Rupanya Ini Punca Sebenar Demam Kuning! Betul Ke Susu Ibu Sebabkan Jaundis?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/05/2020

Ada yang percaya bahawa susu ibu boleh jadi punca kepada bayi mengalami demam kuning atau jaundis. Adakah ia fakta atau mitos semata-mata? Sila ikuti artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

Susu ibu boleh menyebabkan bayi jaundis?

Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir.

Untuk pengetahuan anda, lebih daripada 50% bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.

Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya.

Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami demam kuning disebabkan susu ibu sendiri.

Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara jaundis yang dialami bayi dengan susu ibu?

Susu ibu & demam kuning

Terdapat dua jenis demam kuning yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu demam kuning susu ibu (breast milk demam kuning) dan demam kuning penyusuan susu ibu (breastfeeding demam kuning).

Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami jaundis penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi.

Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.

Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut:

  • Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.
  • Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.
  • Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.
  • Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.
  • Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
  • Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan.
  • Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.
  • Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.
  • Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.

Demam kuning susu ibu (breast milk demam kuning) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran.

Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3% bayi.

Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.

Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin.

Keadaan ini juga boleh diwarisi dalam keluarga.

Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu.

Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami demam kuning susu melainkan atas arahan doktor. 

Simptom bahaya jaundis

Demam Kuning, Punca dan Kaedah Merawatnya - fototerapi

Walaupun penyakit jaundis merupakan satu masalah biasa yang sering dialami oleh kebanyakan bayi, tetapi ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.

Antara simptom yang perlu dilihat adalah:

  • Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki.
  • Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari)
  • Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring
  • Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning)
  • Bayi yang mendapat jaundis berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.

Jaundis mudah dirawat, tetapi jika tahap jaundis tinggi boleh membawa komplikasi buruk seperti gangguan otak, masalah pembelajaran dan membahayakan nyawa bayi itu sendiri.

Ibu yang mempunyai masalah penyusuan boleh mendapat bantuan nasihat doktor dan kumpulan sokongan penyusuan ibu. Segera dapatkan rawatan jika keadaan jaundis bayi berlarutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Sedang Menyusukan Si Kecil? Ini 7 Persoalan Sering Bermain Di Fikiran Ibu – #3 Paling Penting

    Bergelar seorang ibu adalah impian wanita. Namun bagi ibu yang menyusu badan, pastinya ada persoalan tentang penyusuan sering bermain di fikiran, bukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kehidupan Bakal Berubah, Bersedialah Mak Ayah! Ada 9 Kejutan Anda Akan Alami

    Bergelar ibu bapa dengan kehadiran bayi, pastinya dinantikan pasangan berkahwin. Tetapi bersediakah anda dengan perubahan dalam kehidupan selepas bersalin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sadis! Bayi Baru Lahir 12 Hari Mangsa Termuda Jangkitan COVID-19 di Malaysia

    Bayi yang berusia 12 hari merupakan pesakit wabak COVID-19 termuda di Malaysia. Apakah prospek kesembuhan yang akan dialami olehnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 27/03/2020

    Artikel lain untuk anda

    bayi merangkak

    Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    19-perkara-sebelum-melatih-bayi-duduk

    Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    teknik-melahirkan-anak-secara-semula-jadi

    Oh, Baru Tahu! Selain Bersalin Normal & Czer, Ade 3 Lagi Kaedah Bersalin Natural

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    9-mitos-berkaitan-ibu-menyusu-badan

    Bengkak Susu, Letak Kubis Pada Payudara: Fakta? Jom Bongkar 9 Persoalan Popular Tentang Laktasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/05/2020