Peluang Anda Dapat Anak Kembar Tinggi Jika Ambil Asid Folik. Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran zuriat sebagai pelengkap kepada rumah tangga mereka. Bagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan cahaya mata, mungkin terlintas untuk terus mendapatkan anak kembar.

Namun, usaha untuk mendapatkan bayi kembar seringkali dikaitkan dengan kos yang tinggi seperti menggunakan kaedah Intrauterine Insemination (IUI) atau In Vitro Fertilization (IVF).

American Society for Reproductive Medicine melaporkan bahawa kehamilan kembar secara semula jadi berlaku dalam kira-kira 1 daripada setiap 250 kehamilan.

Dan, kadar ini adalah lebih tinggi dalam kalangan wanita yang mendapatkan rawatan kesuburan, di mana kira-kira 1 dalam setiap 3 kehamilan yang menggunakan rawatan kesuburan merupakan kehamilan kembar.

Selain menggunakan kaedah kesuburan yang sinonim dengan usaha untuk mendapatkan bayi kembar ini, ada lagi kaedah lain untuk membantu untuk meningkatkan peluang hamil anak kembar.

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah melalui pengambilan asid folik.

Vitamin penting asid folik

pasangan

Asid folik adalah vitamin B penting yang perlu diambil oleh wanita sebelum dan semasa hamil.

Asid folik perlu diambil sebelum hamil kerana vitamin ini merupakan salah satu komponen utama yang penting untuk menghasilkan bayi yang sihat.

Anda perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kehamilan bagi mengurangkan risiko kecacatan tiub neural seperti spina bifida pada bayi.

Pakar mengesyorkan pengambilan sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik sehari bagi wanita yang sedang merancang untuk hamil dan meningkatkan jumlah asid folik kepada 600 mikrogram semasa hamil.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran, doktor mungkin akan menyarankan untuk anda mengambil lebih daripada 400 mikrogram asid folik sehari.

Justeru itu, asid folik bukan sahaja menjadi vitamin penting yang membantu anda untuk hamil, bahkan juga membantu memastikan kehamilan yang sihat.

Berjumpalah dengan doktor bagi mengetahui dos asid folik yang perlu anda ambil untuk merancang kehamilan dan semasa kehamilan.

Anda mungkin berminat:

Bolehkah asid folik bantu pasangan hamil anak kembar?

anak kembar

Terdapat beberapa kajian kecil yang menunjukkan bahawa pengambilan asid folik boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar.

Akan tetapi, tiada mana-mana kajian besar yang mengesahkan perkara ini.

Menurut kajian yang dilakukan di Sweden, bakal ibu yang mengambil suplemen asid folik cenderung untuk mendapat bayi kembar di mana suplemen tersebut boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar.

Ahli saintis di Sweden berkata, pengambilan suplemen asid folik boleh menggandakan peluang untuk kehamilan kembar.

Ramai wanita yang mengambil vitamin asid folik sebelum dan semasa hamil untuk mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub neural, seperti spina bifida.

Di Amerika Syarikat, penambahan asid folik adalah diwajibkan dalam bijirin sarapan pagi dan roti gandum penuh sejak 1998, dan ia mencatatkan pengurangan kes spina bifida sebanyak 19 peratus.

Bagaimanapun, Dr Bengt Kallen of the Tomblad Institute in Lund, Sweden dan pasukannya mengkaji kes yang melibatkan 2,569 wanita di Swedish Medical Birth Registry, yang mengambil suplemen asid folik.

Kadar kelahiran kembar dalam kalangan wanita-wanita ini adalah sebanyak 2.8 peratus – iaitu kira-kira dua kali ganda daripada populasi umum masyarakat Sweden, iaitu 1.5 peratus kelahiran adalah kembar.

Dalam laporannya, Dr Kallen mengatakan bahawa terdapat kebarangkalian pengambilan vitamin asid folik meningkatkan kemungkinan kadar ovulasi wanita atau implantasi lebih daripada satu telur.

Sementara itu, Sir John Grimley Evans dari Oxford University menegaskan bahawa banyak lagi kajian perlu dibuat bagi mengetahui kesahihan kaitan antara asid folik dan kehamilan kembar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

Ada mengatakan vitamin ibu mengandung penting jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Sindrom carpal tunnel semasa hamil adalah normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita mengandung. Buat 7 perkara ini untuk kurangkan simptomnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/06/2020 . 3 minit bacaan

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Masih hamil walaupun beraksi di ranjang menggunakan kondom? Ia mungkin disebabkan kondom bocor! Klik artikel untuk tahu 7 sebab sebenar ia terjadi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/06/2020 . 3 minit bacaan

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 27/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mengandung anak kembar

Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada Tip Boleh Dicuba, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
hamil

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
Hiperemesis gravidarum

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
setitik air mani boleh hamil

SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan