backup og meta

Galakkan Anak Anda Makan Banyak Ikan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    Galakkan Anak Anda Makan Banyak Ikan

    Ikan ialah salah satu makanan utama dalam hidangan harian kita. Ikan mengandungi banyak nutrien yang membawa banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Hampir setiap individu sedar akan khasiat ikan kepada kesihatan tubuh. Walau bagaimanapun, hanya sedikit sahaja yang mengetahui mengapa makan ikan baik untuk kesihatan, dan jenis nutrien yang ada pada ikan. Teruskan membaca artikel ini untuk memahami lebih lagi mengenai ikan dan bagaimana pemakanan ikan boleh membantu anak anda.

    Ikan ialah makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya. Protein yang terkandung dalam ikan adalah mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging.

    Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.

    Sesetengah ikan mengandungi banyak vitamin, seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B12, dan vitamin D. Ikan juga mengandungi pelbagai mineral, terutamanya kalsium. Malahan, kandungan kalsium dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding daging.

    Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.

    Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.

    Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.

    Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:

    • Salmon (Atlantic, Chinook, Coho, Pink, Sockeye)
    • Tilapia
    • Pollock (Atlantic & Walleye)
    • Flounder
    • Haddock
    • Ikan keli
    • Kerang
    • Tiram 
    • Udang
    • Kerang scallops

    2 jenis ikan yang terbaik untuk kanak-kanak adalah:

    Salmon

    Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.

    Tuna

    Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.

    Informasi di atas tentang ikan boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut khasiat dan sebab perlu makan ikan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan