backup og meta

Kekal Cergas dan Aktif Semasa Hamil dengan Yoga Pranatal

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 02/12/2019

    Kekal Cergas dan Aktif Semasa Hamil dengan Yoga Pranatal

    Adakah anda baru mengetahui anda hamil? Wow, tahniah! Walaupun ini adalah berita yang sangat baik, anda juga mungkin mengalami beberapa keadaaan yang tidak begitu baik. Adakah anda berasa sangat teruk apabila bangun pada waktu pagi atau berasa keletihan sepanjang hari? Atau mungkin kepala anda tiba-tiba seperti berputar tanpa alasan dan anda hanya mahu berbaring sepanjang hari kerana berasa mahu pingsan? Atau mungkin tiada makanan yang anda makan boleh diserap? Jika anda berasa simptom ini, anda mengalami “morning sickness”. Ia berlaku pada waktu pagi akibat perubahan hormon pada wanita hamil.

    Perkara seperti ini biasanya berlaku semasa trimester pertama kehamilan. Ini mungkin berlaku akibat kemalasan anda semasa melakukan senaman. Walau bagaimanapun, anda boleh mengubah keadaan ini menjadi peluang untuk memulakan yoga pranatal, yoga yang direka khas untuk wanita hamil.

    Apa itu yoga pranatal?

    Yoga pranatal adalah jenis yoga yang mana direka khusus untuk wanita hamil. Jenis yoga ini boleh membantu bakal ibu secara fizikal dan mental. Biasanya yoga pranatal fokus terhadap latihan pernafasan, kawasan pinggul, dan kedudukan pemulihan yang memberi manfaat untuk memulihkan tenaga apabila wanita hamil berasa keletihan akibat perubahan hormon. Bagi anda yang hamil, mengamalkan jenis yoga ini secara rutin boleh membuatkan anda berasa lebih kuat dan terus aktif semasa hamil. Selain itu, latihan yoga ini juga boleh memberi manfaat kepada janin.

    Bilakah waktu terbaik bagi wanita hamil mula mengamalkan yoga pranatal?

    Sebenarnya, anda boleh mula mengamalkan yoga pranatal sejak anda mendapati bahawa anda hamil, terutama jika anda melakukan senaman atau latihan secara rutin sebelum kehamilan anda. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk anda berunding dengan doktor anda terlebih dahulu. Kebanyakan doktor membenarkan wanita hamil mula bersenam pada trimester kedua kehamilan. Ini kerana biasanya selepas 12 minggu kehamilan anda, morning sickness sudah hilang, yang membuat anda dapat kembali aktif dengan selesa.

    Di manakah tempat terbaik bagi wanita hamil berlatih yoga pranatal?

    Anda boleh pergi ke studio yoga atau berlatih sendiri di rumah. Walau bagaimanapun, untuk yang pertama kali, sangat disarankan untuk datang ke yoga studio terlebih dahulu. Di studio yoga, anda boleh belajar postur yoga yang paling sesuai untuk kehamilan anda. Kemudian selepas itu, anda boleh terus berlatih di rumah sendiri.

    Jika anda tidak pernah mengamalkan yoga sebelum ini, cara terbaik untuk memulakan yoga pranatal adalah dengan datang ke studio yoga. Mengapa? Ini kerana walaupun terdapat wanita yang telah mengamalkan yoga secara rutin sebelum kehamilan, sesetangah gaya bukan pranatal tidak sesuai untuk wanita hamil. Datang ke studio yoga juga boleh membantu anda untuk memastikan gaya yoga yang selamat untuk keadaan anda.

    Mempraktikkan yoga di studio juga memberikan anda lebih banyak kelebihan kerana anda dapat bertemu peserta lain dengan keadaan yang sama seperti anda. Anda juga boleh bertukar pengetahuan mengenai kehamilan. Jika anda ingin berlatih di rumah, anda boleh mencari video yoga pranatal melalui talian atau mungkin anda boleh melakukan beberapa postur yang telah dipelajari dalam kelas yoga pranatal.

    Berapa kerapkah wanita hamil harus mengamalkan yoga pranatal?

    Anda boleh berlatih sekali atau dua kali seminggu di studio yoga, di mana tempoh setiap sesi kebanyakannya adalah 60-75 minit. Atau jika anda berlatih di rumah, anda boleh berlatih setiap hari selama 30 minit secara rutin. Anda boleh memulakan dengan mengamalkan teknik pernafasan selama 15 minit, kemudian untuk 15 minit yang akan datang anda boleh mengamalkan gaya yoga yang fokus pada pinggul, lengan, dan regangan. Anda juga boleh menggabungkan yoga pranatal dengan sukan lain untuk memastikan anda aktif semasa kehamilan anda, seperti berenang dan berjalan kaki.

    Tunggu artikel saya yang akan datang mengenai manfaat yoga pranatal dan gaya lain yang biasanya anda lakukan secara rutin di rumah.

    Jumpa lagi!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 02/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan