backup og meta

Seks Menyebabkan Strok?

Seks Menyebabkan Strok?

Timbul pertanyaan selama bertahun sama ada seks menyebabkan strok. Untuk menjawab soalan ini, terdapat beberapa kajian saintifik yang menilai sama ada aktiviti seksual boleh menyebabkan strok dan siapa yang berisiko.

Hubungan antara seks dan strok

Kebiasaannya, strok berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan jangka panjang seperti merokok, tekanan darah tinggi, paras lemak dan kolesterol tinggi, kencing manis tidak terkawal, pembentukan darah beku yang tidak normal dan penyakit jantung.

Strok yang tercetus disebabkan seks dan orgasme bagi individu lelaki dan wanita muda adalah jarang, tetapi tidak pernah didengari. Ia memerlukan gabungan pelbagai faktor dan peristiwa yang bukan di luar kebiasaan, tetapi tidak mungkin berlaku pada masa yang sama.

Semasa hubungan seks, otak melepaskan hormon yang dipanggil dopamin pada lelaki dan oxytocin pada wanita dan endorfin. Hormon ini boleh meningkatkan tekanan darah pada urat. Peningkatan tekanan darah, darah beku boleh tertolak ke otak, yang menyebabkan strok.

Siapa yang berisiko?

Individu yang mengalami strok semasa atau dalam beberapa jam aktiviti seksual umumnya akan mengalami simptom amaran berminggu, bahkan berbulan lebih awal dari waktu kejadian. Salah satu simptom amaran yang paling biasa adalah sakit kepala yang mendadak. Kesakitan ini adalah secara tiba-tiba, teruk dan amat menyakitkan.

Jika anda mengalami sakit kepala yang mendadak atau sebarang jenis sakit kepala yang teruk ketika aktiviti seksual, anda perlu menghubungi doktor, yang akan melakukan pemeriksaan penilaian perubatan secara menyeluruh. Sesetengah individu yang mengalami sakit kepala yang mendadak ketika seks tidak akan mengalami strok, tetapi lebih kurang 30-50% individu berisiko untuk mengalami strok iskemia.

Aktiviti seksual juga merupakan faktor risiko bagi individu yang mempunyai masalah aneurisma otak dan ia boleh mencetuskan strok pendarahan (hemorrhagic).

Faktor usia yang lebih tua bukanlah satu faktor risiko strok yang disebabkan seks. Terdapat laporan bahawa individu muda, yang bukan merupakan faktor risiko biasa untuk mengalami strok, adalah merupakan antara individu yang mengalami strok ketika hubungan seks. Gangguan darah beku, kecacatan jantung yang serius, aneurisme otak atau penggunaan dadah, memainkan peranan dalam situasi yang jarang berlaku ini.

Langkah pencegahan

Bagi individu yang terselamat dalam serangan strok, seks boleh menjadi satu subjek yang sensitif. Walau bagaimanapun, tip berikut boleh dicuba untuk mengatasi masalah berkaitan seks.

  • Rancang aktiviti seksual terlebih dahulu, sebagaimana anda merancang untuk sebarang aktiviti lain. Ia mungkin kelihatan tidak begitu romantik pada mulanya, tetapi ia boleh menjadikan seks lebih menyeronokkan dan selesa.
  • Pilih masa di mana anda dan pasangan dalam keadaan tenang, santai dan mendapat privasi.
  • Hindari pengambilan alkohol secara berlebihan, kerana ia boleh menjejaskan keupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi. Alkohol juga boleh meningkatkan rasa keletihan dan mengantuk.
  • Jika strok menyekat pergerakan dan/atau nafsu, cuba posisi yang berbeza, yang mungkin lebih bersesuaian dengan anda dan pasangan, penggunaan bahan pelincir juga mungkin dapat membantu.
  • Pastikan anda selesa. Kusyen boleh membantu memberikan sokongan kepada anggota yang terlibat.
  • Cuba untuk bercakap dengan pasangan anda, dan kenal pasti sebarang masalah yang anda hadapi.

Jumlah tenaga yang diperlukan untuk melakukan seks adalah hampir sama dengan tenaga yang diperlukan untuk menaiki satu atau dua tangga pesawat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes yang melaporkan, seks boleh mencetuskan strok yang mengancam nyawa individu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Resuming your sex life. http://www.strokeassociation.org/STROKEORG/LifeAfterStroke/RegainingIndependence/PhysicalChallenges/Sex-After-Stroke_UCM_464261_Article.jsp#.V9Wph_l97IU / Accessed September 27, 2016.

Stroke After Sex. http://www.webmd.com/stroke/news/20080915/stroke-after-sex / Accessed September 27, 2016.

Good News About Sex- It Doesn’t Cause a Stroke. https://www.verywell.com/sex-and-stroke-3146050 / Accessed September 27, 2016.

Sexual intercourse and risk of ischaemic stroke and coronary heart disease: the Caerphilly study. http://jech.bmj.com/content/56/2/99.full / Accessed September 27, 2016.

 

Versi Terbaru

12/11/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

Apakah Fungsi Sistem Saraf Pusat & Periferal Manusia? Fahami Strukturnya

Salur Darah Otak Pecah Boleh Bawa Maut! Sakit Kepala, Antara Tanda Aneurisma Otak!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan