backup og meta

Pertolongan Cemas untuk Reaksi Alahan

Pertolongan Cemas untuk Reaksi Alahan

Sistem imun anda menghasilkan antibodi untuk melawan bahan-bahan asing supaya anda tidak akan sakit. Kadangkala sistem imun anda akan mengenal pasti bahan asing sebagai berbahaya walaupun sebenarnya tidak. Apabila ini berlaku, ia dipanggil reaksi alahan. Ketahui beberapa tip pertolongan cemas dalam menghadapi reaksi alahan untuk membantu anda menyelamatkan nyawa anda dan orang di sekeliling anda.

Reaksi alahan ini boleh berlalu disebabkan sebarang makanan, ubat, atau faktor persekitaran.

Bilakah anda memerlukan pertolongan cemas?

Anda perlu memberikan pertolongan cemas kepada pesakit jika mereka pernah mengalami reaksi alahan yang teruk pada masa lalu atau mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Kesukaran bernafas atau nafas berdehit (wheezing)
  • Suara serak atau masalah bercakap
  • Rasa tegang pada tekak atau rasa seperti saluran pernafasan ditutup
  • Bibir, lidah, atau tekak yang bengkak
  • Denyutan jantung atau nadi laju
  • Mual, sakit perut, atau muntah
  • Kehilangan kesedaran
  • Kegelisahan atau pening
  • Simptom lain reaksi alahan yang teruk (anafilaksis).

Sekiranya anda mengalami alahan yang teruk, anda perlu menyimpan dua kit suntikan epinefrin dengan anda pada setiap masa dan pastikannya sentiasa tersedia.

Sesetengah maklumat yang perlu diberi perhatian mengenai anafilaksis

Reaksi alahan yang paling serius boleh menyebabkan anafilaksis. Reaksi ini boleh berlaku beberapa minit selepas pendedahan kepada alergen dan jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan kehilangan kesedaran, jantung terhenti dan kesusahan bernafas.

Tanda-tandanya termasuklah:

  • Reaksi kulit seperti geligata, gatal-gatal, atau kulit pucat
  • Pening kepala, pitam atau pengsan
  • Muka bengkak
  • Nafas berdehit atau Masalah pernafasan,
  • Loya
  • Nadi lemah dan laju

Apa yang perlu anda lakukan jika anda bersam seseorang yang mengalami anafilaksis?

  • Hubungi nombor telefon kecemasan dengan segera.
  • Suntik dengan segera pada tanda pertama anafilaksis. Suntikan tidak boleh mencederakan mereka jika mereka sebenarnya tidak mengalami anafilaksis tetapi boleh menyelamatkan nyawa mereka. Jika pesakit tersebut mempunyai pelan tindakan anafilaksis dari doktor tentang cara menyuntik epinefrin dan langkah-langkah kecemasan lain, ikut pelan tersebut.
  • Cuba pastikan pesakit bertenang.
  • Bantu pesakit berbaring.
  • Naikkan kaki mereka kira-kira 12 inci dan selimutkan badan mereka.
  • Jika mereka muntah atau mengalami pendarahan, anda perlu mengiringkan mereka.
  • Pastikan pakaian mereka longgar supaya mereka boleh bernafas.

Lebih cepat pesakit mendapat suntikan epinefrin mereka, lebih baik. Anda harus mengelakkan memberi ubat oral, minuman atau mengangkat kepala mereka, terutama jika mereka mengalami masalah pernafasan.

CPR untuk anafilaksis

Jika pesakit tersebut tidak bernafas, batuk, atau bergerak, anda mungkin perlu melakukan CPR. Ini boleh dilakukan walaupun tanpa latihan CPR yang formal. CPR melibatkan melakukan tekanan dada, sekitar 100 kali per minit sehingga bantuan tiba. Sebaiknya anda mengambil bahagian dalam kelas latihan CPR jika ahli keluarga anda mempunyai sebarang simptom tindak balas alahan.

Sekiranya anda dapat mengawal pendedahan kepada alergen, risiko mengalami reaksi alahan akan berkurangan. Pastikan rakan sekerja dan kawan anda tahu tentang alahan anda dan di mana anda menyimpan suntikan epinefrin anda. Anda juga harus mengajar rakan anda bagaimana untuk merawat reaksi alahan, yang dapat membantu menyelamatkan nyawa.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Severe Allergic Reaction Treatment. http://www.webmd.com/first-aid/severe-allergic-reaction-anaphylactic-shock. Accessed 22 November 2016.

Allergic Reaction Treatment. http://www.webmd.com/first-aid/allergic-reaction-treatment. Accessed 22 November 2016.

Allergic Reaction First Aid: What to Do?. http://www.healthline.com/health/allergies/allergic-reaction-treatment#Treatment5. Accessed 22 November 2016.

Versi Terbaru

01/12/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Tutup Dengan Plaster Atau Biar Terdedah, Yang Mana Satu Lebih Baik Untuk Merawat Luka?

Menyahkuman Sahaja Dah Cukup? Ini Cara Merawat Luka Kecil, Calar Dan Terbakar!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 01/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan