Cuba Buat Teknik Ini Untuk Kurangkan Stres Di Tempat Kerja Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 3 mins read

Baru-baru ini, seorang lelaki berumur 32 tahun telah dilaporkan membunuh diri dengan cara terjun daripada unit pangsapurinya di Cheras setelah mengalami tekanan yang berkait rapat dengan pekerjaan dan tempat kerja di mana dia bekerja.

Menurut laporan daripada China Press, lelaki terbabit telah tertekan dengan isu kewangan yang dimilikinya. Dia dikatakan menerima gaji kasar yang sedikit dengan jumlah sebanyak RM1,000 sebulan sebagai jurujual kad kredit.

Selain itu, dia juga perlu memenuhi kuota jualan sasaran tetapi tidak mendapat komisen yang banyak daripada jualan tersebut. Akibat daripada faktor-faktor tersebut, dia nekad mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Tip-tip mengatasi stres di tempat kerja

Isu tekanan dan stres bukanlah satu perkara baharu dalam dunia pekerjaan. Ia kerap kali disuarakan, namun hanya sedikit daripada majikan yang benar-benar mengambil berat mengenai hal ini.

Manakala yang lain hanya menganggap ia sebagai urusan peribadi pekerja itu sendiri untuk melepaskan tanggungjawab mereka sebagai majikan yang berdedikasi.

Bagi mereka yang berhadapan dengan stres di tempat kerja, jangan tunggu majikan anda melakukan sebarang perubahan yang entah datang, entahkan tidak. Cuba tip-tip ini bagi membantu anda mengatasi stres di tempat kerja.

#1. Track stres anda

tempat kerja

Rekodkan mengenai apa yang menyebabkan anda menjadi stres. Kemudian, kenal pasti situasi mana yang paling memberikan tekanan kepada anda dan bagaimana anda memberikan respon terhadapnya.

Rekodkan pendapat dan perasaan anda selain bagaimana anda memberikan reaksi. Rekodkan juga informasi mengenai persekitaran tempat kerja anda termasuklah staf lain dan keadaan yang terlibat.

Ini membantu anda untuk mengenalpasti corak yang memberikan tekanan kepada anda dan reaksi anda terhadapnya.

#2. Bangunkan respon yang sihat

Daripada anda melawan stres melalui pemakanan yang tidak sihat, adalah lebih baik untuk anda membuat pilihan yang lebih baik dan lebih sihat untuk melawan stres yang anda alami.

Lakukan senaman atau aktiviti relaksasi seperti yoga untuk melawan stres. Anda juga boleh melibatkan diri dengan melakukan hobi kegemaran anda seperti menonton wayang, melukis atau berjalan-jalan di pusat membeli belah. 

#3. Wujudkan batas sempadan

tempat kerja

Wujudkan sempadan antara waktu kerja dan waktu anda di rumah. Jangan periksa email anda di rumah selagi mana anda tidak hadir ke pejabat kembali.

Jangan sesekali menjawab panggilan telefon mengenai urusan pejabat di rumah.

Kewujudan sempadan atau batas antara masa di pejabat dan masa di rumah boleh membantu anda mengurangkan tekanan yang sedang anda alami.

#4. Ambil masa untuk recharge

Untuk mengelakkan anda daripada mengalami simptom-simptom burnout, ambil sedikit masa untuk berhenti melakukan kerja buat seketika waktu.

Jika anda rasa melancong adalah ubat terbaik bagi merawat stres anda, pergilah melancong bersama rakan atau ahli keluarga anda.

Nikmati masa-masa anda ketika melancong tersebut kerana ia boleh membantu anda untuk recharge sebelum kembali pulang ke pejabat. 

#5. Dapatkan sokongan daripada individu lain

tempat kerja

Cuba luahkan masalah anda dan dapatkan sokongan daripada rakan atau ahli keluarga yang dipercayai. Selain itu, anda juga boleh bercakap secara terbuka dengan penyelia anda di pejabat mengenai stres yang anda alami.

Tujuannya bukanlah sebagai satu aduan, tetapi bagi mendapatkan pelan berkesan yang boleh membantu anda menguruskan stres yang dialami.

Majikan anda mungkin mempunyai program bantuan pekerja termasuklah khidmat kaunseling bagi membantu anda. 

Kesimpulan

Adalah penting untuk anda kekal berkomunikasi dengan individu di sekeliling terutamanya ahli keluarga dan rakan rapat sekiranya anda mengalami sebarang masalah.

Anda mungkin tidak sedar bahawa kadangkala anda tidak boleh lagi mengawal tekanan yang dialami.

Oleh itu, untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini, bercakaplah dengan individu lain mengenai masalah anda.

Pasti ada yang masih prihatin dan sudi menghulurkan tangan bagi mengurangkan beban tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wajib Skor Straight A Punca Anak Stres, Dorong Plagiarism? Jangan Terkejut, Penyebabnya Ibu Bapa

Tekanan ibu bapa untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam akademik merupakan salah satu punca stres anak. Ketahui 5 tip untuk atasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 27/05/2020 . 4 minit bacaan

7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 21/05/2020 . 3 minit bacaan

Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

Meroyan atau kemurungan selepas bersalin, perkara yang boleh berlaku kepada setiap wanita melahirkan anak. Mengendahkannya boleh menyebabkan ia berlanjutan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/05/2020 . 3 minit bacaan

6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

gangguan emosi

Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
bunuh diri

Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
tempat kerja

Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 minit bacaan
stres bunuh diri

Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan