Mengenai HIV: Apa Yang Remaja Perlu Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Disember 12, 2019

HIV boleh menjangkiti sesiapa sahaja, malah remaja juga berisiko untuk dijangkiti HIV. Amat penting untuk remaja mendapatkan maklumat mengenai HIV, agar mereka dapat menjaga dan melindungi diri dengan lebih baik dari penyakit global ini.

Mengenai HIV

Perkara utama yang penting mengenai HIV adalah remaja harus mengetahui apa itu HIV. Ia bermaksud Human Immunodeficiency Virus, yang menyebabkan sistem ketahanan tubuh seseorang individu menjadi lemah. Virus ini bertanggungjawab dalam kemusnahan sel penting yang berfungsi melawan penyakit dan jangkitan. HIV akan menyebabkan AIDS. Jika seseorang individu menghidapi AIDS, adalah sukar untuk badan mereka melawan jangkitan kerana keupayaan sistem badan untuk menangani penyakit sudah tiada. Malah, tiada penawar berkesan untuk HIV, namun, dengan rawatan yang tepat, HIV boleh dikawal.

Bagaimana HIV merebak?

Remaja  tidak boleh mengelakkan daripada dijangkiti HIV jika mereka tidak mengetahui bagaimana ia merebak dari seorang individu ke individu lain. Satu-satunya cara untuk HIV merebak adalah melalui cecair tertentu dari badan, di mana berlakunya pertukaran cecair badan daripada individu yang dijangkiti HIV. Tanpa mengira tahap jangkitan, risiko ia merebak tetap wujud. Cecair badan itu meliputi darah, air mani, cecair rektum, cecair faraj dan susu badan.

Kerap kali, HIV menjangkiti secara seksual. Apabila seorang remaja melakukan hubungan seksual tidak selamat atau dengan pasangan yang mungkin HIV positif, cecair dua individu akan bercampur dan virus boleh merebak, terutama apabila terdapat koyakan dalam tisu faraj atau dubur, luka atau jangkitan seksual lain. Remaja perempuan lebih terdedah dan berisiko untuk mendapat jangkitan HIV kerana struktur badan mereka. Remaja perempuan mempunyai membran faraj yang nipis dan mudah terdedah kepada jangkitan berbanding individu wanita dewasa.

Secara amnya, HIV boleh disebarkan dengan melakukan hubungan seks faraj atau dubur dengan individu yang mempunyai HIV tanpa menggunakan kondom atau pengambilan sebarang ubatan mencegah atau merawat HIV. Selain itu, seseorang individu juga berisiko untuk mendapat jangkitan HIV jika terlibat dengan dadah. Remaja juga terdedah untuk dijangkiti apabila terdapat luka atau menindik menggunakan jarum yang tidak disteril, jarum suntikan, pisau cukur, pisau atau sebarang alatan.

Terdapat mitos yang perlu dibetulkan. Nyamuk atau sebarang gigitan serangga boleh menyebabkan jangkitan. Ia adalah tidak tepat. Jika mereka menyentuh seseorang individu yang menghidap HIV, atau berkongsi makanan mahupun bilik air, mereka tidak akan dijangkiti.

Bagaimana remaja perlu melindungi diri daripada HIV?

Sebaiknya, nasihatkan remaja untuk tidak berkongsi jarum atau jarum suntikan di luar kemudahan perubatan atau tanpa arahan doktor boleh membantu mereka untuk menghindari HIV secara efektif. Mungkin agak janggal untuk berbicara tentang seks dengan seorang remaja, tetapi ianya penting untuk anda menasihati mereka untuk menggunakan kondom jika mereka ingin melakukannya. Serta nasihati mereka untuk tidak melakukan seks dengan terlalu ramai pasangan (Perbuatan ini dilarang untuk remaja beragama Islam). Mereka juga boleh melakukan pemeriksaan setiap 3 hingga 6 bulan untuk sebarang rawatan peringkat awal.

Maklumat yang sesuai untuk dikongsi bersama remaja tentang HIV juga bergantung kepada usia mereka, personaliti dan pengetahuan mereka mengenai penyakit ini. Sebagai ibu bapa, anda perlu membuat perancangan dan mendapatkan maklumat penting tentang HIV sebelum berkongsi bersama mereka agar anda boleh mendidik mereka dengan lebih berkesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca mengenai:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    250 Juta Kanak-Kanak Obes Menjelang 2030

    Lebih daripada 250 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia akan menjadi obes menjelang tahun 2030. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Obesiti Oktober 29, 2019

    Betul Ke Permainan Video Seperti PUBG Beri Pengaruh Negatif Pada Remaja?

    Permainan video seperti PUBG sangat popular dalam kalangan remaja. Namun, ia mungkin akan mendatangkan pengaruh negatif kepada pemainnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Akibat Vape, Remaja Ini Miliki Paru-paru Seperti “Berusia 70 Tahun”

    Seorang remaja telah membuat pengakuan bahawa vaping telah menjadikan paru-parunya kelihatan seperti “telah berusia 70 tahun”

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya September 19, 2019

    Tiada Siapa Terselamat Dari Buli Siber, Termasuklah Orang Kenamaan

    Buli siber boleh berlaku kepada setiap individu tanpa mengira umur, jantina dan lain-lain begitu juga pangkat. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan September 19, 2019

    Artikel lain untuk anda

    Adakah HIV Masih Lagi Satu Epidemik Global?

    Adakah HIV Masih Lagi Satu Epidemik Global?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada November 28, 2019
    Sexting Is Real! Ini Perkara Yang Patut Anda Beritahu Anak Anda

    Sexting Is Real! Ini Perkara Yang Patut Anda Beritahu Anak Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada November 12, 2019
    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada November 6, 2019
    Basikal Lajak Berisiko Buat Remaja Terlajak Dan Maut!

    Basikal Lajak Berisiko Buat Remaja Terlajak Dan Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada November 1, 2019