backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pernah Pakai Kondom Wanita Semasa Seks? Ambil Tahu Risiko Ini Dahulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2023

    Pernah Pakai Kondom Wanita Semasa Seks? Ambil Tahu Risiko Ini Dahulu!

    Setiap kali berbicara tentang alat pencegah kehamilan yang dikenali dengan nama kondom, sudah pasti kita akan mengaitkannya dengan kaum lelaki. Pun begitu, tahukah anda bahawa kondom wanita juga sebenarnya wujud?

    Seperti yang kita tahu, ia digunakan oleh lelaki adalah bertujuan mengelakkan pasangan mengandung serta melindungi diri dari pelbagai penyakit kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhoea dan lain-lain.

    Samalah juga fungsinya seperti yang digunakan oleh kaum wanita!

    Ia berfungsi sebagai alat kontrasepsi untuk mencegah daripada kehamilan luar jangkaan serta memainkan peranan yang sangat penting dalam menghalang dan menyekat penyebaran HIV.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Apa itu kondom wanita?

    Buat anda yang belum tahu, ia adalah sejenis kantung berbentuk silinder yang lembut namun kuat dan berfungsi sebagai pelindung antara zakar dan faraj.

    Tujuannya, tentu sekali untuk menghalang kemasukan air mani dan sperma lelaki dari memasuki rahim wanita lantas mengelak daripada mengandung.

    Persoalannya, adakah ia benar-benar selamat dan berkesan dalam mencegah kehamilan luar jangkaan serta pelbagai penyakit jangkitan kelamin (STD)?

    Adakah ia benar-benar selamat & berkesan?

    Untuk pengetahuan anda, ia sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan kondom lateks lelaki di mana ia mungkin tidak akan menimbulkan sebarang reaksi alahan serta boleh digunakan bersama air atau minyak pelincir.

    Apa yang membezakannya adalah alat kontrasepsi yang satu ini tidak perlu bergantung pada tahap ereksi lelaki untuk mendapatkan kesan yang 100% serta tidak perlu dibuang segera selepas ejakulasi.

    kondom wanita

    Jadi, ia memang selamat dan berkesan untuk digunakan oleh pasangan di luar sana.

    Pun begitu, ketahuilah semua perkara di dunia ini pasti mempunyai pro dan kontranya.

    Kesan sampingan kondom wanita

    Jika ia digunakan dengan betul, alat kontrasepsi ini sangat membantu dalam usaha anda dan pasangan mencegah sperma masuk ke dalam rahim.

    Pun begitu, akan terjadi beberapa kesan sampingan sekiranya berlaku kecuaian dalam cara penggunaannya, termasuklah:

    #1. Tahap keberkesanannya tidak tetap

    Secara umumnya, tahap keberkesanan kondom wanita ini adalah sekitar 79 – 95% bergantung kepada cara penggunaannya.

    Maksudnya di sini adalah dari 100 wanita yang melakukan seks dengan alat kontrasepsi ini, sebanyak 5 – 21% masih berisiko untuk hamil.

    Tahap keberkesanannya mungkin boleh menurun disebabkan beberapa faktor seperti:

    • Kondom koyak
    • Kondom pecah
    • Cincin yang di luar termasuk ke dalam faraj
    • Cincin yang di dalam beralih sehingga ia terkeluar dari faraj
    • Zakar termasuk lubang di antara celah faraj dengan bahagian cincin luar kondom

    #2. Ia menjejaskan kepuasan hubungan seksual

    Dalam pada itu juga, kondom wanita ini juga sebenarnya boleh menjejaskan kepuasan hubungan seksual. Kenapa?

    Ini kerana kondom untuk wanita tidak mudah dipasang atau diguna seperti yang digunakan untuk lelaki.

    Cuba anda bayangkan anda perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk memasangnya sahaja sambil pasangan menunggu di sisi katil, sudah pasti ia akan buat anda berdua hilang mood bukan?

    Selain itu, seperti mana yang kita tahu juga ia amat mudah terselit atau teralih dari tempat yang sepatutnya.

    Sekiranya ia berlaku, terpaksalah kalian berdua menghentikan seketika aksi hebat anda untuk membetulkannya.

    Jika tidak, sudah tentu alat kontrasepsi ini akan hilang tahap keberkesanannya!

    Kesannya, ia sudah pasti akan menjejaskan kepuasan hubungan seksual anda dan pasangan.

    kondom wanita

    #3. Kondom wanita boleh jadi punca reaksi alahan

    Kebanyakan kondom wanita diperbuat daripada lateks, suatu bahan yang boleh menjadi punca reaksi alahan.

    Dalam pada itu, ia juga mungkin akan berlaku lebih teruk akibat lapisan lendir pada faraj yang akan memudahkan lagi lateks untuk memasuki tubuh badan pemakainya.

    Menurut Cleveland Clinic, reaksi alahan terhadap lateks boleh diketahui dengan melihat kepada simptomnya iaitu:

    • Timbul bintik-bintik merah
    • Muncul benjolan
    • Rasa gatal yang keterlaluan
    • Pembengkakan

    Jika anda mengalami tanda-tanda ini pada faraj selepas atau semasa menggunakannya, sila tanggalkan ia dan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan!

    #4. Kerengsaan pada faraj akibat kondom wanita

    Bagi sesetengah wanita yang menggunakan kondom, ia mungkin mengakibatkan kerengsaan pada alat sulitnya itu.

    Ini mungkin disebabkan oleh gesekan atau geseran yang berlaku di antara faraj dan alat kontraseptif ini semasa sedang asyik bersenggama dengan pasangan.

    Mungkin tanpa sedar, anda mungkin terlupa untuk meletakkan sedikit bahan pelincir seks yang sangat diperlukan jika anda menggunakan alat kontrasepsi ini.

    Kesannya, ia akan membuat gesekan atau gesekan itu lebih kuat lantas mengakibatkan kerengsaan yang lebih teruk.

    Sekiranya anda perasan alat sulit anda berasa sangat sakit semasa atau selepas seks dengan pasangan, sila berhenti daripada menggunakannya kerana terdapat banyak kesan sampingan kondom wanita!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan