backup og meta

Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

Pernah dengar cerita orang kena strok lepas hubungan seks?

Masalah ini memang menakutkan. Bayangkan, lepas habis je sesi mendayung, terus pengsan. 

Bagi golongan yang tidak tahu, mereka akan membuat anggapan yang tidak berlandaskan konsep sains.

Masalah ini mungkin kelihatan seperti tidak selalu berlaku, namun menurut Dr Pat Lyden, bekas Pengarah Pusat Strok di UC San Diego, ia tidak sejarang seperti yang disangka.

Sepanjang kariernya, Dr Lyden telah merawat ramai pesakit yang mengalami strok selepas seks; ada yang berjaya dan ada yang gagal.

Pun begitu, pasti anda tertanya-tanya, mungkinkah anda berisiko untuk mengalami masalah ini?

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Pengalaman yang menakutkan buat mereka yang alami penyakit strok

seks

Pada tahun 2008, seorang wanita dari Illinois, Amerika Syarikat bergegas ke hospital selepas mengalami penyakit strok.

Keadaan kesihatan tersebut menyerang semasa aktiviti seks.

Menurut wanita tersebut, dia tidak boleh menggerakkan tangan kirinya, mukanya rasa kebas, dan percakapannya tidak jelas dan teratur.

Perkara ini menyebabkan wanita tersebut menjadi panik. 

Walau bagaimanapun, hospital yang boleh merawat keadaan itu hanya menerima pesakit 6 jam selepas penyakit strok menyerang.

Ini bermakna, pemberian ubat pemecah darah beku yang dikenali sebagai tPA tidak boleh diberikan.

Ia berdasarkan protokol rawatan yang menetapkan 3 jam sebagai had maksima untuk memberi tPA kepada pesakit strok.

Lebih daripada had masa tersebut, ubat tersebut tidak berkesan untuk merawatnya.

Oleh sebab pemberian melalui salur darah vena tidak lagi berkesan, doktor yang bertugas membuat keputusan untuk memberikan tPA secara langsung terhadap darah beku yang terbentuk.

Prosedur tersebut agak berbahaya dan ia mempunyai risiko komplikasi yang tinggi.

Ia melibatkan penggunaan tiub fleksibel lutsinar yang dikenali sebagai kateter. Ia akan dimasukkan melalui salur darah pada kangkang pesakit ke otak.

Selepas rawatan tersebut berjaya diberikan, simptom pesakit hilang dalam masa 12 jam. 

Anda mungkin berminat:

Strok selepas hubungan seks, bukan masalah yang selalu berlaku

Ia tidak mustahil namun tidak sepatutnya menjadi penyebab untuk anda takut melakukan hubungan seks.

Wanita yang berasal daripada Illinois tersebut mempunyai latar belakang kecacatan pada struktur jantung dan mempunyai sejarah penggunaan ubat cegah kehamilan.

Jika anda familiar dengan organ jantung, anda akan tahu bahawa ia mempunyai 4 ruang, 2 ruang atas (atrium) dan 2 ruang bawah (ventrikel).

Ruang atrium dan ventrikel kanan menerima darah dari seluruh badan untuk dipam ke peparu bagi mendapatkan oksigen.

Ruang atrium dan ventrikel kiri akan menerima darah dari peparu (yang telah dioksigenkan) dan dipam ke seluruh badan.

Wanita tersebut telah didiagnosis dengan masalah yang dikenali sebagai perforated foramen ovale (PFO).

Terdapat lubang di antara ruang atrium kiri dan atrium kanan jantung.

Oleh sebab wanita tersebut mengambil ubat pencegah kehamilan, dia mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami pembentukan darah beku.

Jika ia berlaku dalam individu sihat, darah beku itu akan dipam masuk ke dalam jantung, pergi ke paru-paru dan larut tanpa sebarang simptom.

Oleh sebab wanita tersebut mempunyai masalah PFO, tekanan yang tinggi semasa seks menyebabkan darah beku di atrium kanan masuk ke atrium kiri melalui lubang di antaranya dan dipam ke organ berkaitan.

Jika ia sampai ke organ otak dan tersumbat pada salur darah kecil, strok boleh berlaku.

Jangan biarkan perkara ini merunsingkan anda

strok

Insiden berlakunya penyakit strok selepas seks sangatlah rendah.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan strok selepas anda bersenggama, terutama bagi penghidap masalah PFO. 

Perkara ini berpunca daripada peningkatan jumlah darah yang mengalir dari atrium kanan ke atrium kiri semasa anda meneran.

Ia termasuklah seks, bernafas dengan mulut dan hidung tertutup (kaedah Valsalva) atau meneran ketika berak.

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah strok sebegini mempunyai kecacatan jantung PFO.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, jangan biarkan perkara ini merunsingkan anda.

Jika anda mengalami simptom neurologi seperti kebas sebelah badan, perubahan pada deria, sawan, sukar untuk membaca atau menulis dan sebagainya, tindakan awal adalah untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Dalam rawatan strok, semakin cepat pesakit hadir untuk mendapatkan rawatan, semakin tinggi untuk mereka sembuh sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi.

Konklusi

Strok tidak boleh dipandang ringan. Keberkesanan rawatannya bergantung kepada jarak masa di antara waktu serangan dan waktu mendapatkan rawatan.

Secara amnya, bagi mereka yang hadir ke pusat rawatan dalam masa 3 jam serangan, mereka akan mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh tanpa komplikasi.

Jika anda mengalami simptom neurologikal selepas melakukan sebarang aktiviti, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Paradoxical Embolism to the Central Nervous System After Sexual Intercourse in a Young Woman with a Complex Atrial Septal Abnormality. (https://www.strokejournal.org/article/S1052-3057(08)00057-8/fulltext). Diakses pada 13 Julai 2020.
  2. Unusual Case Of Woman Who Suffered Stroke During Sex. (https://www.sciencedaily.com/releases/2008/09/080915083345.htm). Diakses pada 13 Julai 2020.
  3. Sexual intercourse and risk of ischaemic stroke and coronary heart disease: the Caerphilly study. (https://jech.bmj.com/content/56/2/99). Diakses pada 13 Julai 2020.
  4. Ferguson, T. Journal of Invasive Cardiology, December 2006; vol 18: pp. E292-E293.
  5. Becker, K. Archives of Neurology, July 2004; vol 61: pp. 1114-1116.

 

Versi Terbaru

09/11/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Isteri Baru Habis Pantang & Nak Bersama, Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Bunting!

Rasa Aneh Jika Keinginan Melampau Kepada Seksual? Ini Tanda Penyakit, Semak Simptom Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan