Kehamilan Mengejut yang Tidak Dirancang

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Apa yang harus anda lakukan apabila anda mengetahui kewujudan bayi yang tidak dirancang? Adakah rasa sedih, dikhianati atau bahkan kecewa membuatkan anda menjadi seorang ibu yang tidak baik? Artikel di bawah akan menunjukkan apa yang akan berlaku apabila anda menghadapi kehamilan mengejut yang tidak dirancang.

Tip atasi kehamilan mengejut

Terbelenggu dengan pelbagai emosi yang mengelirukan adalah normal.

Apabila pertama kali anda mengetahui tentang bayi yang tidak dikehendaki atau tanpa dirancang atau dalam erti kata lain, kehamilan mengejut, perasaan sedih, bimbang dan juga terkejut akan bercampur baur dalam diri anda. Sesetengah individu akan turut mengalami rasa marah, tekanan, atau perasaan negatif lain. Berada dalam keadaan sebegini tidak bermakna anda akan menjadi seorang ibu yang tidak baik, anda hanya keliru, itu sahaja.

Dapatkan Sokongan

Mengendali dan menghadapi kenyataan bahawa anda sedang berdepan dengan kehamilan mengejut dan akan memilik bayi yang tidak dirancang bukanlah mudah. Ia bukan sesuatu perkara yang senang seperti pergi ke pusat membeli-belah, atau membeli kek. Ia memerlukan masa, usaha, ruang dan juga jaringan sokongan. Bagi menyesuaikan diri dengan situasi baharu dan mengejutkan ini, anda perlu menyelami perasaan anda. Salah satu cadangan ialah berbual dengan pasangan lain yang telah berjaya membesarkan bayi yang tidak dirancang, dan jika boleh, minta nasihat mereka. Kisah-kisah mereka akan memberi idea mengenai kesusahan yang bakal anda hadapi, dan bagaimana untuk bersedia apabila ia berlaku.

Pasangan anda juga mungkin akan keliru seperti anda, dan dia juga akan menjadi seperti cacing kepanasan. Jangan menganggap perkara ini adalah petanda pasangan ini tidak memberi sokongan, dia hanya risau mengenai saraan keluarga kecil anda ini. Selain itu, pasangan anda mungkin takut sekiranya bayi itu telah lahir, dia akan kehilangan anda disebabkan komitmen sebagai seorang ibu. Beritahu pasangan dengan lembut dan berhati-hati, bahawa selepas bayi berusia 3 bulan, anda akan kembali memberi perhatian kepadanya semula.

Ubah Pandangan Anda

Sukar untuk menghadapi sesuatu perkara yang menggembirakan dan mengelirukan sekiranya anda tidak mengubah pandangan anda dengan cepat. Cara yang terbaik adalah berhenti menyalahkan diri sendiri atau orang lain, berhenti bertanya apa yang telah anda buat untuk diperlakukan sebegini, dan ada apa-apa yang salah dengan diri anda.

Mulakan persiapan untuk menerima bayi baru dengan bertanya diri sendiri sekiranya anda telah bersedia secara emosi dan fizikal, atau apa perkara yang akan diperlukan, atau bagaimana b. oleh menyenangkan diri anda. Ini membantu anda untuk berhenti daripada menjadi keliru, terperangkap dan tidak tahu hendak berbuat apa. Ubah sikap anda bermaksud anda telah menerima takdir, mara ke hadapan dan cari jalan penyelesaian untuk perkara yang akan datang.

Sememangnya normal untuk mempunyai perasaan berbelah bahagi, sedih bahkan menyesal apabila anda mengetahui bayi yang tidak dirancang ini sedang membesar dari hari ke hari di dalam perut anda. Sekiranya anda mempunyai dilema sama ada ingin menjaga bayi ini atau tidak, terus berjumpa doktor, ahli terapi, atau orang tersayang untuk mendapatkan nasihat, tunjuk ajar dan bantuan dalam membuat keputusan. Tapi ada satu perkara yang anda harus ingat, “Setiap kehidupan adalah berharga, dan berbaloi untuk disimpan.”

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 8, 2019

Rujukan