Kekurangan Tidur Punca Masalah Kronik yang Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 mins read

Fenomena ‘Karoshi’ adalah hasil daripada kekurangan tidur yang telah menjadi satu epidemik dalam kalangan pekerja samada di sektor swasta mahupun kerajaan.

‘Karoshi’ adalah suatu istilah Jepun yang bermaksud kematian yang disebabkan oleh faktor bekerja melebihi masa yang sepatutnya atau keletihan melampau yang berpunca daripada faktor pekerjaan.

Berpandukan data yang dikeluarkan oleh Science Advances pada tahun 2016, negara Singapura, Jepun dan Brazil merupakan tiga negara teratas yang direkodkan memiliki waktu tidur yang paling sedikit berbanding negara-negara lain disebabkan oleh pelaksanaan tugas pekerjaan melebihi waktu yang sepatutnya.

Ketidakcukupan waktu tidur yang sepatutnya boleh memberi kesan buruk yang lain termasuklah burnout, insomnia, keletihan dan lebih buruk jika ia membawa kepada masalah tekanan mental yang akhirnya membawa kepada kematian samada secara tidak sengaja mahupun dengan niat.

Kes berkaitan kekurangan rehat dan tidur

Di Jepun, pengorbanan salah satu aspek dalam kehidupan untuk mencapai matlamat organisasi dianggap sebagai tanda kesetiaan terhadap sesebuah organisasi tersebut. Malangnya ia turut memberi kesan terhadap kualiti hidup seseorang sehingga mengorbankan waktu rehat dan tidur yang sepatutnya digunakan untuk merehatkan tubuh badan daripada terlebih bekerja.

Masalah kekurangan tidur akibat faktor kerja lebih masa bukanlah satu masalah kecil apatah lagi sekiranya ia dipandang mudah.

Pada tahun 2013, Miwa Sado, seorang wartawan yang berusia 31 tahun telah meninggal dunia akibat kegagalan fungsi jantung kongestif setelah bekerja selama 159 jam lebih masa daripada yang sepatutnya dalam satu bulan, dengan hanya bercuti selama dua hari dalam tempoh satu bulan tersebut.

Dalam kes lain, Tadaaki Igari, seorang mekanik yang berkhidmat di loji nuklear Fukushima yang berumur 57 tahun, telah meninggal dunia pada tahun 2013 disebabkan oleh arrhythmia iaitu degupan jantung yang tidak normal. Beliau telah bekerja selama 100 jam dalam sebulan sebelum kematiannya.

Kualiti tidur pekerja dalam konteks Malaysia

Di Malaysia, lebih daripada separuh iaitu sebanyak 54.4 peratus daripada jumlah pekerja-pekerja di Malaysia mengakui bahawa mereka tidur kurang daripada tujuh jam seperti yang disarankan.

Menurut hasil soal selidik Malaysia’s Healthiest Workplace 2018 yang dijalankan oleh AIA Vitality, hanya 7% yang mengakui bahawa mereka memiliki waktu tidur yang sangat baik. 43% daripada mereka pula mengakui memiliki kualiti tidur yang agak baik, 37% mengakui memiliki kualiti tidur yang baik, manakala 11% memiliki kualiti tidur yang tidak baik dan 2% memiliki kualiti tidur yang sangat tidak baik.

Ini menunjukkan bahawa jumlah masa dan kualiti tidur pekerja-pekerja di Malaysia masih berada di tahap kurang memuaskan dan ianya mestilah ditangani sebelum fenomena ‘karoshi’ mula mengambil tempat dalam kalangan pekerja di Malaysia.

Usaha majikan dalam meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup pekerja

Kebanyakan syarikat-syarikat di Malaysia telah menyediakan pelbagai perkhidmatan atau fasiliti kepada pekerja-pekerja mereka sebagai sokongan terhadap peningkatan kesejahteraan fizikal dan mental.

Ini termasuklah waktu bekerja yang fleksibel, penyediaan pusat pemulihan bagi kecederaan mahupun peningkatan fungsi fizikal tubuh badan, pembentukan kumpulan sokongan atau support group bagi pekerja-pekerja yang mempunyai masalah berkaitan kesejahteraan dan kesihatan mental, cabaran berinsentif seperti cabaran penurunan berat badan serta klinik kecergasan.

Cadangan kearah memastikan kualiti rehat dan tidur yang baik untuk pekerja di Malaysia

Walaubagaimanapun, masih banyak yang tidak menyedari kepentingan penyediaan fasiliti atau kemudahan khusus bagi pekerja untuk mendapatkan kualiti atau waktu tidur yang mencukupi di tempat kerja.

Antara cadangan yang boleh disarankan kepada sektor kerajaan mahupun swasta adalah dengan menyediakan bilik rehat khusus atau sleeping pods bagi pekerja mereka mendapatkan quick nap diantara waktu bekerja.

Cara ini boleh membantu memberi kecergasan kepada mereka sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja dalam menjalankan tugas.

Selain daripada itu, majikan disarankan agar tidak mengganggu pekerja diluar waktu bekerja seperti hujung minggu, waktu rehat, atau cuti pekerja dengan panggilan telefon mahupun email berkaitan kerja.

Ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pekerja di waktu mereka sepatutnya berehat atau menikmati masa yang ada bersama keluarga.

Tidur dalam tempoh yang panjang pada hujung minggu tidak membantu menggantikan kekurangan waktu rehat atau tidur sepanjang minggu bekerja. Kekurangan waktu tidur dalam konteks harian akan mengurangkan fungsi kognitif minda, meningkatkan gangguan emosi dan akhirnya akan membawa kepada masalah kesihatan mental yang lebih serius.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Jumpa Orang, TV Dah Cukup Untuk Bersosial-Kajian, Ini Cara Baru Tingkat Kesihatan Mental!

    Anda tinggal seorang disebabkan oleh PKPB? Tonton sahaja TV kerana ia terbukti memenuhi hubungan sosial manusia dan beri kesan baik kepada kesihatan mental

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/06/2020 . 3 mins read

    Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

    Otak manusia adalah antara bahagian penting yang perlu dijaga. Terdapat beberapa cara meningkatkan kecerdasan otak yang perlu anda lakukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 21/05/2020 . 3 mins read

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Posisi tidur pasangan suami isteri boleh membawa 1001 maksud tersirat. Konflik di dalam rumah tangga dan kebahagiaan, semuanya boleh dilihat ketika tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 23/04/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    gila seks

    Gila Seks Bukan Gelaran Tetapi Penyakit! Ini 5 Kriteria Jika Anda Salah Seorang Daripadanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    hubungan seks mengecewakan

    Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 mins read
    hubungan seksual

    Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 mins read
    susah-tidur-malam-kesan-wajib-anda-tahu

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 mins read