Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 06/07/2020 . 4 minit bacaan

Alamak! Masih mengandung walaupun sudah mengambil pil perancang keluarga? Ini merupakan keluhan yang sering dilontarkan oleh pasangan suami isteri yang tidak mahu atau belum bersedia untuk memiliki cahaya mata lagi dalam kehidupan mereka. Bagi pasangan yang ingin merancang keluarga, mungkin anda perlu menggunakan pelbagai alternatif kontraseptif yang lain atau lebih baik lagi, secara semula jadi. Untuk mengetahui mengenai perancangan keluarga secara natural dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.

Fakta menarik mengenai metode perancang keluarga secara natural

  • Jika metode ini dilakukan dengan betul, ia adalah 99% efektif
  • Hanya 1 daripada 100 pasangan yang menggunakan metode ini akan hamil dalam masa 1 tahun
  • Metode ini tidak akan mendatangkan apa-apa kesan sampingan terhadap kesihatan anda
  • Anda perlu merekodkan setiap tanda kesuburan anda seperti suhu tubuh badan, cecair yang keluar daripada serviks
  • Pun begitu, tanda kesuburan anda ini mungkin boleh terjejas ekoran daripada kesakitan, stres atau faktor lain yang boleh memberi kesan kepada fizikal
  • Anda masih boleh melakukan seks semasa tahap kesuburan berada pada tahap tertinggi, cuma pastikan anda menggunakan kontraseptif seperti kondom
  • Dengan menggunakan kondom berserta metode ini, anda sudah pasti dapat mengelakkan diri anda daripada pelbagai penyakit berjangkit berkaitan seks (STI)

Apa itu metode perancang keluarga natural?

Perancang keluarga secara natural atau Natural Family Planning (NFP) adalah satu metode perancang keluarga yang tidak memerlukan sebarang ubatan atau alatan. Metode ini sangat mementingkan penelitian terhadap setiap fungsi alami tubuh badan anda untuk mengenalpasti bila waktu kesuburan anda berada pada tahap tertinggi dan terendah. Ia menggabungkan penelitian melalui metode kalendar/ritma, suhu basal tubuh badan dan mukus serviks sebagai cara mengelak kehamilan dengan mengelak hubungan seks pada waktu anda paling subur.

Bagaimana metode perancang keluarga secara natural berfungsi?

Metode NFP ini memerlukan anda dan pasangan untuk sama-sama mengenalpasti setiap tanda kesuburan anda supaya anda boleh merancang bila untuk melakukan hubungan seks dan bila untuk mengelakkannya. Terdapat 3 elemen yang paling penting untuk anda berikan tumpuan untuk merancang keluarga secara semula jadi, iaitu: 

#1. Tempoh masa kitaran haid

Semasa kitaran haid, telur akan dikeluarkan daripada ovari anda melalui proses ovulasi dan mula bergerak ke tiub fallopia. Telur yang kedua pula selalunya akan dikeluarkan 24 jam selepas telur yang pertama. Proses ini kebiasaannya akan mengambil masa 10 hingga 16 hari sebelum kitaran haid anda yang seterusnya. 

Untuk pengetahuan anda, telur hanya boleh hidup selama 24 jam selepas proses ovulasi berlaku dan sperma perlu memasuki telur ketika waktu itu. Jadi, melakukan seks semasa proses ini berlaku akan meningkatkan peluang untuk hamil. 

Jika anda melakukan seks 7 hari sebelum proses ovulasi berlaku, anda mungkin masih boleh hamil kerana sperma boleh hidup dalam tubuh badan wanita selama 7 hari dan memasuki telur yang baharu sahaja keluar melalui proses ovulasi.

Oleh itu, anda perlu memastikan waktu yang tepat proses ovulasi berlaku dalam tubuh badan anda untuk merancang waktu hubungan seks bersama pasangan.

#2. Bacaan suhu tubuh badan

Apa kaitan suhu tubuh badan dengan waktu kesuburan anda? Kaitannya adalah tubuh badan anda akan berlaku sedikit peningkatan selepas proses ovulasi. Jadi, anda perlu sentiasa mengukur bacaan suhu tubuh badan anda dengan menggunakan termometer yang dicipta khas untuk metode NFP ini. 

Caranya, mudah sahaja. Cuma lihat suhu tubuh badan anda setiap pagi selepas anda baru bangun daripada tidur. Ini perlu dilakukan sebelum anda makan atau minum dan lebih bagus jika dilakukan pada waktu yang sama pada setiap hari. 

Perhatikan selama sekurang-kurangnya 3 hari ketika suhu tubuh badan anda lebih tinggi berbanding 6 hari sebelumnya. Anda perlu sangat teliti dalam melakukannya kerana peningkatannya hanya sedikit iaitu sekitar 0.2°C bersamaan 0.4°C sahaja.

Ketika ini, anda tidak lagi berada pada tahap kesuburan yang tinggi dan anda boleh menikmati hubungan seks bersama pasangan, dengan perlindungan untuk lebih kepastian.

#3. Perubahan mukus serviks

Semasa kitaran haid anda, akan berlaku banyak perubahan pada mukus serviks anda – dari aspek amaun dan tekstur. Anda mungkin akan perasan beberapa hari selepas kitaran haid anda, faraj anda adalah sedikit kering dan tiada langsung mukus berada di situ. 

Seiring dengan peningkatan hormon dalam tubuh badan untuk proses ovulasi berlaku, anda akan perasan faraj anda akan mula mengeluarkan mukus yang agak melekit, melekat dan mempunyai warna seakan putih dan krim. Ini adalah waktu subur anda pada peringkat awal.

Selepas itu, sebelum proses ovulasi berlaku mukus itu akan menjadi semakin basah, licin dan jelas – seakan-akan putih telur. Ini adalah waktu anda paling subur. Mukus ini kemudiannya akan perlahan-lahan berubah kembali kepada bentuknya yang melekit dan melekat. Selepas 3 hari, anda tidak lagi berada pada tahap kesuburan yang paling tertinggi. 

Jadi, sila rancang bersama pasangan anda tentang waktu bila anda boleh melakukan seks dan waktu bila anda perlu mengelakkannya! Jika anda masih mahu melakukan seks juga, adalah disarankan untuk anda menggunakan kontraseptif seperti kondom untuk lebih kepastian.

Adalah lebih baik untuk wanita memerhatikan kesemua aspek dalam metode NFP secara serentak bersama dengan pasangan anda. Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh memuat turun aplikasi bantuan untuk metode NFP pada telefon pintar anda atau dapatkan khidmat khidmat doktor atau pakar kesuburan bertauliah yang arif tentang metode ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Anda pernah tak terlihat akan rambut halus pada tubuh bayi baru lahir? Itulah rambut lanugo. Bahaya ke rambut ni? Ini penerangannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 07/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bila Baby Mula Menendang? Ini 5 Cara Mudah Kira Tendangan Bayi Dalam Perut

    Ibu hamil perlu tahu cara kira dan rekod kadar tendangan bayi bagi memastikan keadaan dan perkembangan mereka terjaga. Ketahui cara mudah pengiraannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/07/2020 . 3 minit bacaan

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Perkembangan bayi boleh terganggu dek kelahiran pramatang. Mereka juga berisiko untuk mengalami komplikasi negatif. Ketahui 13 kesan buruk bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

    Perhubungan yang terjalin, khususnya antara ibu dan anak ketika dalam kandungan adalah ikatan yang paling istimewa. Tetapi bagaimana untuk menunjukkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    saiz payudara

    Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    ibu hamil

    Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/07/2020 . 3 minit bacaan
    kaedah perancang keluarga

    Cara Mudah Rancang Keluarga- Tampal Perancang Patch, Tapi Bukan Semua Wanita Boleh Pakai Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang kecemasan

    Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan