Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Kolagen

Penulis: Morteza Tafakory Pakar Kesihatan Sukan

Collagen

Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein yang paling banyak pada mamalia, iaitu kira-kira sekitar 30% kandungan protein dalam tubuh manusia. Ia sering dianggap menjadi “pelekat yang mencantumkan badan bersama-sama”.

Kolagen ditemui dalam tisu serat seperti kulit, ligamen dan tendon, serta dalam tulang, saluran darah, kornea mata, dan dalam usus.

Kolagen penting untuk menguatkan saluran darah dan memberikan kulit anjal dan kuat. Pemecahan kolagen menyebabkan kedutan dan masalah kulit lain. Sebagai hasilnya, kolagen adalah salah satu suplemen terkenal dalam kalangan orang tua- disebabkan manfaat penyembuhan kulit yang ada padanya.

Sifat kolagen

Tiga kali ganda struktur heliks kolagen

Kolagen mempunyai kekuatan tegangan yang sangat baik – ia adalah salah satu protein struktur berserabut panjang yang memberikan sel menstruktur daripada luar, serta menyokong majoriti tisu badan.

Sebagai asid amino, kolagen adalah diperbuat daripada kumpulan berfungsi amina (-NH2) dan asid karboksilik (-COOH). Unsur utama kolagen ialah hidrogen, oksigen, nitrogen, dan karbon.

Kolagen mengandungi tiga-kandas segmen berheliks daripada struktur serupa. Kelimpahan luar biasa tiga asid amino glisina, prolina, dan hidroksiprolina, memberikan kolagen struktur berheliks tiga kali ganda.

Komposisi kolagen dianggap unik dalam memberikan kandungan tinggi hidroksiprolina.

Fungsi kolagen

Terdapat lebih 28 jenis kolagen berbeza. Serat kolagen memberikan kekuatan dan struktur kepada pelbagai bahagian tubuh yang berbeza. Ia salah satu daripada komponen utama matriks luar sel, yang menafsirkan ciri tisu penghubung pada manusia dan mamalia lain.

Kolagen adalah perlu untuk memelihara keremajaan kulit dan mengecilkan kedutan, ia juga penting untuk keanjalan tisu penghubung kulit, membolehkannya mengembang dan mengecut tanpa merosakkan sebarang tisu.

Kolagen dan usia tua

Semakin kita meningkat usia, pengeluaran kolagen bermula perlahan dan kedutan mula terbentuk. Struktur sel pula mula kehilangan kekuatannya.

Hasilnya, kulit mula menjadi rapuh, kurang anjal dan kedutan bermula. Selain itu, rambut pula mula kehilangan warna, sendi semakin melonggar, dan kualiti tulang mula merosot.

Berjuta-juta orang di seluruh dunia mencari cara untuk merangsang penghasilan kolagen apabila kedutan mulai menonjol.

Suntikan pengisi kulit menjadi semakin terkenal dalam mengelakkan garisan dan kedutan yang dikaitkan dengan penuaan.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Archives of Dermatology, suntikan dengan “pengisi dermal” mengandungi asid hialuronik, yang dikatakan boleh merangsang pengeluaran kolagen, mengembalikan struktur kulit yang rosak.

Kemajuan perubatan

Rawatan untuk penyakit jantung – ahli sains menemukan bahawa kolagen boleh mengubah dari bentuk tegarnya kepada keadaan yang lebih fleksibel dan kemudian kembali semula. Penemuan tersebut membolehkan saintis untuk membuat ubat yang boleh mengurangkan risiko serangan jantung dengan cara menghalang kolagen daripada pecah dalam plak arteri.

Penyembuhan gam – kaedah terbaru menggunakan kolagen bovine yang berupaya menggalakkan penyembuhan gam, menurut artikel yang disiarkan dalam journal Head & Face Medicine.

Arthritis – Alternatif yang kuat dan stabil untuk kolagen manusia yabg dibina oleh sekumpulan penyelidik di University of Wisconsin-Madison, yang boleh digunakan untuk merawat keadaan yang disebabkan oleh kecacatan kolagen seperti arthritis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 22, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Mac 28, 2019

Morteza Tafakory Pakar Kesihatan Sukan

Morteza Tafakory pernah menjalani pengajian dalam bidang fisioterapi di University of Applied Sciences di Utrecht, Belanda. Beliau amat memahami selok-belok disiplin pengajian ini juga mengenalpasti kekurangan yang ada dalam bidang perubatan.

Sepanjang hidupnya, beliau banyak aktif dalam pelbagai jenis sukan, dan seringkali mendapat kecederaan akibat daripada gaya hidup yang sihat tersebut. Pada ketika itu, beliau menjalai program rawatan terapi dan mengenalpasti terdapatnya kelemahan jika bergantung kepada satu jenis rawatan sahaja. Antara yang menjadi kelemahan dalam bidang ini adalah seperti sesuatu rawatan harus dilakukan mengikut sesuatu protokol sahaja.

Oleh kerana setiap individu itu unik, Morteza Tafakory percaya seseorang ahli terapi tidak perlu terikat dengan sesuatu cara kerja pemulihan. Berdasarkan pengalaman beliau, fisioterapi merupakan salah satu teka-teki kompleks dalam proses pemulihan. Oleh itu, beliau telah menjalankan kajian mendalam bagi mempelbagaikan pendekatannya sebagai ahli terapi. Morteza Tafakory mempunyai ilmu dalam pelbagai disiplin yang menyokong kerjayanya sekaligus menjadikan beliau seorang pakar terapi yang kaya dengan pelbagai kaedah rawatan.

Memandangkan tugas sebagai pakar terapi memerlukan pembelajaran sepanjang hayat, Morteza telah aktif dalam memberi kesedaran tentang jenis terapi seperti Mylogenics ©, PHP © T.O.P. Trainer © A & B of the Overload Principle ©, Kinesiotaping, Sporttaping dan I.M.T ©. Beliau juga sering mengikuti perkembangan terkini dalam bidang nutrisi dan dietetik.

Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini