backup og meta

Apa yang Perlu Anda Tahu tentang Plasenta Bayi Anda

Apa yang Perlu Anda Tahu tentang Plasenta Bayi Anda

Apa itu plasenta bayi dan apakah fungsinya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya..

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu plasenta bayi?

Sewaktu janin sedang tumbuh dalam badan anda, terdapat benda lain yang turut tumbuh – plasenta, yang bertanggungjawab untuk memastikan bayi anda hidup.

Plasenta adalah bekalan hidup antara bayi dan saluran darah anda sendiri.

Ia bertanggungjawab untuk memproses makanan yang anda makan dan mengubahnya menjadi sumber nutrien anak anda yang sedang berkembang.

apa itu plasenta

Bayi juga bernafas melaluinya. Inilah sebabnya mengapa anda harus mengelakkan alkohol,kafein, dan merokok kerana bahan kimia toksik boleh melalui plasenta dan menyebabkan kemudaratan kepada bayi anda.

Di samping itu, fungsi plasenta menyediakan antibodi terhadap penyakit dan berfungsi untuk menyingkirkan bahan buangan seperti karbon dioksida.

Apabila darah mengalir melalui rahim anda, plasenta menyerap nutrien, molekul imun dan molekul oksigen yang beredar melalui sistem anda.

Ia memindahkannya ke seluruh kantung amniotik – melalui tali pusat yang menghubungkan plasenta ke bayi anda – dan ke dalam saluran darah bayi anda.

Plasenta berfungsi sebagai penghalang yang menghalang kuman dalam tubuh anda dari menyerang bayi anda dan memastikan tubuh anda tidak menolak bayi anda sebagai bahan asing.

Menurut beberapa kajian terkini, saintis mendapati bahawa plasenta anda juga menghasilkan hormon dan molekul isyarat, termasuk laktogen plasenta manusia (HPL), relaxin, oxytocin, progesteron, dan estrogen, yang diperlukan untuk kedua-dua ibu dan bayi sewaktu kehamilan.

Molekul-molekul ini menggalakkan pembentukan saluran darah baru untuk aktiviti-aktiviti penting seperti membawa oksigen ke janin, menyiapkan ibu untuk menghasilkan susu dan meningkatkan metabolisme ibu untuk membantu membekalkan tenaga kepada dirinya dan bayi.

Apa itu plasenta: Dari mana asalnya

Pada minggu keempat kehamilan, segumpal sel menempel pada dinding rahim. Sesetengah sel dari gumpalan ini berpecah dan mencengkam ke dinding rahim.

Kemudian, mereka akan membentuk organ berbentuk cakera yang penuh dengan pembuluh darah dan mengambil alih tugas korpus luteum pada trimester kedua. Ini adalah bagaimana plasenta terbentuk.

apa itu plasenta

Apakah masalah plasenta yang mungkin berlaku semasa kehamilan?

Kini anda sudah mengetahui apa itu plasenta.

Ini pula antara 3 masalah biasa yang mungkin dihadapi oleh wanita semasa mengandung yang berkaitan dengan plasenta:

-Plasenta accreta: ini adalah ketika saluran darah plasenta mencengkam terlalu mendalam pada dinding rahim, meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas kelahiran.

  • Plasenta previa: ini berlaku apabila plasenta menutup keseluruhan atau sebahagian serviks, menjadikan kelahiran lebih berbahaya.
  • Plasenta pecah: plasenta tercabut terlalu awal daripada dinding rahim, mengakibatkan bekalan nutrien dan oksigen yang tidak mencukupi untuk bayi. Ibu akan menghadapi risiko pendarahan yang teruk.

Baca juga:

Apakah yang berlaku kepada plasenta selepas kelahiran?

Selepas anda melahirkan, rahim anda akan mula mengecut ke saiz asalnya. Ini bermakna plasenta akan keluar bersama dengan si kecil anda.

Jika anda tidak mengeluarkan plasenta dalam masa 1 jam, doktor anda akan mula campur tangan.

Plasenta yang tersimpan boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan teruk, jadi penting untuk memastikan keseluruhan plasenta telah dikeluarkan.

Pada masa kini, terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu si ibu menyimpan sel stem daripada plasenta dan tali pusat untuk masa yang lama.

Ini boleh digunakan  dalam merawat beberapa penyakit untuk bayi pada masa akan datang. Anda boleh bertanya pada doktor  untuk maklumat lanjut mengenai apa itu plasenta.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Placenta. https://my.clevelandclinic.org/health/body/22337-placenta, Accessed on May 26, 2023
  2. 10 Amazing Facts About the Placenta. https://parentsguidecordblood.org/en/news/10-amazing-facts-about-placenta, Accessed on May 26, 2023
  3. Placenta. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/placenta/art-20044425, Accessed on May 26, 2023
  4. About the placenta. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/about-the-placenta, Accessed on May 26, 2023
  5. Placenta praevia, placenta accreta and vasa praevia. https://www.rcog.org.uk/for-the-public/browse-all-patient-information-leaflets/placenta-praevia-placenta-accreta-and-vasa-praevia/, Accessed on May 26, 2023

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil, Ini 6 Cara Nak Bezakan Pecah Air Ketuban Dengan Air Kencing!

Perut Mengeras Semasa Hamil? Ini Sebabnya! Setiap Trimester, Lain Punca!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan