backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ini 7 Sebab Kaki Tiba-tiba Bengkak, No. 3 & 5 Punca Paling Bahaya, Tak Boleh Biarkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 1 jam lalu

    Ini 7 Sebab Kaki Tiba-tiba Bengkak, No. 3 & 5 Punca Paling Bahaya, Tak Boleh Biarkan!

    Apakah punca kaki bengkak? Salah makan atau kerana berat berlebihan? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Punca kaki bengkak

    Kaki bengkak, lebih senonim dengan wanita hamil. Namun, ia sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari semasa ke semasa.

    Kaki digunakan setiap hari untuk menyokong berat badan anda dan membolehkan anda berdiri, berjalan, berlari dan melompat.

    Kadang-kadang bengkak juga dipanggil edema iaitu kewujudan air yang banyak di dalam ruang di antara sel tisu, di tempat tertentu atau di seluruh tubuh. Ia juga tanda-tanda kesihatan yang lebih serius.

    Kehamilan, antara punca kaki bengkak sebelah kanan

    punca kaki bengkak
    Penyebab kaki bengkak dan hitam.

    Ini adalah satu sebab yang paling biasa bagi wanita yang mengalami kaki bengkak. Ia biasanya berlaku bermula trimester kedua kehamilan.

    Selain itu, semasa hamil tubuh anda menghasilkan hormon relaksin (relaxin), yang menyebabkan sendi dan ligamen pinggul dan kaki berehat dan membesar.

    Walau bagaimanapun, jika bengkak itu teruk dan disertai dengan simptom seperti sakit perut, sakit kepala, kerap membuang air kecil, mual, muntah atau perubahan penglihatan, segera berjumpa doktor anda.

    Ini kerana tanda-tanda merujuk kepada preeklamsia, yang membawa kepada tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing.

    Berlebihan berat badan (obes), antara punca kaki bengkak

    Kaki bengkak juga boleh menjadi kesan sampingan akibat berlebihan berat badan atau obes.

    Mereka yang mengalami obes, bahagian perutnya diliputi dengan lemak dan lemak itu memampatkan peredaran di kaki dan tekanan dari bawah menyebabkan kaki bengkak.

    Bagi punca kaki bengkak akibat obes, anda perlu mempertimbangkan perubahan amalan pemakanan dan senaman, serta berjumpa doktor untk menolak kemungkinan risiko kesihatan lain.

    Punca kaki bengkak dan berdenyut – Gout

    Gout adalah sejenis artritis yang boleh menjejaskan pergerakan kebanyakn orang yang mengalaminya.

    Gangguan kesihatan ini boleh menjejaskan sendi jari kaki, paling kerap membengkak. Simptom ini menjadi salah satu punca kaki bengkak tiba-tiba dan teruk.

    punca gout
    Petua hilangkan serangan gout.

    Limfedema

    Limfedema adalah keadaan yang berlaku apabila seseorang mempunyai masalah dengan sistem limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun.

    Bendalir limfa membawa sel-sel darah putih ke bahagian tubuh berlainan dan nodus limfa seluruh tubuh mengawal peredaran bendalir ini.

    Jika nodus limfa rosak atau dikeluarkan semasa pembedahan untuk kanser, bendalir tidak akan mengalir dengan betul dan yang menyebabkan pembengkakan.

    Jantung tidak mengepam darah secukupnya

    Anda mungkin menganggap ia tidak berkait, tetapi punca kaki bengkak tiba-tiba adalah tanda kegagalan jantung kongestif.

    Bagaimanapun, keadaan ini tidak bermakna jantung anda berhenti berfungsi, ia hanya jantung anda tidak dapat mengepam darah dengan mencukupi. Ini bermakna darah berkumpul di vena, yang membawa kepada pembentukan cecair.

    Jika anda mengalami kegagalan jantung, bengkak di kaki anda biasanya lebih jelas daripada pembengkakan yang berlaku selepas anda berdiri sepanjang hari.

    Deep Vein Thrombosis (DVT)

    Keadaan ini biasanya berlaku akibat duduk terlalu lama tanpa menggerakkan kaki. DVT muncul daripada bekuan darah yang biasanya pada kaki.

    Ia juga boleh menyebabkan bekuan darah pecah dan mengalir ke paru-paru, yang mana ia boleh menyekat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian.

    Antara langkah untuk mencegah bengkak kaki yang juga membantu mengelakkan pembekuan darah adalah berseman, kekalkan berat badan yang sihat, rehat seketika selepas duduk dalam tempoh yang lama.

    Punca kaki bengkak #Selulitis (Cellulitis)

    Sekiranya anda mengalami pembengkakan selepas kecederaan pada kaki atau pergelangan kaki anda, ini boleh menjadi gejala selulitis.

    Selulitis adalah jangkitan kulit dan tisu. Ia akibat daripada bakteria yang memasuki kulit pecah.

    tanda diabetes
    Cara tradisional mengatasi kaki bengkak.

    Mereka yang lebih berisiko termasuk penghidap diabetes, mereka yang mempunyai masalah peredaran darah, penyakit hati, dan mengalami masalah kulit.

    Selain itu,keadaan ini juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat. Ubat seperti kontraseptif oral atau terapi penggantian hormon boleh menyebabkan pembengkakkan kaki dan pergelangan kaki.

    Anti-depresan dan ubat diabetes juga boleh menyebabkan kesan sampingan ini.

    Punca kaki bengkak tiba-tiba boleh menunjukkan penyakit yang serius seperti jantung, hati, atau buah pinggang.

    Sekiranya punca kaki bengkak anda berlanjutan dan simptomnya tidak reda dengan pengambilan ubat surut bengkak kaki farmasi, segeralah berjumpa dengan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 1 jam lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan