Bagaimana Menghadapi Ramadan Jika Saya Mengalami Kemurungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 04/12/2019

Mengalami kemurungan bukanlah antitesis kepada peribadi muslim. Penyakit kemurungan merupakan penyakit perubatan serius yang melibatkan perasaan sedih atau murung. Namun berbeza daripada perasaan sedih yang mungkin dirasakan apabila kehilangan benda contohnya, bagi mereka yang mengalami masalah ini, perasaan sedih atau murung ini berpanjangan.

Pada masa yang sama, mereka juga seringkali mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan diri mereka bersalah dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Perasaan murung ini hadir dalam diri mereka pada setiap waktu sepanjang hari dan boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu. Ini berbeza dengan perasaan sedih biasa yang kita alami apabila sesuatu musibah berlaku yang akan hilang dalam masa yang singkat setelah musibah itu berlalu.

Kemurungan dan stigma masyarakat

Kemurungan boleh menjadi subjek sensitif yang sukar untuk ditangani dalam bulan Ramadan, apatah lagi kerana stigma masyarakat terhadap penyakit ini. Semua orang boleh menerima hakikat bahawa tubuh boleh terdedah kepada penyakit fizikal. Mereka juga boleh menerima hakikat bahawa otak boleh dilanda penyakit seperti Alzheimer. Tetapi sesetengah orang tidak dapat menerima hakikat bahawa kemurungan adalah penyakit sebenar dalam bentuk klinikal dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan baik. Mereka lebih suka mengkategorikan kemurungan sebagai akibat tidak bersyukur atau kekurangan iman.

Kemurungan bukanlah kecacatan karakter, kekurangan kerohanian, atau disfungsi emosi. Dan semestinya bukan pilihan individu. Meminta seseorang untuk “cuba” tidak menjadi murung adalah sama seperti meminta seseorang yang mempunyai kaki patah untuk mula berlari. Sikap sedemikian sangat berbahaya dalam masyarakat kita.

Realitinya, terdapat ramai manusia, tanpa mengira agama dan bangsa yang mengalami kemurungan dan mendapati diri mereka terpaksa berjuang untuk menempuh rutin harian mereka. Mereka berterusan berasa sedih, tidak bersemangat dan boleh menangis, mempunyai keyakinan diri yang rendah, rasa bersalah, mudah marah dan tidak bertoleransi terhadap orang lain.

Pergelutan Kemurungan dan puasa Ramadan

Bagi orang lain, cabaran utama di bulan Ramadan mungkin tentang pemilihan makanan yang sesuai untuk kekal cergas dan bertenaga atau bagaimana untuk tidak makan berlebihan sewaktu berbuka. Sedangkan mereka yang mengalami kemurungan mungkin bergelut dengan perkara mudah.

Mereka bergelut dengan diri sendiri untuk bangun pagi atau menyiapkan diri untuk keluar, kerana mereka tidak mempunyai motivasi atau minat dalam sebarang perkara dan merasa sukar untuk membuat keputusan. Kesemua ini mempengaruhi kerja mereka, kehidupan peribadi mereka dan, tentu saja, produktiviti mereka.

Penghidap kemurungan mungkin merasa sedih dengan ketidakupayaan mereka merasa teruja dengan kedatangan bulan mulia ini seperti orang lain. Mereka mungkin merasa bersalah masih berasa bersendirian di saat orang lain berasa sungguh bersatu dalam komuniti masyarakat di bulan Ramadan. Mereka mungkin terpaksa berpura-pura menjadi teruja untuk Ramadan sedangkan mereka tidak mempunyai romantisme yang sama terhadap bulan ini seperti orang lain.

Bagaimana Mengharungi Ramadan Jika Saya Mengalami Kemurungan?

Penyakit mental memberi kesan kepada semua orang secara berbeza. Pastikan anda mendapatkan penilaian pakar sama ada anda boleh berpuasa atau tidak. Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda sedang berjuang dengan kurang motivasi dan perasaan putus asa serta kesepian semasa bulan suci ini? Walaupun tiada jawapan hitam putih, beberapa perkara berikut boleh membantu anda menangani krisis dalaman anda di bulan Ramadan:

1. Niat, niat dan niat

Walaupun berbunyi klise, tapi niat anda adalah perkara yang paling penting. Sangat mudah untuk jatuh ke dalam naratif menyalahkan diri sendiri, sambil melupakan bahawa hanya kerana anda tidak merasakan gembira dengan kedatangan bulan ini tidak bermakna anda kurang taat sebagai seorang Muslim. Kurangnya motivasi untuk melakukan ibadah tertentu tidak menjadikan anda seorang Muslim yang malas.

2. Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain

Anda mungkin menghabiskan banyak masa membandingkan diri anda dengan idea Muslim yang ideal. Berhenti membandingkan diri atau cuba menyesuaikan diri dalam idealisme Muslim yang tidak wujud. Realitinya, setiap daripada kita bergelut dengan sesuatu perkara yang tidak diketahui orang lain.

3. Sibukkan diri

Penuhkan jadual harian anda dengan pelbagai perkara yang berfaedah. Sama ada membantu penyediaan sahur dan berbuka, mahupun melakukan senaman ringan agar anda tidak membiarkan diri dihanyutkan perasaan.

4. Jangan membebankan diri

Jangan mengharapkan sesuatu daripada diri anda dengan terlalu cepat kerana ini hanya menambahkan perasaan gagal dalam diri anda. Elakkan menetapkan matlamat atau target untuk dicapai sehinggalah anda benar-benar telah berjaya mengusahakan sesuatu. Contohnya, berusaha untuk membaca Al-Quran setiap hari tanpa perlu meletakkan matlamat mengkhatamkan bacaan Al-Quran yang boleh menyebabkan anda kecewa di penghujung Ramadan.

5. Makan makanan sihat

Makan makanan sihat yang boleh membantu mood anda. Masukkan sumber protein yang baik dalam diet anda dan ikuti panduan pemakanan oleh pakar pemakanan yang bertauliah.

6. Pergi ke masjid

Jika anda mampu, pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Anda mungkin berasa teragak-agak, tetapi sekurang-kurangnya ini dapat mengeluarkan anda daripada persekitaran menyendiri kepada persekitaran yang lebih meriah dan dipenuhi orang.

7. Bina intimasi ruhani

Antara sebab puasa dianggap sebagai ibadah yang membina kerohanian diri adalah kerana puasa adalah ibadah yang tidak dapat dilihat, hanya anda dan Tuhan mengetahuinya. Sekarang, anggaplah perjuangan anda dengan kemurungan sebagai usaha yang sama. Perasaan pengasingan, kesunyian, kurang tumpuan, kurang tenaga, lemah fizikal, kecemasan, kesedihan, dan kekosongan yang memenuhi ruang jiwa anda hanya diketahui anda dan Yang Maha Mengetahui. Kerana tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang melihat. Tidak siapa yang menyaksikan perjuangan anda melainkan-Nya.

Jadi, anggaplah puasa sebagai satu cara mengukuhkan keintiman dengan Allah SWT – bukan hanya melalui doa dan solat-tapi dengan menjalaninya walaupun anda memaksakan diri, sebagaimana anda memaksa diri untuk meneruskan hidup.

Sama ada anda baru menghadapi kemurungan atau telah lama bergelut dengannya, sama ada ini bahagian jangka pendek atau kronik dalam hidup anda, sama ada kemurungan ini adalah episod setiap hari atau kadangkala, tanamkan pada diri anda bahawa; anda dicintai, anda bermakna. Jangan merasa bersalah kerana tidak memenuhi jangkaan yang anda miliki untuk diri sendiri, atau kerana merasa sangat berbeza dengan Ramadan sebelumnya. Anda bukan lemah kerana berasa sangat sukar mengharungi bulan ini. Perjuangan anda mempunyai nilai dan bukan untuk diukur oleh orang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tolak Budaya Melayu? Tunggu! Ini 5 Amalan Tradisi Orang Melayu Baik Untuk Kesihatan, Dah Terbukti!

    Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 30/04/2020

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020
    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020
    berhenti merokok semasa ramadan

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020