backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Qinghaosu, Siapa Sangka Herba Cina Ini Mungkin Boleh Jadi Ubat Antimalaria?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 01/08/2023

    Qinghaosu, Siapa Sangka Herba Cina Ini Mungkin Boleh Jadi Ubat Antimalaria?

    Tiada siapa yang dapat sangka bahawa sejenis herba Cina mempu menjadi jadi ubat kepada demam malaria. Ia memang satu penemuan yang membantu sektor kesihatan dunia.

    Ingin tahu apakah herba yang kami maksudkan ini? Jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Rawatan Tradisional & Herba, anda boleh klik di sini.

    Apa itu demam malaria?

    Demam malaria adalah penyakit yang tersebar melalui gigitan nyamuk Anopheles yang dijangkiti parasit Plasmodium.

    Jangkitan penyakit ini boleh terjadi dengan hanya satu gigitan nyamuk.

    Simptom-simptom virus malaria umumnya terdiri daripada demam, berpeluh, menggigil atau kesejukan, muntah-muntah, sakit kepala, cirit-birit dan sakit otot.

    Jika tidak ditangani dengan baik, penyakit ini boleh menyebabkan kematian.

    Untuk pengetahuan anda, ia merupakan penyakit berbahaya sejak beribu tahun lamanya.

    demam malaria

    Selepas kegagalan usaha untuk menghapuskan malaria pada tahun 1950-an, penyakit ini kembali bertambah dengan kemunculan parasit yang lebih kebal kepada ubat antimalaria ketika itu seperti chloroquine.

    Ini mewujudkan keperluan mendesak untuk ubat antimalaria yang baru.

    Pada tahun 1967, satu projek kebangsaan menentang malaria telah ditubuhkan di China di bawah Projek 523.

    Kajian perubatan herba Cina

    Profesor Yoyou Tu merupakan graduan Beijing Medical University School of Pharmacy pada tahun 1955.

    Beliau telah lama terlibat dalam kajian tentang perubatan herba Cina. Disebabkan pengetahuannya, beliau dilantik menjadi ketua kumpulan kajian virus malaria yang menghimpunkan pengkaji fitokimia dan farmakologi.

    Kumpulan penyelidik muda ini mula mengusahakan pengekstrakan dan pengasingan bahan herba Cina yang berkemungkinan mempunyai fungsi antimalaria.

    Fasa pertama kajian mereka melibatkan saringan terhadap lebih daripada 2,000 resepi penyediaan herba Cina untuk merawat demam.

    Mereka berjaya mengenalpasti 640 resepi untuk dikaji dengan lebih lanjut dalam masa tiga bulan.

    Daripada resepi yang sedia ada ini, mereka cuba untuk mengenalpasti herba yang kerap kali disebut dalam kebanyakan resepi.

    Qinghaosu atau Artemisinin merupakan antara herba yang kerap digunakan dalam resepi yang mereka kaji.

    demam malaria

    Manuskrip lama dan dapatan kajian

    Titik perubahan berlaku apabila ekstrak Artemisinin didapati menunjukkan tahap menghalang aktiviti parasit dalam tikus yang dijangkiti demam malaria.

    Walau menunjukkan kesan perencatan aktiviti sebanyak 68% pada awalnya, kesan ini tidak dapat dihasilkan semula dalam esksperimen seterusnya kerana fungsi yang tidak stabil.

    Mencari penjelasan, mereka melakukan semakan secara teliti terhadap rekod manuskrip lama.

    Satu-satunya rekod yang berkaitan dengan penggunaan qinghaosu untuk mengurangkan simptom virus demam malaria muncul dalam Buku Panduan tulisan tabib Cina bernama Ge Hong lebih 1700 tahun yang lalu.

    Dalam salah satu daripada resipi beliau, Ge Hong menggambarkan bagaimana mendapatkan ‘jus’ dari tumbuhan Qinghao untuk merawat demam menggunakan air sejuk, dan bukannya kaedah tradisional mendidih herba untuk menyediakan ubat Cina.

    Profesor Tu tiba-tiba sedar bahawa mungkin suhu tinggi menyebabkan ketidakstabilan dalam fungsi antimalaria yang mereka alami.

    Petunjuk kedua daripada deskripsi Ge Hong adalah bahawa daun tumbuhan itu mungkin bahagian yang mempunyai aktiviti yang paling ketara kerana ‘jus’ boleh didapati daripada daun lebih mudah daripada bahagian lain tumbuhan.

    Akhirnya, kesan perencatan 100% terhadap aktiviti parasit dalam haiwan yang dijangkiti malaria berjaya mereka perolehi setelah beralih kepada prosedur penyediaan herba dengan suhu yang lebih rendah.

    Daripada herba kepada ubat

    demam malaria

    Ekstrak dari tumbuhan Artemisia terbukti sangat berkesan dan pada tahun 1972, para penyelidik telah mengasingkan artemisinin secara kimia.

    Keberkesanan artemisinin dalam merawat beberapa ribu pesakit yang dijangkiti demam malaria di China menarik perhatian dunia pada tahun 1980-an.

    Pada tahun 2005, WHO mengubah strategi rawatan kepada rawatan kombinasi artemisinin (artemisinin combination therapy, ACT).

    Ubat malaria ini iaitu ACT kini digunakan secara meluas, menyelamatkan banyak nyawa, kebanyakannya kanak-kanak di Afrika.

    Disebabkan jasanya dalam penemuan Artimesinin dalam rawatan Malaria, Profesor Youyou Tu dianugerahkan Hadiah Nibel 2015 bagi kategori Fisiologi atau Perubatan.

    Daripada tahun 2000 hingga 2012, kejadian malaria kini telah berkurang sebanyak 25% secara global dan kadar kematian disebabkan malaria berkurang sebanyak 42%.

    Oleh itu, Hadiah Nobel kepada beliau bukan sahaja mengakui transformasi ramuan Cina kepada ubatan yang berkesan melalui sains bioperubatan moden, tetapi juga berjuta-juta nyawa yang diselamatkan kerana penggunaan yang berjaya di seluruh dunia, terutamanya di negara membangun.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan