Remaja Malaysia Ambil Serat Tidak Sampai 10% Daripada Saranan WHO

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 mins read

Nenek moyang kita telah lama mengamalkan dan menasihatkan agar mengambil sayur di dalam hidangan harian. Saranan yang diberikan ini adalah sangat benar dan baik. Pelbagai kajian moden telah pun menunjukkan kepentingan serat (antara sumbernya adalah sayur) di dalam diet.

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia sangat kurang mengambil serat?

Menurut kajian the MyHeARTs study yang dijalankan oleh Universiti Malaya, remaja Malaysia mengambil serat secara puratanya hanya 2.8 hingga 3.1 gram sahaja sehari. Jumlah ini tidak sampai 10% daripada jumlah yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu sebanyak 25 hingga 40 gram sehari.

Apa yang rakyat Malaysia makan?

Rakyat Malaysia sangat gemar makan. Tidak hairan lah negara ini kadangkala digelar ‘syurga makanan’ oleh sesetengah pihak, baik dari dalam atau luar negara. Namun, apa yang menghairankan adalah sesetengah nutrisi seperti serat masih lagi tidak mencukupi.

Lalu, apa yang kita makan?

Antara penyumbang kepada keadaan ini adalah perubahan pada gaya pemakanan. Sebahagiannya cenderung kepada gaya pemakanan barat seperti pizza, burger dan steak. Meskipun bukan semua menu barat adalah tidak sihat, apa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah bahagian yang kurang sihat itu.

Selain itu, kemunculan menu-menu hispter yang tentunya tidak sihat dan tinggi garam serta gula menambahkan lagi kecelaruan pada diet harian. Akhirnya, sayur dan buah-buahan sering diketepikan. Jika beli di kedai pun, sayur diletakkan di stesen terakhir ketika pinggan sudah pun penuh.

Kenapa serat penting?

Ada 2 jenis serat – larut air dan tidak larut air.

Contoh makanan yang mengandungi serat larut air ialah kacang putih, oat, barli, makanan gandum putih, jagung, pisang dan epal dengan kulit. Jenis tidak larut pula banyak di dalam bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Serat larut air melambatkan penghadaman dan membolehkan nutrisi diserap oleh badan. Ia juga menambah air di dalam najis menjadikan ia lebih lembut. Sementara serat tidak larut air pula berperanan menambah jisim najis, membantu ia melalui usus dengan lebih pantas dan lancar.

Bukan itu sahaja, ia juga terbukti mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) di dalam badan. Ini sekaligus mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

Ubah tabiat makan

Jangan abaikan serat di dalam diet anda. Mulakan hari ini.

Sebagai rujukan, berikut adalah anggaran kandungan serat di dalam secawan makanan:

  • Kacang hijau rebus – 8.8 g
  • Pear sederhana dengan kulit – 5.5 g
  • Brokoli – 5.1 g
  • Lobak merah – 5 g
  • Epal sederhana dengan kulit – 4.4 g
  • Jagung – 4 g
  • Oatmeal yang dimasak – 4 g
  • Nasi beras perang – 3.5 g
  • Kubis bunga – 2 g
  • Sawi – 1.8 g
  • Timun – 0.6 g
  • Bayam – 0.4 g

Berapa gram yang anda perlu ambil sehari?

  • Wanita: 21 hingga 25 gram.
  • Lelaki: 30 hingga 38 gram.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Keliru Dengan Jenis Karbohidrat? Ini Jawapannya!

    Karbohidrat salah satu daripada nutrien penting dalam diet seimbang buat kita. Nak tahu jenis karbohidrat yang ada? Jom baca artikel dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/11/2019 . 2 minit bacaan

    Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!

    Makanan sunnah seperti kurma, buah delima, buah zaitun, anggur dan buah tin mempunyai banyak manfaat. Tahukah anda, buah kurma boleh banyakkan susu ibu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 31/10/2019 . 2 minit bacaan

    Diet Rendah Karbo Boleh Menyebabkan Kanser Usus?

    Anda ingin mengamalkan diet rendah karbohidrat? Ikuti artikel ini untuk mengetahui bagaimana diet tersebut boleh menyebabkan kanser usus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2019 . 2 minit bacaan

    Anda Tahu Pisang Yang Anda Makan Sekarang Lebih Cantik Dari Rupa Asal?

    Tahukah anda, buah pisang lembut yang anda makan itu merupakan hasil daripada pembiakan terpilih atau selective breeding?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 22/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan
    mencuci sayuran

    Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/04/2020 . 4 minit bacaan
    makanan tradisional cina

    Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2020 . 4 minit bacaan
    makanan

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 5 minit bacaan