backup og meta

7 Makanan Perlu Dielakkan Dalam Tahun Pertama Si Kecil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    7 Makanan Perlu Dielakkan Dalam Tahun Pertama Si Kecil

    7 Makanan Perlu Dielakkan Dalam Tahun Pertama Si Kecil

    Apabila anda mula memberi si kecil anda makanan berbentuk pepejal, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan di dalam menu si kecil. Anda mungkin ingin memperkenalkan makanan orang dewasa kepada mereka, namun beberapa item boleh menyebabkan si kecil anda tercekik dan boleh melemahkan sistem pencernaan mereka. Berikut merupakan 7 makanan yang perlu dielakkan.

    Madu

    Madu mempunyai banyak nutrien, namun juga boleh menjadi bahan toksik di dalam menu si kecil. Madu mungkin mempunyai spora bakteria bernama, Clostridium botulinum, penyebab berlakunya botulisme. Saluran usus bayi berumur 1 tahun ke bawah adalah lemah, jadi tidak mampu untuk melawan atau mencegah bakteria ini. Botulisme adalah penyakit yang serius namun jarang menyebabkan kematian kepada kanak-kanak. Namun, kanak-kanak yang menghidapi botulisme akan hilang selera makan, tidak gemar menyusu, sembelit dan dehidrasi.

    Susu lembu dan susu soya

    Susu lembu atau susu soya mempunyai banyak nutrien untuk kesihatan badan tetapi perlu dielakkan untuk si kecil yang berumur 1 tahun ke bawah. Susu lembu tidak mampu menyediakan vitamin C dan zat besi yang secukupnya untuk tahun pertama bayi. Walaubagaimanapun, ramai doktor menyarankan ibubapa memberi anak mereka hidangan tambahan seperto yogurt, susu penuh lemak dan keju ketika kanak-kanak mencecah umur 8 bulan. Memberi si kecil anda susu ibu atau susu formula merupakan diet terbaik sehingga mereka mencecah umur 1 tahun. 

    Jus Buah-buahan

    Untuk bayi berumur bawah 6 bulan, pakar diet tidak menyarankan untuk memberi mereka jus buah-buahan. Jus kaya dengan gula yang tidak memberi nutrien kepada bayi berbanding sebiji buah. Oleh itu, anda boleh memberi si kecil anda jus yang tidak mendatangkan perut si kecil anda banyak masalah seperti epal, anggur atau pir.

    Bijirin halus

    Bijirin halus mempunyai amaun nutrien yang tidak tetap. Jadi anda perlu memberi anak anda bijirin penuh agar mereka mendapat manfaat kesihatan yang terbaik. Produk seperti pasta, bijirin sarapan, roti, biskut dan nasi yang dijual di pasar raya dan mempunyai 100 % bijirin penuh diperlukan untuk tahun pertama bayi. Dengan membiasakan diri anda dengan makanan berbijirin penuh, anda boleh membantu mereka mempunyai diet pemakanan yang betul dewasa kelak.

    Biji

    Buah-buahan seperti tembikai, pic, prun dan ceri adalah sedap dan berkhasiat untuk si kecil anda. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan risiko tercekik. Sebelum memberi mereka buah-buahan yang mempunyai biji, pastikan anda buang bijinya terlebih dahulu. Anda juga perlu menghalang si kecil anda dari memakan biji bunga matahari dan biji labu. Jauhkan biji-biji ini dari jangkauan anak anda.

    Daging salai

    Kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah perlu diawasi agar tidak makan daging salah kerana makanan ini tidak mempunyai banyak nutrien, mengandungi kandungan nitrat dan sodium yang tinggi, kimia dan lemak binatang. Anda boleh menggantikan daging dengan ikan salai.

    Mentega kacang

    Seperti biji, bahan makanan berbentuk pepejal adalah berbahaya untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah. Makanan ini melekit sekaligus membuatkan mereka susah menelannya dan boleh menyebabkan tercekik. Mentega juga berada dalam senarai alergi tertinggi bersama dengan makanan laut, jadi berhati-hati. Jika anda mahu membiasakan si kecil anda dengan makanan ini, sapukan berhati-hati di atas roti untuk menipiskannya.

    Dengan ini, anda mampu membantu si kecil anda untuk mengetahui makanan yang sihat dan makanan yang perlu dielakkan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan