backup og meta

Perubahan Ketika Akil Baligh

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/07/2022

    Perubahan Ketika Akil Baligh

    Bercakap tentang akil baligh, perubahan mental dan fizikal, kebanyakan individu sukar untuk mengetahui sama ada perkembangan yang berlaku itu adalah normal atau tidak. Oleh kerana itu, artikel ini akan membincangkan tentang perubahan bagi remaja lelaki dan perempuan ketika melalui proses akil baligh.

    Bila ia berlaku?

    Proses akil baligh biasanya bermula antara usia 8 hingga 12 tahun. Bagi kanak-kanak perempuan, ia mungkin bermula pada usia 11 tahun, dan untuk kanak-kanak lelaki pada usia 12 tahun.

    Namun tempoh ini adalah berbeza bagi setiap orang. Sebagai contoh, proses ini boleh berlaku lebih awal bagi kanak-kanak perempuan yang memiliki berat badan berlebihan dan untuk kanak-kanak yang kurus, atau aktif olahraga, proses ini akan berlaku lambat sedikit.

    Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak memasuki alam akil baligh terlalu awal, sebelum berusia 8 tahun, atau terlalu banyak, selepas berusia 14 tahun, mereka mungkin perlu mendapatkan diagnosis dan nasihat dari doktor.

    Perubahan pada kanak-kanak perempuan

  • Badan akan mula menampakkan bentuk (curves) dan tulang pinggul akan mula mengembang.
  • Berat badan akan mula naik, terutama pada bahagian pinggul. Jadi boleh dikatakan penambahan berat badan bukan semuanya adalah tidak baik, malah anda akan dianggap tidak sihat jika berat anda tidak bertambah. Anda hanya perlu memastikan bahawa anda makan dengan betul dan juga melakukan senaman, untuk memastikan badan anda membesar dalam keadaan yang sihat.
  • Payudara akan mula membesar. Ia bermula dengan pembengkakan kecil pada area puting, sebelum seluruh payudara menjadi besar.
  • Menstruasi (haid) akan bermula.
  • Otot mula berkembang, namun tidak akan menjadi seperti lelaki.
  • Anda akan melihat cairan putih seperti jeli keluar dari faraj, ia akan berlaku sebelum atau antara tempoh haid, dan ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana ia adalah cara faraj berfungsi untuk mencuci.
  • Badan anda akan melepaskan pelbagai jenis hormon yang akan mempengaruhi perubahan emosi anda dengan kerap (mood swing).
  • Perubahan pada kanak-kanak lelaki

    • Penambahan berat badan.
    • Bahu menjadi lebih lebar.
    • Otot semakin membesar, dan lebih kuat.
    • Halkum semakin jelas kelihatan. Ia adalah kotak suara (larynx) yang semakin membesar dan melekat di bahagian depan kerongkong anda. Ia akan menjadikan suara anda semakin mendalam.
    • Mula menghadapi eraksi. Ia mungkin sedikit memalukan namun ia adalah normal.
    • Zakar semakin panjang dan lebar.
    • Testikel semakin besar.
    • Puting akan kelihatan seperti membesar. Walau bagaimanapun, ia perkara biasa dan akan berhenti pada tahap-tahap tertentu. Namun jika pembesarannya menunjukkan seperti perempuan, anda digalakkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dan nasihat.

    Perubahan akil baligh adalah sangat mencabar kerana anda perlu menyesuaikan diri dengan perubahan baru badan anda. Ia adalah sesuatu yang semula jadi dan tiada apa yang perlu dimalukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan