Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020
Share now

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang terlepas atau terlupa bahawa tanggal 5 Mei pada setiap tahun adalah Hari Kebersihan Tangan Sedunia.

Saban tahun, hari ini sentiasa disambut dengan pelbagai nukilan artikel, infografik atau trivia menarik mengenai keperluan dan kepentingan kebersihan tangan terhadap kesihatan tubuh badan.

Tahun 2020, hari ini seakan tiba pada ketika yang sangat sesuai ekoran penularan virus korona baharu di seluruh dunia yang berada pada tahap sangat membimbangkan kini.

Hakikatnya, tiada senjata terkuat melawan COVID-19 kecuali ini – mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer.

Jadi, bersamalah kita menyambut Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020 ini sebagai satu tarikh keramat untuk memperingati manusia sejagat akan kewajiban mencuci tangan, demi keselamatan nyawa masing-masing!

”Selamatkan nyawa: Cuci tangan anda!”

virus korona

Di atas adalah tema sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020 yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Pada tahun ini, segala penghargaan akan diberikan kepada barisan hadapan COVID-19 termasuklah golongan doktor dan jururawat yang sanggup berkorban hanya demi selamatkan nyawa individu lain.

Tanpa mereka, siapa tahu nasib kita ketika dilanda pandemik ini?

Bersempena dengan tarikh 5 Mei 2020 yang bersejarah ini juga, WHO telah melancarkan kempen ‘Global Hand Hygiene Day’.

Ini bertujuan untuk memperingatkan manusia akan 1 senjata terkuat dalam melawan pelbagai jenis penyakit iaitu mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer.

Kempen ini menyasarkan 3 objektif utama iaitu:

  • Menjadikan amalan kebersihan tangan sebagai 1 kepentingan global
  • Mengilhamkan perubahan sikap terhadap amalan kebersihan tangan
  • Memperkuatkan barisan hadapan pekerja kesihatan dalam usaha melawan jangkitan penyakit

Dalam erti kata yang lebih mudah, kempen ini sangat penting bagi seluruh dunia untuk saling memperingatkan diri akan keperluan dan kepentingan kebersihan tangan dalam usaha melawan pandemik yang sedang melanda kini.

Jadi, sila cuci tangan anda dengan kerap!

cara cuci tangan

Mungkin sebelum munculnya virus korona baharu di dunia, ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini.

Hakikatnya, ia adalah senjata utama kita semua dalam memerangi pandemik wabak COVID-19 ini.

Menurut Elizabeth Scott yang merupakan Pengarah Bersama Center for Hygiene and Health in Home and Community di Simmons University, Boston, Amerika, tangan merupakan anggota yang paling penting kerana ia adalah ‘penghubung’ tubuh badan kita.

“Kita tidak boleh kawal apa yang kita sentuh. Kita juga tidak boleh kawal apa yang orang lain sentuh. Pun begitu, kita boleh menjaga kebersihan tangan kita sendiri dalam usaha melawan pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini”, jelas beliau lagi.

Jadi, sila cuci tangan anda menggunakan air dan sabun dengan kerap dan betul jika mahu selamat dari menjadi salah seorang mangsa pandemik ini.

Persoalannya, bagaimana?

Berikut adalahcara cuci tangan menggunakan air dan sabun yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

#1. Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya.

#2. Gosok tapak tangan.

#3. Gosok setiap jari dan celah jari.

#4. Gosok kuku di tapak tangan.

#5. Gosok belakang tangan.

#6. Basuh tangan dengan air secukupnya.

#7. Keringkan tangan dengan kain bersih.

penyebaran wabak jangkitan

Akhir kata, kita boleh menang dalam peperangan wabak COVID-19 sekiranya kita mengamalkan senjata utama iaitu cuci tangan dengan air dan sabun.

Selain itu, kita juga wajar patuh dan akur dengan penjarakan sosial serta pemakaian topeng muka tatkala berada di tempat awam bagi meminimumkan risiko jangkitan.

Bersempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia ini, bersamalah kita memperingatkan diri masing-masing dalam usaha melawan pandemik yang melanda dunia kini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
  1. https://www.who.int/news-room/events/detail/2020/05/05/default-calendar/hand-hygiene-day
  2. https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=229246
  3. https://www.webmd.com/lung/news/20200306/power-of-hand-washing-to-prevent-coronavirus
  4. https://www.malaysiatercinta.com/2020/02/cara-basuh-tangan-dengan-betul.html

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

Kes baharu COVID-19 di New Zealand sudahpun mencecah angka sifar. Beberapa negara di Asia juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Raya Tetap Raya, TAPI Ini 11 Perkara Boleh & Tidak Untuk BERAYA Masa PKPB, Sila Patuhi!

Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda tahun 2020? Ini panduan untuk anda beraya dalam tempoh PKPB ini. Sila patuhi ye.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa