Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Minggu ke-26

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Pada minggu kedua dalam bulan yang keenam, bayi anda mungkin boleh:

  • Menahan beban berat pada kaki apabila ditegakkan
  • Duduk tanpa sokongan;
  • Memandang ke arah suara;
  • Bergurau (mencipta bunyi gurauan dengan semburan air liur).

Sokongan untuk bayi anda

Bayi anda mungkin gemar menggunakan satu tangan untuk satu masa dan kemudian beralih ke tangan yang lain. Tetapi anda tidak akan dapat menentukan dengan tepat tangan mana yang akan mereka gunakan kelak sehingga bayi berusia kira-kira dua atau tiga tahun. Jangan cuba untuk mempengaruhi keupayaan anak anda kerana kecenderungan tangan telah ditentukan sebelum kelahiran. Jika anda memaksa anak anda menggunakan satu tangan sedangkan mereka cenderung untuk menggunakan tangan yang lain, anda boleh menyebabkan kekeliruan dan masalah dengan koordinasi tangan-mata, ketangkasan dan keupayaan untuk menulis abjad di kemudian hari.

Jika anda ingin mengajar bahasa isyarat, ini adalah masa yang baik. Memberikan anak anda cara untuk meluahkan perasaan boleh membantu mengurangkan keresahan pada bayi. Sebagai permulaan, cuba menggunakan isyarat tangan apabila anda menggunakan kata-kata umum seperti “buku” (buka tapak tangan yang sebelumnya tergenggam) atau “lapar” (tangan pada perut anda).

Bayi anda akan suka meniru, terutamanya meniru bunyi dan bahasa. Kadangkala anda perlu biarkan bayi anda mengawal permainan dan anda yang meniru bunyi bayi anda.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?

Bergantung kepada keadaan tertentu bayi, doktor akan melakukan ujian fizikal keseluruhan, menggunakan teknik diagnostik dan prosedur yang berbeza. Doktor atau jururawat akan memeriksa semua atau kebanyakan daripada yang berikut:

  • Pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan semula sebarang masalah sebelumnya. Dari sekarang dan masa akan datang, doktor akan memeriksa mulut bayi anda untuk memeriksa gigi yang semakin tumbuh atau akan tumbuh.
  • Menilai pertumbuhan. Doktor mungkin bergantung kepada pemerhatian dan nota anda mengenai apa yang bayi anda lakukan, atau melaksanakan penilaian, ┬áseperti memerhati kawalan kepala apabila duduk; melihat; mendengar; mencapai objek, bermain objek kecil, menggolekkan dan menggalas berat pada kaki; berinteraksi dan doktor akan cuba untuk mendengar suara mereka.

Apa yang patut saya tahu?

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu:

Vitamin dan makanan tambahan

Suplemen Vitamin D adalah makanan untuk bayi yang menyusu badan dan yang minum kurang daripada 960 ml susu setiap hari. Walaupun badan boleh menghasilkan vitamin D apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari, adalah lebih baik untuk mengurangkan masa bayi anda terdedah kepada matahari kerana kulit bayi adalah sangat nipis dan sensitif. Selalu terdedah kepada cahaya matahari menyumbang kepada risiko kanser kulit dan kedutan. Losyen pelindung matahari akan membantu memastikan anak anda selamat, tetapi ia juga menghalang tubuh untuk menghasilkan vitamin D sendiri.

Untuk vitamin lain, doktor mungkin atau mungkin tidak mencadangkan anda mengubah diet bayi anda secara beransur-ansur, walaupun terdapat pengecualian. Sebagai contoh, vitamin tambahan mungkin diperlukan jika bayi anda pramatang, mempunyai berat lahir yang rendah atau saiz kecil untuk usia kandungan, bayi anda kurang menghisap susu ibu atau susu formula dan kurang makan berbanding kanak-kanak lain, atau mereka mempunyai masalah kronik yang menjejaskan keupayaan untuk makan dan mencerna. Tanya doktor anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Sila berunding dengan doktor anda untuk arahan mengenai penggunaan dos vitamin yang betul. Jangan sesekali memberi anak anda vitamin dan makanan tambahan yang diperuntukkan untuk orang dewasa, walaupun anda telah mengurangkan dos.

Anda hanya boleh menggunakan vitamin yang ditetapkan oleh doktor. Sebarang vitamin atau ubat berlebihan boleh menjejaskan penyerapan nutrien atau membawa bahaya.

Perubahan pergerakan usus

Bagi bayi yang menyusu badan, perubahan najis daripada lembut, likat, dan tidak berbau kepada najis hitam, tebal dan berbau mungkin mengejutkan anda. Tetapi ingat ini adalah perkara biasa. Walaupun najis bayi yang menyusu badan masih lebih lembut berbanding bayi yang menyusu botol sehingga bercerai susu, anda perlu tahu najis dan juga diet bayi anda akan beransur-ansur menjadi sama seperti orang dewasa.

Mencegah penyakit gigi

Untuk mengelakkan penyakit gigi, sila:

  • Jangan sekali-kali memberikan minuman manis kepada bayi anda, walaupun sebelum bayi tumbuh gigi atau sudah terbiasa dengan rasa manis termasuklah minuman manis seperti jus beri biru, koktel, jus buah-buahan campuran, minuman atau jus buah-buahan. Tetapi jika ingin memberikannya, cairkan jus buah-buahan dengan air kosong dan hidangkan dalam gelas jika boleh.
  • Apabila bayi mula tumbuh gigi, jangan biarkan bayi anda tidur pada waktu malam dengan botol susu formula, susu ibu atau jus. Jika anda membenarkan bayi anda minum sebelum tidur, berikan sebotol air kosong sahaja. Air yang ditapis tidak akan merosakkan gigi bayi anda.
  • Jangan biarkan bayi anda merangkak atau berbaring sambil menghisap botol dan puting tanpa kawalan anda. Menghisap sepanjang hari boleh merosakkan gigi. Menghisap botol harus dilihat sebagai sebahagian daripada rutin waktu makan atau masa snek yang hanya boleh dilakukan di tempat yang betul (tangan anda, kerusi bayi, kerusi tinggi atau kerusi lain) pada masa yang sesuai. Peraturan yang sama juga digunakan apabila bayi anda menggunakan gelas.
  • Jangan biarkan bayi anda menghisap payudara anda sepanjang malam ketika anda menjaga mereka. Susu ibu boleh menyebabkan kaviti jika anda menyusukan mereka pada waktu malam.
  • Berhenti menggunakan botol apabila bayi berusia 12 bulan.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan

Mungkin ini antara perkara yang anda risaukan sekarang:

Enggan menyusu dari botol

Cuba tip berikut untuk membantu mereka terbiasa menggunakan botol:

  • Susukan bayi anda apabila perut mereka kosong;
  • Jangan memberi botol kepada bayi anda sewaktu mereka kenyang;
  • Berpura-pura tidak mengendahkan anak anda;
  • Biarkan mereka bermain sebelum makan;
  • Jangan meneruskan penyusuan badan dengan bayi anda;
  • Cubalah dengan air kegemaran anak anda;
  • Dodoi bayi supaya tertidur;
  • Tahu apabila anda perlu menurut kehendak mereka buat sementara waktu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut