Mengapa Iodin Penting untuk Ibu Mengandung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Update Date 28/11/2019
Share now

Semasa mengandung, ibu perlu memastikan tubuh mereka mendapat cukup vitamin, mineral, dan nutrien penting lain supaya kedua-dua ibu dan bayi sihat. Iodin ialah salah satu mineral penting yang perlu diambil oleh bakal ibu supaya bayi dalam kandungan boleh membesar dengan baik.

Mengapa ibu mengandung perlu ambil iodin?

Iodin memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bayi anda, terutama otak dan sistem saraf. Iodin juga mengawal sistem metabolisma bayi. Kekurangan iodin boleh menyebabkan keguguran, kelahiran bayi pramatang, dan kelahiran bayi mati dalam kandungan (stillbirth).

Berapakah jumlah iodin yang disarankan?

Ibu mengandung: 220 mikrogram (mcg) setiap hari

Ibu yang menyusukan bayi: 290 mcg setiap hari

Wanita yang tidak hamil: 150 mcg setiap hari

Anda tidak perlu memaksa diri untuk mendapatkan jumlah iodin tersebut setiap hari. Sebaliknya, cuba untuk mendapatkan secara purata jumlah yang sesuai untuk beberapa hari atau seminggu.

Sumber makanan yang mengandungi iodin

Sumber iodin yang baik termasuklah:

  • Susu
  • Ikan kod
  • Prun kering
  • Ubi kentang bakar
  • Udang
  • Jejari ikan
  • Dada ayam belanda
  • Kacang Navy
  • Tuna dalam tin
  • Garam beriodin yang diperkuat
  • Rumpai laut kering
  • Brewer’s yeast
  • Telur rebus
  • Yogurt kosong
  • Pisang
  • Strawberi
  • Jagung dalam tin
  • Udang galah
  • Keju Cheddar
  • Kranberi
  • Roti putih
  • Kacang hijau

Sayuran laut juga mengandungi sejumlah iodin yang banyak – kadangkala terlalu banyak untuk anda menikmatinya setiap hari. Misalnya, hanya satu perempat auns rumpai laut kering mengandungi lebih daripada 4,500 mcg iodin, iaitu empat kali lebih daripada pengambilan yang disarankan. Justeru, jumlah yang sesuai yang dianggap selamat oleh Lembaga Pemakanan dan Nutrisi di Institut Perubatan adalah 1,100 mcg setiap hari.

Perlukah anda mengambil suplemen iodin? 

Meskipun secara hakikatnya vitamin pranatal tidak mengandungi sejumlah iodin yang mencukupi, namun anda tidak perlu mengambil suplemen iodin semata-mata kerana anda boleh mendapatkan keperluan iodin daripada makanan yang anda ambil setiap hari.

Anda disarankan untuk memeriksa label pada makanan untuk memastikan ia mengandungi sejumlah iodin yang secukupnya.

Kemungkinan tanda-tanda kekurangan iodin 

  • Kelenjar tiroid membesar
  • Lesu
  • Lemah
  • Kemurungan
  • Intolerans kepada kesejukan
  • Kenaikan berat badan

Punca kemunculan semula kekurangan iodin:

Terdapat beberapa penyebab, antaranya:

  • Peningkatan pengambilan makanan tersedia komersial, kebanyakannya dibuat dengan garam tanpa-iodin.
  • Penurunan penggunaan pembersih yang mengandungi iodin oleh industri tenusu.
  • Makanan yang dimasak di rumah kurang garam disebabkan pesanan khidmat masyarakat oleh kementerian kesihatan yang menyarankan untuk mengurangkan pengambilan garam.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Rujukan

    Iodine in your pregnancy diet, http://www.babycenter.com/0_iodine-in-your-pregnancy-diet_667.bc Accessed November 30, 2016.

    Iodine, http://www.health.govt.nz/our-work/preventative-health-wellness/nutrition/iodine Accessed November 30, 2016.

    New Studies Focus on Iodine During Pregnancy: How Much is Too Much?
    http://www.babymed.com/food-and-nutrition/new-studies-focus-iodine-during-pregnancy-how-much-too-much Accessed November 30, 2016.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang, Perlu Ke? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

    Kita selalu disogok membasuh tuala wanita 1 keperluan atau perkara tidak elok akan berlaku, tetapi betul ke? Ini cara penjagaan kebersihan ketika haid.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Cara Nak Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

    Adakah warna air mani boleh mempengaruhi kesuburan sperma? Mungkin ramai yang tertanya-tanya akan hal ini. Tapi apa yang anda perlu tahu adalah...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Ada yang mengalami berak berdarah namun takut atau malu untuk berjumpa doktor. Jangan begitu, ia mungkin disebabkan oleh perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz