Ingin Jadi Lebih Sihat Dalam Masa 30 Hari? Cuba Teknik Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 17/11/2019
Share now

Percaya tak kalau ada yang kata anda boleh ubah tahap kesihatan dalam tempoh 30 hari? Tak percaya? Haaa…jom ikuti perkongsian artikel Hello Doktor ini.

Perubahan kesihatan

Menurut pakar kesihatan kecantikan dan pengasas barangan suplemen Australia jenama The Beauty Chef, Carla Oates, beberapa perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian dapat membantu memperbaiki usus dalam masa beberapa minggu. 

Carla memfokuskan untuk memahami bagaimana usus manusia dapat mempengaruhi mood, metabolisma, pencernaan dan kesihatan jantung. Berikut adalah saranan yang beliau cadangkan:

  1. Makanan berserat

Dalam satu kajian yang dilakukan di Australia pada 2018 mendapati bahawa hampir 99 peratus kanak-kanak dan 96 peratus individu dewasa tidak mengambil lima hidangan sayuran setiap hari seperti yang disarankan.

Diet makanan rendah serat Barat mempunyai kaitan dengan kehilangan kepelbagaian mikrob dan mungkin menyumbang kepada obesiti. Mikrob di dalam usus akan memakan serat prebiotik yang tidak dapat dicerna oleh perut dan usus, ia sekali gus menggalakkan perkembangan bakteria baik.

  1. Inspirasi

Jika anda gemar untuk berkongsi gambar di media sosial seperti Instagram, ia mungkin dapat membantu anda dalam memperbaiki aspek pemakanan. Cuba ikuti akaun beberapa individu yang gemar mengambil makanan sihat dan ketahui jenis sayuran dan buah-buahan yang menjadi pilihan mereka.

Ia sekurang-kurangnya dapat menjadi inspirasi untuk anda menghasilkan makanan lazat. Malahan pemilihan makanan yang pelbagai warna merupakan makanan yang sudah pasti tinggi kandungan polyphenol.

  1. Barangan keperluan

Menurut Carla, membeli barangan keperluan pada setiap hujung minggu dapat membantu anda untuk kekal fokus sepanjang minggu dan mengelakkan daripada membuat pilihan makanan yang tidak sihat.

Anda boleh memasak hidangan makan malam dengan lebih banyak untuk dijadikan bekalan makan tengah hari pada keesokan harinya. Ini sekali gus mengurangkan tabiat membeli makanan di luar. 

  1. Makan bersama

Anda boleh menganjurkan makan bersama dan meminta rakan-rakan anda untuk membawa satu hidangan setiap seorang, lebih kurang macam potluck. Ia sekali gus dapat membantu anda untuk mempelajari mengenai hidangan baru yang akan anda sukai. 

Penjagaan keseluruhan

Apa yang dicadangkan di atas merupakan saranan daripada pakar kesihatan Australia, Carla Oates dan ia tidak salah jika anda ingin mencuba. Walau bagaimanapun, sudah tentu penjagaan kesihatan yang terbaik adalah secara menyeluruh, melibatkan pemakanan seimbang, mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam serta mengurangkan tabiat yang tidak baik seperti merokok atau pengambilan minuman beralkohol. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sharifah Sakinah Makan Petai Untuk Elak Kemurungan, Adakah Ia Berkesan?

    Ramai yang mengatakan terdapat banyak khasiat makan petai termasuklah membantu mengelak kemurungan. Adakah ia benar atau sekadar plasebo?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kurus Itu Cantik? Adele Tampil Berbeza Sebab Amal Diet Sirtfood

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berat badan Adele sudah semakin susut disebabkan oleh diet sirtfood yang diamalkannya. Apakah diet sirtfood ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos berkaitan kesihatan perut ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Alamak! Instagram Buat Anda Teringin Nak Makan Makanan Tidak Sihat?

    Pernah tak apabila rakan anda berkongsi gambar makanan tengah harinya di media sosial, tiba-tiba, anda juga teringin memakannya. Sudah terpengaruhkah anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020
    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

    Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/04/2020
    Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

    Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/04/2020