Umur si Ibu yang sudah lanjut: Sekiranya anda berumur 35 tahun atau lebih sewaktu anda bersalin, anda mempunyai risiko lebih tinggi untuk kondisi ini Masalah uri: Sekiranya terdapat masalah pada uri – struktur yang terhasil didalam rahim sewaktu mengandung – anda berisiko tinggi untuk kondisi ini Preeklampsia: Sekiranya anda mengalami preeklampsia – tekanan darah tinggi dan protein yang berlebihan di dalam air kencing selepas 20 minggu mengandung – anda berisiko tinggi untuk kondisi ini Induksi bersalin:Kajian terhad yang dilakukan menyatakan sesetengah teknik induksi boleh meningkatkan risiko embolisme cecair amniotik akan tetapi kaitan antara dua ini masih banyak keraguan. Bersalin secara pembedahan: Menjalani pembedahan caesar , bersalin menggunakan forsep atau ekstrasi vakum, meningkatkan lagi risiko anda. Prosedur-prosedur ini boleh mengganggu sekatan fizikal antara anda dan bayi. Ia tidak jelas samada bersalin secara operatif ini benar-benar menyebabkan untukkondisi ini atau sebenarnya kondisi ini telah terjadi dahulu sebelum prosedur ini dijalankan. Polihidramnios: Mempunyai terlalu banyak cecair amniotik di sekeliling bayi anda merupakan risiko bagi kondisi ini. Memahami diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakan embolisme cecair amniotik didiagnosis?
Diagnosis kondisi ini dibuat berdasarkan pemeriksaan doktor. Kebiasaannya doktor akan membuat diagnosis setelah semua kondisi lain disaring keluar. Dalam sesetengah kes, diagnosis hanya dapat dibuat setelah kematian si ibu. Beberapa ujian akan dilaksanakan termasuklah:
- Ujian darah termasuk ujian untuk memeriksa faktor pembekuan, enzim jantung, elektrolit , jenis darah dan kiraan darah lengkap
- Elektrokardiogram untuk memeriksa irama jantung
- Oksimetri nadi untuk memeriksa jumlah oksigen di dalam darah
- X-ray dada untuk melihat sebarang cecair terkumpul di sekeliling jantung
- Ekokardiografi untuk menilai fungsi jantung.
Bagaimanakah ia dirawat?
Rawatan kecemasan termasuklah:
- Memasukkan kateter: doktor akan memasukkan tiub yang halus dan kosong ke dalam salah satu arteri anda untuk memantau tekanan darah. Satu lagi tiub akan dimasukkan ke dalam vena di bahagian dada (kateter vena sentral) yang digunakan untuk memasukkan air, ubat, transfusi, dan mengambil darah.
- Oksigen:Anda mungkin memerlukan tiub pernafasan yang dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu anda bernafas
- Ubat: Doktor akan memberikan ubat untuk mempertingkatkan fungsi jantung anda. Ubat lain mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan yang berpunca dari air dalam badan yang pergi ke jantung dan paru-paru.
- Transfusi:Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak terkawal, anda akan memerlukan transfusi darah,produk darah dan penggantian cecair.
Sekiranya anda mengalami kondisi ini sebelum melahirkan anak, doktor akan merawat anda dengan tujuan memastikan bayi anda dilahirkan dengan selamat secepat mungkin. Pembedahan caesar kecemasan mungkin diperlukan.
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas embolisme cecair amniotik?
Kondisi ini tidak boleh dicegah, dan juga sukar bagi doktor untuk menjangkakan ia akan berlaku atau tidak. Sekiranya anda pernah terkena kondisi ini dan merancang untuk mengandung lagi,maklumkan kepada pakar obstetrik anda. Doktor akan membincangkan risiko kehamilan dan membuat pemantauan dengan teliti.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen