Suplemen Bersesuaian Untuk Badan Yang Sihat

Kita seperti hidup dalam era di mana terdapat pil untuk setiap keperluan harian. Setiap individu mahu mendapatkan jalan pintas. Baru-baru ini, ketika makan malam bersama beberapa doktor berprofil tingggi dan eksekutif hospital di mana kami berbincang mengenai isu apabila seseorang individu berjumpa doktor, mereka mengharapkan ubat…pil atau yang sewaktu dengannya…bukan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pemakanan kaya antioksidan atau cara mendapatkan tidur berkualiti untuk menyembuhkan sesuatu masalah kesihatan. Ia seperti rawatan harus bergabung dengan ubat dan bukan pelan jangka panjang yang akan menyembuhkan penyakit.

Perbincangan mengenai ubatan menimbulkan persoalan mengenai supleman kesihatan yang bersesuaian. Pasaran ubatan di luar dibanjiri dengan ribuan supleman kesihatan dan herba yang menjanjikan manfaat ajaib. Namun, berapa benarkah jaminan ini? Memandangkan industri suplemen secara amnya sudah tidak terkawal, malah, terdapat kajian yang mendapati hanya 1 daripada 3 mengandungi kandungan aktif, sukar untuk menentukan apa yang baik atau tidak.

Dalam skandal suplemen Dr. Oz, Pengarah Syarikat Bersekutu Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan, Mary Koelbel Engle, memberi keterangan bahawa “industri mengurangkan berat badan adalah di mana pengguna terdedah kepada penipuan”. Kebanyakan suplemen adalah berkisarkan soal pemasaran dan hanya digembar-gemburkan keberkesanannya.  Selepas memberi jaminan bahawa suplemen yang muncul dalam rancangannya adalah “penghilang berat badan yang ajaib kepada semua jenis badan” atau suplemen “ajaib”, Dr. Oz cepat mengakui bahawa kenyataannya sebagai ‘berbunga’ dan mengakui bahawa “tiada data saintifik untuk membuktikannya sebagai fakta”.

Dalam dunia yang ideal, kita akan memperolehi semua nutrien yang diperlukan melalui makanan. Walau bagaimanapun, diet moden cenderung menyebabkan kekurangan beberapa vitamin dan mineral tertentu. Kekurangan ini boleh melambatkan metabolisme dan mengurangkan kebolehan badan untuk membakar lemak – antara fungsi-fungsi yang terjejas.

Teknik perladangan yang diamalkan turut merosakkan nutrisi makanan. Menurut laporan daripada University of Texas, penyelidik mendapati level kandungan kalsium, riboflavin, vitamin C, zat besi, kalium, dan protein dalam sayuran dan buahan telah menurun secara ketara sejak tahun 1950. Selain itu, peningkatan pengambilan makanan diproses, tahap pencemaran dan tekanan gaya kehidupan, menjadikan permintaan untuk badan mendapatkan nutrien berkualiti tinggi semakin meningkat. Fakta yang jelas pada masa kini adalah masyarakat memakan lebih banyak ‘makanan tiruan’ berbanding ‘makanan sebenar’ merupakan penyumbang utama kepada peningkatan penyakit kronik yang berterusan di seluruh dunia.

Suplemen seharusnya merupakan sistem sokongan kepada diet yang sihat. Kita seharusnya mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat. Walau bagaimanapun, kini, ia adalah penting untuk kita menyokong diet yang sihat dengan suplemen yang betul dan tepat. Bersama pengambilan diet sihat serta seimbang, menambah suplemen tertentu akan dapat memastikan anda dapat berfungsi dan memberikan prestasi yang baik.

Suplemen penting:

Omega 3

Secara umumnya, kita perlu mengimbangi semula nisbah Omega-3 dan asid lemak Omega-6. Di sebabkan kebanyakan minyak sayuran dan makanan bijirin berkualiti rendah serta produk haiwan yang sarat kimia berada dalam diet pemakanan harian. Manfaat Omega-3 adalah banyak, termasuk; mengurangkan kesakitan dan keradangan, menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik, memperbaiki daya ingatan, melawan tekanan, melindungi daripada seranagn jantung dan strok, mengurangkan kesakitan haid dan banyak lagi. Kesan yang terbaik adalah ia mematikan mekanisme penyimpanan lemak dan menghidupkan mekanisme pembakaran lemak. Apabila membeli suplemen Omega-3, semak senarai untuk memastikan ia bebas dari pembawa minyak seperti soya.

Multivitamin

Seperti yang telah kita bincangkan, diet moden cenderung menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral tertentu. Dr. Mercola menyatakan, “saya rasa adalah amat penting untuk generasi akan datang; sama ada lelaki atau wanita, mengambil multivitamin berkualiti tinggi”. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan supleman dalam pasaran, mencari yang terbaik adalah amat sukar… terlalu banyak produk dan terlalu banyak syarikat.

Sayuran hijau hebat

Diet pemakanan ramai individu adalah kurang pengambilan sayuran. Minuman sayuran hijau yang hebat memberikan semua mikronutrien yang diperlukan badan – banyak yang membantu mengurangkan lemak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Minuman hijau berkualiti tinggi menunjukkan peningkatan status antioksidan dalam badan, meningkatkan pH, mengurangkan hormon tekanan dan banyak lagi.

Bukan semua supleman adalah sama! Ramai individu merasakan bahawa semua suplemen adalah semula jadi. Itu bukanlah hakikatnya. Kebanyakan vitamin dan mineral dalam suplemen diet adalah dihasilkan secara saintifik. Dipercayai bahawa kebanyakan vitamin sintetik terpencil adalah bersifat kimia dan mempunyai struktur yang berbeza berbanding yang terdapat dalam makanan dan mungkin tidak mendapatkan kesan yang sama kepada badan manusia.

Berikut adalah beberapa garis panduan umum untuk membantu memilih suplemen makanan berkualiti tinggi:

  • Ia perlu menjadi paling hampir dengan bentuk semula jadi (makanan keseluruhan)
  • Apakah pensijilan atau standard industri untuk kawalan kualiti yang telah dilakukan ke atas produk terbabit? Cari ISO 9001, ISO 17025, dan pensijilan Proses Pembuatan Baik (GMP).

Jadilah pengguna yang bijak dan berpengetahuan. Jika wujud keraguan, berbincang dengan profesional kesihatan yang tidak mempunyai kepentingan dalam sebarang produk atau jenama supleman.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Phil Kelly Pakar Kecergasan
Pengalaman dan pengetahuan Phil adalah hasil daripada lebih 10 tahun bekerja dengan pelbagai institusi bereputasi tinggi dan juga syarikat-syarikat ternama ...
Lihat Lebih Lagi
Phil Kelly Pakar Kecergasan
Pengalaman dan pengetahuan Phil adalah hasil daripada lebih 10 tahun bekerja dengan pelbagai institusi bereputasi tinggi dan juga syarikat-syarikat ternama. Sebahagian besar daripada kareer beliau adalah hasil daripada semakan, pemerhatian dan juga sokongan daripada syarikat-syarikat tadi demi menjadikan beliau antara pengamal kesihatan dan juga pelatih transformasi terhebat dalam industri. Phil telah meneruskan peranannya sebagai pendidik dengan mengadakan program mentoran dan latihan kepada ahli professional kecergasan generasi baru, demi meningkatkan lagi mutu servis ini dalam industri.  
Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini