Boleh Makan Ke Vitamin Yang Telah Luput?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 3 minit bacaan

Pengambilan vitamin tambahan dapat membantu untuk menambah baik keadaan badan dan menyokong keperluan metabolisma. Setiap orang pasti mempunyai koleksi vitamin-vitamin mereka yang tersendiri demi mencapai kesan kesihatan atau kecantikan yang diinginkan. Namun, pernahkah anda terfikir sama ada vitamin yang telah luput masih selamat untuk dimakan atau tidak?

Vitamin boleh expired ke?

Ya, dan juga tidak. Ini kerana luputnya sesuatu vitamin itu tidak sama dengan luputnya makanan yang kita makan. Secara tradisionalnya, makanan yang telah luput akan menjadi tidak selamat untuk dimakan. Namun, vitamin yang telah luput pula tidak akan mengandungi bahan toksik atau beracun, sebaliknya, ia akan menjadi kurang berkesan atau efektif dalam menghasilkan kesan yang sepatutnya. Ini kerana bahan ataupun ramuan yang terdapat dalam produk vitamin tambahan akan beransur-ansur terurai, menjadikannya semakin lama semakin tidak efektif.

Menurut Erin Stokes, Pengarah Perubatan di syarikat MegaFood, terma ‘tarikh luput’ yang disertakan pada botol produk vitamin bukan bermaksud ia akan menjadi toksik atau beracun selepas tarikh tersebut. Sebaliknya, ia menjanjikan produk tersebut mengandungi kesemua kandungan yang dinyatakan, dalam dos yang sama seperti yang tertera pada label produk.

Secara amnya, tempoh tahan suatu produk vitamin itu adalah selama 2 tahun. Semestinya, tempoh ini adalah berbeza-beza mengikut jenis vitamin dan keadaan penyimpanan. Ramai yang mungkin cenderung untuk menyimpan vitamin mereka di dapur ataupun di dalam bilik air kerana mudah untuk diakses dan diingati. Namun, kawasan tersebut adalah lembap dan juga boleh mengumpul haba yang lebih tinggi berbanding kawasan rumah yang lain. Kaedah penyimpanan terbaik untuk vitamin adalah di tempat yang sejuk dan kering. 

Oleh sebab sesetengah produk tidak stabil pada suhu bilik, penyimpanan dalam peti sejuk dapat memanjangkan hayat sesetengah produk vitamin itu. Contoh vitamin yang dimaksudkan adalah:

  • Minyak ikan
  • Vitamin E
  • Vitamin D
  • Probiotik

Jadi, selamatkah pengambilan vitamin yang telah luput?

Sangat kecil kebarangkalian bahawa pengambilan vitamin yang telah luput akan menyebabkan mudarat kepada tubuh badan anda. Sehingga kini, belum ada kes yang telah dilaporkan di mana seseorang itu mendapat penyakit ataupun meninggal dunia akibat pengambilan vitamin yang telah tamat tempoh. Namun, bergantung kepada kaedah penyimpanan dan juga pendedahan yang berlaku, terdapat kemungkinan bahawa suatu vitamin itu boleh jadi berbahaya. Sebagai contoh, jika suatu vitamin itu dibiarkan terbuka atau tidak ditutup dengan baik, ia boleh terdedah kepada kelembapan, bahan pencemaran dan juga kulat. Dengan masa, vitamin tersebut boleh menjadi tidak selamat dan berbahaya untuk dimakan.

Jenis vitamin dan makanan tambahan yang anda ambil juga adalah penting apabila anda menyemak tarikh luput. Terdapat makanan tambahan yang mengandungi bakteria seperti produk probiotik. Terdapat juga makanan tambahan atau vitamin dalam bentuk cecair. Menurut Cynthia Marie LaBonte, Ahli Kimia daripada Newport Herbal Formulas, jika telah mencapai tarikh luput, adalah lebih baik untuk anda buang sahaja vitamin atau makanan tambahan yang perlu disimpan dalam peti sejuk, dalam bentuk cecair atau yang mengandungi bakteria seperti probiotik.

Walaupun ia tidak membahayakan kesihatan anda, pengambilan vitamin yang telah tamat tempoh adalah sesuatu yang membuang masa. Ini kerana anda mengambil sesuatu yang tidak lagi efektif atau kurang efektif. Untuk itu, walaupun secara amnya pengambilan vitamin yang telah luput tidak berbahaya, adalah lebih baik untuk anda tidak mengambilnya. 

Tuntasnya, vitamin yang paling mahal yang boleh anda ambil adalah vitamin yang telah tamat tempoh. Ini kerana untuk harga yang sama (ketika dibeli), anda mengambil sesuatu yang tidak lagi efektif atau mampu untuk menghasilkan kesan yang sepatutnya. Oleh itu, cadangan terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah untuk anda beli vitamin dalam kuantiti yang sedikit dan tidak membeli secara pukal untuk kegunaan sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca Juga:

Simptom Kekurangan Vitamin A

Mati Cepat Jika Tak Cukup Vitamin D?

6 Vitamin dan Mineral Paling Penting Buat Anak Anda

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Jika Ibu Hamil Ingin Ambil Minyak Ikan? Selamat Atau Tidak?

    Fasa kehamilan mungkin menyebabkan ibu hamil berasa loya untuk makan ikan. Oleh itu, adakah pengambilan minyak ikan untuk ibu hamil dibolehkan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/02/2019 . 2 minit bacaan

    Bolehkah Makanan Tambahan Membantu Kehidupan Seks?

    Terkejut? Ya, bagi mereka yang kurang bersemangat dalam kehidupan seksnya tidak perlu bimbang lagi. Ini kerana terdapat beberapa makanan yang mudah ditemui dan lazat untuk menyelamatkan hari itu. Berikut 5 makanan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z, Pemakanan 21/12/2018 . 2 minit bacaan

    Bolehkah Produk Kolagen Mencantikkan Kulit?

    Pergilah ke mana sahaja farmasi dan kedai makanan kesihatan dan anda akan temui pelbagai produk suplemen kolagen/collagen untuk kecantikan. Terdapat dalam bentuk tablet, cecair, serbuk atau krim dan digilai ramai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/07/2018 . 2 minit bacaan

    Leuco 4

    Kenali apa itu Leuco 4. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 31/05/2018 . 1 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suplemen-kulit-tidak-diperlukan

    Nak Kulit Cantik, Ambil Suplemen Kulit- Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2020 . 4 minit bacaan
    ubat-tinggi-steroid

    Mengapa Anda Perlu Elakkan Makanan Tambahan Tinggi Steroid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 31/10/2019 . 3 minit bacaan

    Nak Tahu Boleh Makan Lagi Ke Makanan Yang Tamat Tarikh Luput? Lihat 5 Jenis Makanan Itu Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2019 . 3 minit bacaan
    insulin

    Dilarang Mengambil Insulin – Remaja Mati Akibat Dakyah Rawatan Herbal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 27/02/2019 . 2 minit bacaan