Suami Isteri, Ini 4 Cara EFEKTIF Kekal Intim Ketika Jalani Rawatan Kesuburan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 mins read

Kebanyakan semua isteri pasti tahu bahawa rawatan kesuburan untuk mengandung akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada fizikal dan mental. Pun begitu, tidak ramai pasangan yang bersedia untuk menghadapi kesannya terhadap kehidupan seksual masing-masing. Mengapa agaknya ya?

Ini kerana rawatan kesuburan untuk mengandung adalah satu proses atau keadaan yang boleh menjejaskan keintiman anda dan pasangan. Kesannya, ia mungkin akan membuat kehidupan seksual menjadi kurang baik.

Jom kita sama-sama ikuti artikel untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut!

Bagaimana rawatan kesuburan jejaskan seks?

35 tahun

Tidak semua pasangan dilahirkan subur dan sempurna. Ada juga yang terpaksa menjalani macam-macam rawatan kesuburan untuk mengandung. Namun, rawatan sebegini turut datang dengan pro dan kontranya.

Kebaikannya, ia mungkin boleh meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Keburukannya, ia mungkin akan menjejaskan kehidupan seks kalian.

Ini merupakan sebab-sebabnya:

  • Tiada lagi unsur kejutan dalam seks

Seks secara tiba-tiba dan mengejut tanpa perancangan adalah sangat seronok. Namun, ia mungkin agak mustahil dicapai ketika anda sedang menjalani rawatan untuk meningkatkan kesuburan.

Ini kerana kalian terpaksa bergantung kepada ubatan, ujian, jam, termometer dan macam-macam lagi peralatan semata-mata ingin menilai waktu yang paling sesuai untuk bersenggama.

Maka, sudah tiada lagi unsur surprise yang sebenarnya sangat diperlukan dalam kehidupan seks suami isteri.

  • Kesan rawatan terhadap tubuh badan

Pasangan yang melakukan rawatan kesuburan pasti tahu bahawa ia akan memberi kesan kepada tubuh badan mereka. Akibatnya, hubungan intim bersama pasangan akan sedikit terjejas.

Sebagai contoh, pengambilan ubatan atau ujian untuk meningkatkan ovulasi sebenarnya akan menjejaskan tahap keasidan faraj yang seterusnya akan menyebabkan seks menjadi kurang lancar dan menyakitkan.

  • Hilang keyakinan diri terhadap kemampuan seks

Dalam pada itu, pasangan yang melakukan rawatan kesuburan ini mungkin akan hilang keyakinan diri terhadap kemampuan seks masing-masing. Akibatnya, mereka mungkin hilang minat dengan hubungan kelamin.

Ini disebabkan oleh mereka berasa diri tidak berguna dan tidak mampu memanjangkan zuriat pasangan. Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang tidak wajar terjadi dan sesuatu perlu dilakukan.

Keintiman kekal kuat ketika jalani rawatan kesuburan

hubungan seks

Jika dibiarkan berterusan, kehidupan seks kalian berdua pasti akan menjadi hambar dan tidak bermaya. Jadi, sila amalkan cara berikut untuk memastikan keintiman kalian berdua kekal berada pada tahap terbaik ketika menjalani rawatan kesuburan ya!

#1. Mengakui serta menerima dengan hati terbuka

Ketidaksuburan adalah sesuatu yang boleh terjadi kepada mana-mana pasangan yang berkahwin tanpa mengira usia dan jantina. Jadi, jangan sesekali menyalahkan pasangan kerana situasi yang dialaminya.

Sebaliknya, sila akui dan terimanya dengan hati terbuka. Dengan ini, anda dan pasangan sendiri akan berasa lebih baik. Ketahuilah bahawa setiap ujian yang diberi pasti ada hikmahnya.

Dalam pada itu, sentiasalah kekal positif. Tanamkan dalam hati bahawa masalah kesuburan ini mungkin boleh diatasi dan diselesaikan jika kalian bekerjasama. Jangan sesekali berputus asa dan teruskan kehidupan seks kalian berdua seperti biasa dengan yakin!

#2.  Lindungi perasaan pasangan dari kecaman

Individu yang ada masalah kesuburan pasti akan menerima banyak kecaman dari pihak luar terutamanya dari keluarga belah pasangan. Ini sepatutnya tidak terjadi kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

Jadi, anda sebagai pasangan perlu melindungi perasaan mereka dari terus terluka dan merana akibat kecaman sebegini. Sebaliknya, sentiasa berikan sokongan dan dorongan kepada pasangan.

Yakinkan mereka bahawa anda akan sentiasa berada di sisi dan tidak ada apa-apa yang dapat merosakkan keintiman kalian berdua. Selain itu, teruskan sahaja kehidupan seks kalian seperti biasa.

Jika segalanya berjalan dengan baik, kemungkinan untuk hamil itu masih ada. Teruskan berusaha dan berdoa!

#3. Asingkan keintiman dengan kehamilan

Apa maksudnya?

Sebenarnya, suami isteri yang sedang menjalani rawatan kesuburan tidak seharusnya beranggapan bahawa hubungan seks hanya perlu dilakukan sebagai usaha untuk berjaya mengandung.

Oleh itu, sila asingkan aspek keintiman dengan kehamilan. Jangan memberi tekanan kepada pasangan dengan mempunyai idea untuk beraksi di ranjang semata-mata untuk membolehkan mereka hamil.

Ketahuilah bahawa seks itu adalah sesuatu yang perlu dinikmati bersama. Jadi, jangan terlalu mencuba ya?

#4. Berkongsi perasaan bersama pasangan

Paling penting adalah kalian perlu sentiasa berkomunikasi dan berkompromi antara satu sama lain. Oleh itu, berkongsilah segala perasaan bersama pasangan anda.

Tidak perlu untuk berlagak kuat dan tenang di hadapan pasangan. Bercakaplah tentang apa-apa sahaja kebimbangan anda terhadap kehidupan seks dan masalah kesuburan kalian.

Akhir kata, kalian perlu bekerjasama dalam mengharungi hidup bersama. Ketahuilah bahawa masalah kesuburan yang dialami itu akan ada jalan penyelesaiannya.

Oleh itu, jangan jadikan ia sebagai alasan keintiman anda sebagai suami isteri menjadi hambar okay!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Hidup ini umpama roda, kadang kita dilambung dengan kebahagiaan dan kadang kita dilanda kesedihan seperti momen kita mengalami patah hati.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/07/2020 . 3 mins read

    Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

    Ramai yang percaya bahawa kesan onani terhadap hubungan seks adalah boleh menyelesaikan masalah tidak tahan lama dan sukar mencapai orgasma. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 mins read

    Rasa Nak Muntah Selepas Melakukan Hubungan Seksual? Ini Bukan Tanda Hamil Tapi Penyakit!

    Selain sakit, anda juga boleh muntah ketika melakukan seks! Namun, apa ya penyebab muntah ini? Jom baca artikel untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/07/2020 . 3 mins read

    Seks Ganas Lebih Menerujakan Pasangan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Ada individu yang gemar seks ganas dan ada yang gemar seks romantik. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat 02/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    aksi seks

    Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    hubungan seks

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
    hisap zakar jilat faraj

    10, 15 Atau 20 Minit? Ini Rupanya Berapa Lama Suami Isteri Kena Buat ‘Sentuhan Oral’

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read