backup og meta

Ini Antara Manfaat & Risiko Epidural Semasa Kelahiran, Ambil Tahu Sebelum Bersalin!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    Ini Antara Manfaat & Risiko Epidural Semasa Kelahiran, Ambil Tahu Sebelum Bersalin!

    Terdapat pelbagai pendekatan untuk menangani kesakitan yang boleh dipilih oleh ibu hamil apabila berada pada peringkat bersalin dan ini termasuklah manfaat serta risiko epidural.

    Kaedah yang paling lazim dipilih sekarang ini adalah penggunaan anestesia epidural, disebabkan keberkesanan dan kemudahannya.

    Walau bagaimanapun, bukan semua orang cenderung kepada epidural.

    Oleh itu, penting untuk setiap ibu memahami sepenuhnya akan manfaat dan risiko epidural kepada tubuh ibu, terutamanya selepas bersalin.

    Apa itu suntikan ini?

    Epidural membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik ke dalam ruang epidural tulang belakang yang lebih rendah.

    Anestetik epidural, dadah yang berasal dari kokain, memasuki tubuh wanita dan mengebaskan saraf tunjangnya, menyekat penghantaran rasa sakit ke otak.

    Berbanding memberikan kekebasan sepenuhnya pada seluruh tubuh pesakit, anestesia epidural hanya menyebabkan sebahagian kehilangan rasa pada bahagian yang disuntik, yang membolehkan ibu untuk sedar sepenuhnya bagi menyaksikan kelahiran bayi.

    Ibu boleh mendapatkan suntikan epidural bila-bila masa yang dia mahukan, tetapi masa yang paling disarankan untuk melakukan epidural adalah ketika si ibu berada dalam sebenar-benar fasa kelahiran aktif, bermakna servik wanita ketika itu sudah terbuka antara 4 hingga 5 sentimeter.

    Manfaat epidural

    risiko epidural

    Epidural telah terbukti menjadi pelega kesakitan yang paling berkesan dalam kalangan semua jenis perubatan lain.

    Sementara 28 daripada 100 wanita menggunakan jenis pelega kesakitan lain, yang memerlukan dos kedua atau ketiga ubat tahan sakit setelah mengambil suntikan pertama mereka, hanya 1 daripada 100 wanita memerlukan bantuan perubatan tambahan selepas pengambilan dos epidural pertama.

    Selain itu, ibu boleh tetap berjaga sepanjang proses kelahiran memandangkan epidural hanya memberi kesan kepada bahagian bawah tubuhnya.

    Oleh itu, ibu boleh mempraktikkan teknik pernafasan dan kaedah keselesaan yang lain.

    Memandangkan ibu tidak merasai kesakitan, anda boleh berehat pada bila-bila masa jika berasa letih, dan mempunyai lebih tenaga untuk meneran keluar bayi.

    Jika seseorang ibu itu bergelut dengan rasa sakit yang teramat sangat semasa bersalin, tubuhnya akan melepaskan hormon stres seperti epinephrine dan norepinephrine yang boleh menghalang kontraksi, sekali gus menjejaskan kesihatan bayi dan memanjangkan tempoh kelahiran.

    Epidural dapat mengurangkan stres, kegelisahan, dan keletihan, mempercepatkan proses kelahiran dan menyediakan pengalaman bersalin yang positif untuk kedua-dua ibu dan bayi.

    Risiko epidural

    risiko epidural

    Semakin banyak jumlah epidural yang ibu gunakan, semakin tinggi risiko ibu mengalami kesan yang tidak diingini daripada ubat tersebut:

    • Penurunan tekanan darah, yang kemudiannya boleh menyebabkan mual dan pening
    • Demam (wanita yang menggunakan epidural adalah cenderung mendapat demam berbanding mereka yang menggunakan pelega kesakitan lain)
    • Kesukaran membuang air kecil
    • Sakit kepala yang teramat sangat sehingga beberapa hari (ini hanya berlaku disebabkan kebocoran cecair tulang belakang jika suntikan dibuat terlalu dalam)
    • Kelahiran yang berpanjangan
    • Tinggi risiko mendapat koyakan perineal yang teruk dan pembedahan cesarean
    • Pengurangan kadar denyutan janin
    • Penurunan tempoh penyusuan pada masa akan datang

    Wanita yang mengalami alergi kepada anestetik atau mendapat masalah pembekuan darah tidak disarankan menggunakan epidural.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan