Tip Mengawal Kemarahan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Tidak mampu mengawal kemarahan boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul seperti menjejaskan hubungan sosial dengan ahli keluarga, rakan ataupun rakan sekerja, malahan ia turut boleh menjejaskan kesihatan anda. Masalah mengawal kemarahan adalah penyakit mental yang tidak boleh diabaikan. Jika selepas ini, anda tidak dapat mengendalikan kemarahan, pertimbangan tip mengawal kemarahan berikut:

Luahkan selepas anda tenang

Fikirkan dan nilai semula isu yang menyebabkan kemarahan anda dengan jelas dan berhati-hati sebelum meluahkannya. Bertenang akan membantu anda meluahkan dengan lebih jelas dan ia dapat mengelakkan anda dari melukakan atau menyakiti sesiapa dengan kemarahan anda.

Fikir sebelum bercakap

Ketika sedang marah, kita cenderung menyatakan sesuatu yang boleh melukakan atau menyakiti hati seseorang dan akhirnya menyebabkan kita berasa menyesal. Sebelum berkata apa-apa, sebaiknya luangkan masa untuk berfikir dan menilai kembali apa yang anda ingin katakan.

Gaya hidup sihat

Bersenam dan melakukan aktiviti fizikal dapat melepaskan tekanan dengan berkesan. Anda boleh memilih untuk bersukan, berjalan, atau berlari. Semakin anda tertekan, semakin mudah untuk anda marah. Luangkan masa setiap hari untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kenal pasti punca

Memahami mengapa anda marah dan kenal pasti keadaan yang boleh membantu menghindari situasi yang sama pada masa akan datang. Jika anda kerap marah tanpa punca yang jelas, anda boleh dapatkan nasihat doktor.

Jalan penyelesaian

Daripada menyesali pada yang telah anda lakukan, adalah lebih baik anda mencari jalan penyelesaian. Ingatkan kepada diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah tetapi hanya memburukkan keadaan.

Tenangkan diri

Cuba belajar teknik pernafasan mendalam atau membayangkan suasana santai untuk dapat menenangkan diri anda. Sesetengah individu dapat bertenang dengan mendengar muzik, membaca buku, menulis jurnal atau latihan yoga yang dapat menggalakkan ketenangan.

Jangan berdendam

Jangan biarkan perasaan marah dan negatif menutupi rasa positif. Kemaafan adalah kunci penting untuk melepaskan kemarahan dan menghindarkan diri dari tenggelam dalam kebencian.

Humor

Berlawak dan bergurau akan dapat membantu anda menghadapi apa yang membuat anda marah. Setiap ketegangan boleh dilepaskan dan diperbaiki dengan senyuman atau berada dalam keadaan positif.

Hormati individu lain

Elakkan mengkritik atau menyalahkan individu lain yang secara tidak langsung meningkatkan ketegangan dan menunjukkan ketidakpercayaan anda kepada individu di sekeliling anda. Cuba kenal pasti masalah anda sendiri sebelum menilai individu lain. Walaupun anda sedang marah, anda harus tetap menunjukkan rasa hormat dan beradab, agar ia tidak merosakkan hubungan sosial anda.

Bantuan

Belajar mengawal kemarahan adalah satu cabaran kepada setiap individu. Pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan demi mengatasi masalah kemarahan anda jika ianya diluar kawalan yang memungkinkan anda melakukan perkara yang mungkin anda membuatkan ada berasa menyesal kemudian hari.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Februari 11, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 4, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut