backup og meta

5 Cara Untuk Melakukan Gaya Asmara Spooning, Memang Mengancam!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2023

    5 Cara Untuk Melakukan Gaya Asmara Spooning, Memang Mengancam!

    Jika ditanyakan pada mana-mana pasangan suami isteri, setiap dari mereka sudah pasti mahukan hubungan intim yang hangat lagi sensasi bukan? Namun, tahukah anda apa itu spooning?

    Bagi pasangan yang sudah berpengalaman, pasti macam-macam posisi sudah dicuba bukan?

    Missionary, doggy stylewoman on top – kesemua ini adalah posisi seks yang menarik tapi sudah terlalu biasa.

    Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk menambah rencah projek asmara kalian berdua di ranjang.

    Pernahkah anda mendengar tentang posisi seks yang dinamakan sebagai spooning?

    Adakah anda pernah terdengar, terbaca atau mencubanya?

    Jika tidak, jangan risau.

    Hello Doktor akan menerangkan apa itu spooning dan beberapa petua untuk melakukannya.

    Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu apa itu spooning. 

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Apa itu spooning?

    apa itu spooning

    Jika tidak tahu langsung tentangnya, jangan bimbang. Ia bukanlah bermakna anda atau pasangan adalah seorang yang naif.

    Setiap perkara pasti akan mempunyai kali pertama untuknya.

    Spooning adalah sejenis posisi seks yang dilakukan dengan isteri berbaring membelakangi suami ketika penetrasi zakar ke dalam faraj dilakukan.

    Adakah anda dapat membayangkannya?

    Dalam erti kata yang lebih mudah, ia adalah posisi di mana kemasukan zakar ke dalam faraj dilakukan dari arah belakang sambil suami berbaring di belakang isteri.

    Petua melakukan posisi seks spooning

    apa itu spooning

    Namun, ia tidak boleh dilakukan begitu sahaja.

    Jika tersalah teknik, ia akan mengakibatkan rasa sakit atau tidak selesa terutamanya buat si isteri.

    Jadi, sila amalkan petua berikut:

    #1. Apa itu spooning: Lakukannya perlahan-lahan

    Spooning bukanlah posisi seks sesuai untuk penetrasi yang dalam.

    Ini kerana suami yang rakus dan tidak sabar hanya akan menyebabkan isteri meronta akibat kesakitan.

    Sebaliknya, ia perlu dilakukan dengan perlahan-lahan. Oleh itu, masukkanlah zakar anda ke dalam faraj dengan penuh rasa sabar dan tenang.

    Jika anda inginkan sesuatu yang ekstrem, posisi ini mungkin kurang sesuai untuk anda kerana ia lebih sesuai untuk bercanda secara lemah-lembut.

    #2. Gunakan minyak pelincir

    Minyak pelincir perlu digunakan untuk melancarkan proses penetrasi – tidak kira walau apa posisi sekalipun. Posisi spooning juga adalah tidak terkecuali!

    Jadi, sila gunakan ia untuk hubungan kelamin yang lebih lancar untuk mengurangkan risiko keradangan atau ketidakselesaan.

    Selain itu, ia juga sangat penting untuk memastikan kondom tidak terkoyak atau tercabut.

    Kalian berdua juga sangat disarankan untuk menggunakan minyak pelincir berasaskan air dan bukannya silikon terutamanya jika menggunakan kondom.

    Dengan ini, ia pasti akan memudahkan projek di ranjang anda.

    #3. Bereksperimen dengan posisi kaki

    Ya, memang benar bahawa posisi spooning ini tidak memerlukan anda dan pasangan untuk banyak bergerak.

    Namun, ia mungkin akan membosankan anda yang gemarkan cabaran bukan?

    Jadi, anda boleh bereksperimen dengan posisi kaki.

    Mungkin boleh cuba minta isteri anda mengangkang dengan mengangkat satu kaki ke atas? Atau bengkokkan kedua-dua lutut? Atau lentikkan sedikit punggung?

    Gunakanlah kreativiti anda untuk membuat kedua-dua anda dan pasangan berasa nikmat dan selesa ketika melakukannya!

    apa itu spooning

    #4. Gunakan teknik fingering semasa spooning

    Seperti yang diperkatakan tadi, anda perlu gunakan kreativiti untuk menjadikan posisi seks ini lebih menarik!

    Jadi, kalian berdua sebenarnya boleh menggunakan teknik fingering ketika sedang asyik mendayung.

    Encik suami mungkin boleh menggentel buah dada atau klitoris untuk membuat isteri lebih terangsang.

    Si isteri pula janganlah diam sahaja. Gunakanlah jari anda untuk merangsang diri sendiri atau pasangan di belakang anda.

    Dalam erti kata lain, gerakkan tangan anda ke setiap zon erotik pasangan untuk aksi yang lebih panas.

    #5. Praktis sehingga berjaya

    Akhir sekali, anda tidak perlu terlalu kecewa jika gagal buat kali pertama.

    Sebaliknya, jadikan kegagalan itu sebagai satu anjakan paradigma untuk berjaya buat kali kedua, ketiga atau seterusnya.

    Bak kata pepatah Inggeris, practise make perfect. Jadi, kenapa anda perlu berputus asa? Sila praktis posisi seks spooning ini bersama pasangan sehingga berjaya.

    Sekarang, anda dan pasangan sudah tahu apa itu spooning. Jadi, apa lagi yang kalian tunggu? Mungkin anda dan pasangan boleh cuba malam ini juga?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan