Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Pada 38 minggu, bayi anda mampu untuk:
Bayi anda kini boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengalihkannya. Beri mereka baldi plastik dan beberapa blok berwarna-warni supaya mereka boleh berlatih kemahiran baru ini. Pastikan mainan tidak begitu kecil sehingga boleh ditelan. Mereka juga suka mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti tombol, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh bayi anda gerakkan di atas lantai juga menyeronokkan.
Jika anda mengambil mainan dari mereka, bayi anda mungkin semakin tegas membantah. Mereka sekarang benar-benar dapat menentukan kehendak mereka. Pastikan anda memberi mereka mainan baru sebelum anda mengambil mainan asal.
Kira-kira separuh daripada bayi pada usia ini akan memulakan permainan menghulur, jadi anda boleh menjadi rakan sepermainan mereka. Cuba golekkan bola kepada bayi anda dan lihat sama ada mereka menggolekkannya kembali kepada anda. Beri mereka mainan susunan dan lihat jika mereka menyusun atau menimbunkan atau menyerahkan kepingan kepada anda. Mereka juga akan suka untuk berkongsi makanan mereka, maka terimalah tabiat ini dengan gembira.
Pemeriksaan fizikal, bilangan dan jenis teknik penilaian yang digunakan dan prosedur yang dilakukan juga akan berbeza mengikut keperluan individu bayi. Tetapi, secara umum, anda boleh menjangkakan perkara berikut pada rutin pemeriksaan:
Bercerai susu secara sendiri
Bayi anda mungkin menyusu hanya beberapa saat pada satu masa. Mereka mungkin kelihatan tidak memberi perhatian atau terganggu sewaktu penyusuan. Jangan terkejut jika keinginan bayi anda untuk menyusu kembali, kerana perkembangan bayi mengurangkan minatnya buat sementara waktu.
Semua bayi boleh berhenti menyusu secara semula jadi, tetapi ia jarang berlaku pada usia sebelum 9 atau 10 bulan. Pada waktu itu, bayi mungkin menunjukkan tanda-tanda bercerai susu secara sendiri – Anda boleh menggalakkannya dengan cara memberikan penyusuan botol dan memberi makanan pejal.
Kurangkan bilangan sesi penyusuan secara beransur-ansur, dan tawarkan alternatif kepada bayi anda. Mulakan dengan mengurangkan penyusuan siang hari, dan kemudian penyusuan awal pagi dan akhirnya penyusuan di waktu malam. Alihkan perhatian bayi anda dan mereka mungkin terlupa dan berpuas hati dengan botol atau cawan susu sebagai ganti.
Berdiri dan duduk
Seperti kebanyakan bayi yang baru belajar untuk berdiri, mereka terkandas dalam kedudukan berdiri sehingga mereka jatuh. Sebaik sahaja anda menyedari kegeraman merekan bantu mereka perlahan-lahan untuk duduk. Lakukannya perlahan-lahan supaya mereka faham bagaimana untuk melakukannya sendiri, dan mungkin akan mengambil masa beberapa hari, atau beberapa minggu.
Terdapat banyak kebimbangan pada minggu kedua bulan yang kesembilan:
Pemakan cerewet:
Berikut adalah beberapa tip khusus mengenai bagaimana untuk mengendalikan pemakan cerewet:
Bagaimanakah perkembangan bayi anda minggu 39?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen