backup og meta

Hipertensi Ketika Hamil, Adakah BAHAYA?

Hipertensi Ketika Hamil, Adakah BAHAYA?

9 bulan mengandung adalah waktu penting menjaga kesihatan. Tetapi bagaimana pula kalau mengalami hipertensi ketika hamil? Adakah boleh amalkan ubat tekanan darah tinggi seperti biasa?

Hipertensi ketika hamil

Mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi – sama ada sebelum atau semasa kehamilan, memerlukan perhatian khusus kerana ia memberi kesan kepada kedua-duanya; ibu dan anak. Inilah antara apa yang anda perlu tahu mengenai hipertensi ketika hamil.

Jenis keadaan darah tinggi yang berbeza semasa kehamilan

Beberapa kes tekanan darah tinggi yang ada mungkin terbentuk sebelum kehamilan. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes di mana keadaan ini berlaku semasa mengandung. Berikut adalah beberapa jenis tekanan darah tinggi:

  • Hipertensi ketika hamil: Wanita hamil biasanya mendapat keadaan ini kira-kira selepas 20 minggu kehamilan. Tiada tanda kerosakan organ atau protein berlebihan dalam air kencing dikesan. Wanita dengan hipertensi semasa kehamilan pastinya akan menyebabkan praeklampsia pada akhir kehamilan.
  • Hipertensi kronik: Ini adalah keadaan tekanan darah tinggi yang sudah wujud sebelum mengandung atau terhasil sebelum 20 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia tidak menunjukkan simptom yang jelas, mungkin sukar untuk menentukan ketika mana ia sebenarnya bermula.
  • Hipertensi kronik dengan pertindihan bersama praeklampsia: Keadaan ini berlaku untuk wanita yang mengalami hipertensi kronik sebelum kehamilan yang kemudiannya akan memburukkan tekanan darah tinggi atau membentuk komplikasi lanjut semasa mengandung.
  • Praeklampsia: Ini adalah komplikasi kehamilan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada organ lain. Ini boleh berlaku kepada wanita dengan hipertensi kronik atau hipertensi semasa kehamilan selepas 20 minggu kehamilan. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada ibu dan anak.

Potensi risiko daripada hipertensi ketika hamil

tekanan darah tinggi

Terdapat banyak risiko yang dijangka bagi wanita hamil dengan tekanan darah tinggi, seperti:

  • Penurunan aliran darah ke plasenta: ini diterjemahkan kepada kurang oksigen dan bekalan nutrien kepada bayi, yang akhirnya mengakibatkan pertumbuhan yang perlahan, berat lahir rendah, bahkan juga kelahiran pramatang.
  • Gangguan plasenta: Ibu yang mengalami praeklampsia mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap keadaan ini. Gangguan yang teruk membawa kepada pendarahan yang berlebihan dan kerosakan pada plasenta, yang meletakkan risiko kepada kedua-dua hayat bayi dan ibu.
  • Kelahiran pramatang: Bersalin awal mungkin penting dalam beberapa kes untuk mengelakkan komplikasi yang membawa maut
  • Penyakit kardiovaskular pada masa depan: Ibu yang mengalami pra-eklampsia mempunyai risiko penyakit kardiovaskular pada masa depan. Risiko boleh menjadi lebih tinggi jika ibu mengalami banyak pra-eklampsia atau kelahiran pramatang.

Penggunaan ubatan bagi hipertensi ketika hamil

Rawatan hipertensi adalah penting untuk anda dan bayi anda memandangkan keadaan ini boleh menimbulkan komplikasi kesihatan yang serius. Walau bagaimanapun, ubat perlu diambil dengan berhati-hati semasa mengandung kerana ia boleh menjejaskan bayi anda.

Walaupun beberapa ubat untuk rawatan hipertensi dianggap selamat untuk wanita hamil, namun terdapat beberapa ubatan lain, seperti ubat perencat aktiviti enzim penukar angiotensin (ACE) dan ubat perencat reseptor angiotensin (ARB) harus dielakkan untuk wanita hamil.

Anda mesti berunding dengan doktor anda mengenai penggunaan ubat. Patuhi arahan doktor anda dan jangan menghentikan pengambilan ubat atau mengubah dos tanpa kebenaran doktor.

Bersalin dan kelahiran

Doktor anda mungkin mengesyorkan untuk mengawalkan tarikh bersalin anda untuk mencegah komplikasi. Dalam sesetengah kes, pembedahan Caesarian mungkin diperlukan.

Perihal pasca kelahiran

hipertensi ketika hamil

Anda perlu memantau tekanan darah anda dengan kerap selepas bersalin. Sekiranya bacaannya adalah normal sebelum kehamilan, bacaan anda mungkin akan kembali normal selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa anda terdedah untuk mendapat tekanan darah tinggi bagi kehamilan seterusnya ataupun kemudiannya dalam kehidupan.

Sekiranya bacaan anda tidak normal, anda mungkin mempunyai hipertensi kronik dan bukan hipertensi semasa kehamilan. Dalam kes ini, rawatan adalah penting untuk memastikan tekanan darah anda pada paras yang baik.

Penyusuan badan oleh ibu sangat disyorkan untuk kebanyakan wanita, walaupun bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan mengambil ubat.

Berbincanglah dengan doktor supaya mereka boleh mengesyorkan dos yang selamat atau ubatan alternatif. Dalam sesetengah kes, doktor anda juga mungkin menasihatkan anda supaya tidak menyusu sejurus selepas anda mengambil ubat tersebut.

Akhir kata

Mendapat hipertensi ketika hamil boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius untuk anda dan bayi anda. Ambil langkah aktif untuk mengawal tekanan darah anda sekarang.

Jika anda bimbang tentang kehamilan anda, dapatkan rundingan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang keadaan semasa anda bagi mendapatkan nasihat terbaik.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

High Blood Pressure in Pregnancy. https://www.nhlbi.nih.gov/health/resources/heart/hbp-pregnancy / Accessed 12 Sep 2016

High blood pressure and pregnancy: Know the facts. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20046098?pg=1 / Accessed 12 Sep 2016

High blood pressure in pregnancy (gestational hypertension). http://www.babycentre.co.uk/a1015657/high-blood-pressure-in-pregnancy-gestational-hypertension / Accessed 12 Sep 2016

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Baru Bersalin, Nak Makan Apa Ni? Ketahui Menu Berpantang Yang Sesuai

Ibu Bersalin Czer, Ini Antara Makanan Yang Anda Kena Elak, Cegah Luka Bernanah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan