backup og meta

Adakah Anda Mengambil Terlalu Banyak Kafein?

Adakah Anda Mengambil Terlalu Banyak Kafein?

Ramai individu memerlukan dos kafein harian, sama ada dalam bentuk kopi, teh, atau minuman tenaga, untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Ini adalah perkara normal kerana kafein terbukti dapat membuatkan diri sentiasa kekal berjaga, menghilangkan keletihan dan meningkatkan tenaga. Walau bagaimanapun, mengambil terlalu banyak kafein, boleh mendatangkan risiko kepada tahap kesihatan.

Dos kafein berlebihan?

Dos yang selamat untuk diambil bagi individu dewasa yang sihat adalah 400mg sehari. Ia diterjemahkan kepada 4 cawan kopi brew, 10 tin air karbonat, atau 2 minuman tenaga. Tetapi, kandungan kafein bagi setiap minuman mungkin berbeza-beza. Jadi untuk mengetahui jumlah kafein yang ada, anda perlu membaca label dengan teliti.

Pengambilan kafein nampaknya bukan satu masalah besar untuk individu dewasa, tetapi kanak-kanak tidak perlu dan tidak patut mengambil kafein. Individu remaja dan dewasa juga perlu menghadkan pengambilan kafein harian. Pastikan anda tidak mencampurkan kafein dengan bahan lain, seperti alkohol.

Terdapat kemungkinan bahawa anda mengambil terlalu banyak kafein jika anda minum lebih dari 4 cawan kopi setiap hari. Tanda-tanda lain yang menunjukkan anda perlu menghadkan kafein adalah termasuk migrain, insomnia, kegelisahan, kerengsaan, tidak cukup rehat, masalah urin, mual, jantung denyut laju atau cepat, kekejangan otot, dan sebagainya.

Siapa yang tidak patut mengambil kafein (selain dari kanak-kanak)?

  • Individu kurang tidur – Mengambil kafein untuk melawan masalah tidak cukup tidur adalah perkara yang tidak bagus untuk kesihatan. Kekurangan tidur dan rehat membuatkan anda minum kopi untuk dapat bertahan pada waktu kerja. Tetapi kesan kafein yang anda ambil pada waktu siang boleh membuatkan anda tidak dapat tidur pada waktu malam.
  • Individu yang mengambil ubatan  dan supleman herba – Terdapat ubatan dan herba yang akan mendatangkan impak apabila terdapat kafein. Ephedrine dan kafein akan meningkatkan risiko kekejangan dan masalah kardiovaskular. Theophylline meningkatkan kesan buruk kafein dan menyebabkan mual dan serta jantung berdebar. Echinacea akan meningkatkan kepekatan kafein dalam darah, dan boleh menyebabkan kesan yang tidak menyenangkan.

Bagaimana mengendalikan ketagihan kafein?

Mengurangkan pengambilan kafein pastinya satu cabaran yang besar. Jika anda berhenti meminum kafein secara tiba-tiba, anda pasti akan mengalami simptom seperti sakit kepala, keletihan, mudah marah dan hilang tumpuan. Simptom seperti ini selalunya tidak teruk dan akan hilang selepas beberapa hari. Berikut adalah beberapa tip untuk mengawal pengambilan kafein anda:

  • Catatkan pengambilan kafein anda dalam sehari, termasuk dalam makanan mahupun minuman.
  • Biasakan diri anda dengan tahap kafein yang rendah dengan mengurangkannya secara beransur-ansur untuk mengelakkan sebarang simptom yang tidak terkawal.
  • Beralih kepada minuman kopi tidak berkafein atau minuman lain.
  • Jika anda minum teh, cuba untuk beralih kepada teh herba yang tidak mengandungi kafein.
  • Elakkan dari mengambil ubat penahan sakit dengan kafein.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

20/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan