kebimbangan yang tidak boleh anda tunggu sehingga lawatan bulan depan.

Apakah yang perlu saya tahu?

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu:

Keracunan

Ketahui bahan-bahan beracun, dan hindarkannya dari rumah anda:

  • Semak label setiap produk kimia di rumah anda.
  • Pastikan kosmetik, produk penjagaan diri, ubat-ubatan, vitamin dan mineral tambahan, bahan pencuci, racun perosak, dan semua bahan-bahan rumah lain dikunci dan di luar capaian bayi anda.
  • Jika boleh, beli ubat-ubatan yang mempunyai penutup yang tidak boleh dibuka anak anda dan cari produk isi rumah yang paling kurang toksik.
  • Simpan bahan-bahan berbahaya di dalam bekas asal untuk mencegah tercampur-
  • Jangan panggil ubat “gula-gula” atau mengambilnya dalam pandangan bayi anda. (Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku)
  • Pastikan tumbuhan ruamh jauh daripada jangkauan bayi anda.

Racun ialah sebarang bahan yang membahayakan badan. Walaupun sesetengah racun hanya menyebabkan sakit perut sementara,  racun lain boleh merosakkan paru-paru atau usus, dan ada yang membawa maut.

Anda boleh belajar langkah berikut apabila bayi anda keracunan:

  • Jika bayi anda tidak boleh bernafas, lakukan bantuan pernafasan dan hubungi 999.
  • Hubungi 999 juga dengan segera jika bayi anda hilang kesedaran, menjadi amat mengantuk, rasa terbakar, seperti mempunyai sakit tekak yang teruk, atau mengalami sawan. Walaupun anda tidak melihat tanda-tanda itu, hubungi pusat kawalan racun tempatan anda dan minta nasihat – kadangkala simptom boleh ditangguhkan.
  • Cuba keluarkan sebarang bahan yang didapati dalam mulut bayi anda dan simpan sampel jika boleh.
  • Jangan cuba untuk membuat mereka muntah atau memberi mereka ipecac atau arang yang  diaktifkan – anda perlu mendapatkan arahan profesional pertama.
  • Apabila anda menghubungi nombor kecemasan, anda mungkin akan diminta memaklumkan nama bahan yang ditelan bayi anda, masa dan jumlah yang diambil, umur dan berat bayi anda, tanda-tanda yang mereka alami, dan nombor telefon anda.
  • Jika ia adalah pada pakaian mereka, bawa mereka keluar. Bilas kulit bayi anda dengan air suam dan terus sekurang-kurangnya 15 minit jika terdapat luka terbakar.
  • Jangan gosok minyak atau gris pada luka terbakar kerana  boleh memburukkan lagi keadaan.
  • Jika racun dalam mata bayi anda, cuci mata, tuangkan air di selama 15 minit dan cuba untuk membuatkan bayi anda berkelip.
  • Hubungi pusat kawalan racun untuk mengetahui apa lagi yang disyorkan untuk bahan tertentu.

Bayi masih belum merangkak lagi

Ia tidak adil untuk membandingkan. Mrangkak hanyalah satu kemahiran pilihan dan tidak boleh mengukur keseluruhan perkmbangan bayi. Sesetengah bayi merangkak apabila mereka mencapai enam bulan (terutamanya jika mereka telah menghabiskan banyak masa bermain dalam keadaan meniarap). Terdapat bayi yang lambat merangkak kemudian terdapat sebilangan besar yang tidak pernah merangkak. Selagi tahap perkembangan penting bayi berterusan (seperti duduk – kemahiran yang mesti dikuasai bayi sebelum mereka merangkak), segala-galanya masih baik.

Mereka yang memilih untuk tidak merangkak terbatas pergerakannya sementara waktu sehinggalah mereka memikirkan bagaimana untuk berdiri, (dari kerusi ke meja kopi ke sofa), dan akhirnya berjalan. Malah, ramai bayi yang tidak pernah merangkak akhirnya berjalan lebih awal daripada perangkak cekap, yang mungkin telah selesa berjalan empat kaki selama berbulan-bulan.

Malah dalam kalangan bayi yang tidak merangkak, gaya mereka berbeza-beza. Bergerak dengan perut atau mengensot biasanya mendahului keupayaan merangkak, walaupun sesetengah bayi terus mengensot setelah itu. Ramai yang boleh mula merangkak ke belakang atau ke tepi. Ada yang mengensot dengan satu lutut atau dengan punggung, dan ada yang berjalan dengan tangan dan kaki. Ini adalah peringkat yang dilalui ramai bayi sebelum berjalan.

Kaedah yang bayi pilih untuk sampai dari satu tempat ke tempat yang lain adalah kurang penting berbanding kenyataan bahawa mereka berusaha untuk bergerak bebas. Sesetengah bayi tidak merangkak kerana mereka tidak diberi peluang. Seorang bayi yang menjalani harinya dengan terbatas kepada tempat tidur bayi, kereta sorong, pengendong bayi dan tempat permainan tidak akan belajar bagaimana untuk membangunkan diri mereka dengan keempat kakinya atau menggerakkan tangan dan lutut mereka. Pastikan bayi anda menghabiskan  masa di atas lantai dengan meniarap (jangan bimbang tentang kotoran selagi lantai telah disapu atau vakum untuk membersihkan kotoran kecil, objek berbahaya perlu dibersihkan juga). Untuk menggalakkan mereka untuk bergerak ke hadapan, cuba letakkan mainan kegemaran atau objek yang menarik dalam jarak yang pendek di hadapan mereka. Anda harus ingat untuk menutup lutut memandangkan lutut yang terdedah  kepada lantai keras sejuk atau permaidani kasar boleh  menyebabkan ketidakselesaan. Ia mungkin tidak menggalakkan bayi anda daripada cuba untuk merangkak.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Anda mungkin tertanya-tanya tentang mengajar bayi anda bagaimana menggunakan isyarat. Malah, kanak-kanak yang tahu bagaimana untuk memberi isyarat pasti akan mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Sebaik sahaja kanak-kanak boleh bercakap dan bahasa mereka boleh difahami, manfaat penggunaan isyarat berkurangan dan akhirnya hilang. Jadi jangan menggunakan isyarat kerana anda fikir ia akan membuat anak anda lebih bijak atau membantu mereka berkembang dengan baik; anda perlu memilih untuk menggunakannya kerana ia akan membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik dengan mereka sekarang. Jika anda ingin menggunakan isyarat dengan bayi,ini adalah cara-caranya:

  • Bermula dari awal. Bermula sebaik sahaja bayi anda menunjukkan minat aktif dalam berkomunikasi dengan anda, ketika mereka sekurang-kurangnya lapan atau sembilan bulan, namun tiada salahnya bermula lebih awal. Kebanyakan bayi akan membalas dengan isyarat antara sepuluh dan empat belas bulan.
  • Berikan isyarat yang semula jadi. Gunakan bahasa isyarat semula jadi yang difahami anda dan bayi anda. Sebarang isyarat mudah yang sesuai dengan perkataan atau frasa juga boleh. Mengepak tangan untuk “burung” misalnya, atau menggaru di bawah ketiak untuk “monyet”, tangan disatukan dan kepala melentok untuk “tidur” gosok perut untuk “lapar” tangan dibentukkan cawan diletakkan ke mulut untuk “minum” jari menyentuh ke hidung untuk “bau”.
  • Beri bayi anda tanda isyarat yang mereka perlukan. Tanda isyarat yang paling penting untuk dikembangkan dan diajar adalah yang memudahkan bayi anda mengekspresikan keperluan harian seperti kelaparan, kehausan, dan keletihan.
  • Gunakan isyarat secara konsisten. Dengan melihat isyarat yang sama berulang-ulang, bayi anda akan dapat memahaminya dan meniru dengan cepat.
  • Bercakap dan berisyarat pada masa yang sama. Untuk memastikan bayi anda mendapat tahu kedua-dua isyarat dan perkataan yang dituturkan, gunakan kedua-duanya sekali.
  • Ajak seisi keluarga. Lebih ramai orang dalam kehidupan bayi anda yang boleh bertutur dalam bahasa mereka, lebih bahagia perasaan mereka. Adik-beradik, datuk nenek, penjaga, dan sesiapa sahaja yang menghabiskan banyak masa dengan bayi anda perlu membiasakan diri dengan sekurang-kurangnya tanda isyarat yang paling penting. Ikut tanda isyarat bayi anda. Ramai bayi mencipta tanda isyarat mereka sendiri. Sentiasa gunakan tanda isyarat yang mereka cipta, yang lebih bermakna kepada mereka.
  • Jangan memaksa tanda isyarat. Berbahasa isyarat, seperti semua bentuk komunikasi, harus dikembangkan secara semula jadi dan pada tahap bayi itu sendiri. Bayi belajar dengan lebih baik melalui pengalaman, bukan melalui pengajaran formal. Jika bayi anda seperti enggan menggunakan tanda isyarat tertentu, elakkan menggunakannya.

Anda telah membuat melalui minggu 34. Jangan risau. Anda tidak keseorangan. Kami akan berada di sini untuk memberikan anda sokongan minggu depan, pada minggu 35.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut