Insomnia Dalam Kalangan Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/12/2019
Share now

Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan individu itu mengalami kesukaran untuk tidur dan cenderung untuk berjaga sepanjang malam. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada kondisi ini dan kebiasaannya mereka akan mudah terjaga daripada tidur yang hanya sebentar sahaja.

Insomnia boleh diklasifikasikan kepada jangka masa panjang dan jangka masa pendek selain boleh juga dikelaskan mengikut keterukan dan kekerapan kondisi ini berlaku. Insomnia jangka masa pendek selalunya berlaku dalam tempoh beberapa hari ke beberapa minggu dan akan hilang dengan sendirinya. Manakala, insomnia jangka masa panjang pula akan berlarutan sehingga beberapa bulan atau lebih lama.   

Apakah simptom insomnia dalam kalangan kanak-kanak?

Simptom insomnia termasuklah:

  • Kesukaran untuk tidur, berjaga sepanjang malam atau mudah terjaga daripada tidur yang hanya sebentar sahaja
  • Gelisah apabila memikirkan tentang tidur
  • Kerap mengantuk pada waktu siang
  • Kerap mempunyai masalah di sekolah
  • Emosi tidak stabil
  • Depresi
  • Hiperaktif
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Agresif
  • Mempunyai masalah memori
  • Kerap melakukan kesilapan atau sering terlibat denga kemalangan

Apakah punca insomnia dalam kalangan kanak-kanak?

Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya imsomnia, termasuklah:

  • Faktor tekanan. perasaan bimbang yang berlebihan akan mengundang imsomnia
  • Pengambilan kafein atau bahan ransangan yang lain
  • Kesan sampingan ubat-ubatan yang spesifik. Sebagai contoh, ada dadah yang digunakan di dalam ubat untuk merawat hiperaktiviti boleh menyebabkan imsomnia
  • Gangguan medikal seperti fibromyalgia, kekejangan otot, pedih hulu hati boleh menyebabkan insomnia
  • Faktor persekitaran seperti bising, panas, sejuk atau kondisi lampu di dalam bilik tidur juga boleh menggangu tidur. Pastikan katil dan cadar anda selesa serta pastikan bilik tidur anda sangat selesa untuk didiami. Ini termasuklah pengehadan dalam penggunaan barangan elektronik di dalam bilik tidur.

Bagaimanakah merawat insomnia dalam kalangan kanak-kanak?

Antara pilihan yang ada untuk merawat insomnia dalam kalangan kanak-kanak adalah:

  • Jadikan tidur sebagai satu tabiat yang sihat. Ini dapat dicapai dengan mematuhi jadual tidur, menjauhi produk berkafein 4 hingga 6 jam sebelum tidur, jauhi rokok dan pelbagai jenis dadah yang lain serta elakkan melakukan aktiviti 1 jam sebelum waktu tidur seperti menonton televisyen, bermain telefon pintar atau melakukan kerja rumah.
  • Cipta suasana tidur yang selesa. Ini dapat dicapai dengan mencipta bilik tidur yang sunyi, selesa dan gelap (kecuali buat kanak-kanak yang takut gelap). Elakkan sebarang pergaduhan atau perbincangan sebelum waktu tidur.
  • Ajar anak anda untuk relaks. Gunakan teknik pernafasan yang betul atau berangan yang positif ketika sedang berbaring di atas katil untuk membantu memudahkan anak anda tidur.
  • Jangan memasang jam di dalam bilik tidur.
  • Patuhi waktu tidur untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Jadikan waktu tidur selama 9 hingga 11 jam bergantung kepada umur kanak-kanak ini sebagai rutin tidur mereka.
  • Jika anak anda tidak boleh tidur, jangan memaksa mereka. Sebaliknya, lakukan aktiviti ringan selama 15 hingga 20 minit untuk membuat mereka berasa sedikit letih. Ulang proses ini jika mereka amsih sukar untuk tidur.
  • Lakukan terapi. Bawalah anak anda berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan khidmat rawatan dan nasihat berkenaan kondisi anak anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Untuk Bakal Pengantin, Elak Sebut 3 Perkara Ini Pada Pasangan Kalau Nak Jodoh Kekal Lama

    Interaksi dalam perkahwinan penting dalam rumah tangga. Sedihnya ramai pasangan termasuk pengantin baru memandang remeh cara berkomunikasi yang betul.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

    Kita sedar risiko jangkitan coronavirus kepada individu. Tetapi bagaimana pula jika seorang ibu hamil positif COVID-19, adakah kesannya lebih bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

    Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

    Pelbagai jenis simptom telah dikaitkan dengan jangkitan virus korona baharu, antaranya adalah demam, sakit tekak dan batuk.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 01/06/2020