Makanan Punca Jerawat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/03/2019

Pelbagai punca boleh menjadi sebab munculnya jerawat. Antaranya seperti tekanan, perubahan hormon, kerengsaan kulit, dan keadaan pori yang tersumbat. Namun, tidak dinafikan makanan juga boleh menjadi antara faktor yang boleh memburukkan lagi jerawat. Jadi apakah makanan punca jerawat? Ikuti artikel dibawah untuk mengetahuinya.

  1. Susu

Semakin banyak anda minum susu, semakin cenderung untuk anda mempunyai jerawat terutamanya jika ia adalah susu skim. Walaupun ia masih dalam kajian, namun faktor ini dipercayai disebabkan oleh hormon yang dihasilkan lembu semasa hamil yang mengalir di dalam susu. Individu yang mempunyai kandungan hormon tinggi dalam darah cenderung untuk mempunyai lebih banyak jerawat.

  1. Karbohidrat dan gula ditapis

Individu yang memakan akanan yang ditapis atau refined dalam kuantiti yang banyak cenderung untuk mempunyai jerawat berbanding mereka yang tidak. Antara makanan tinggi kandungan karbohidrat ditapis adalah seperti roti putih, beras putih, soda dan minuman manis yang lain.

  1. Coklat

Walaupun tidak begitu jelas, namun terdapat kajian kecil yang menunjukkan individu yang makan coklat dengan lebih banyak cenderung untuk mempunyai jerawat. Dalam satu kajian lain, individu yang makan coklat gelap atau coklat yang mempunyai kandungan koko lebih banyak tidak berisiko untuk mendapat jerawat berbanding mereka yang memakan coklat susu biasa. Jadi jika anda terasa ingin memakan coklat, pilihlah coklat gelap dengan kandungan gula dan susu yang rendah.

  1. Makanan alahan

Jerawat dipercayai berpunca dari masalah keradangan. Makanan yang cenderung menyebabkan keradangan juga boleh menjadi punca kepada masalah jerawat. Ini disebabkan tindak balas hipersensitif tertunda (delayed hypersensitivity reaction) – berlaku apabila sistem imun mengindentifikasi makanan sebagai ancaman dan melancarkan serangan imun. Sebaiknya anda menghindari makanan yang mendatangkan alahan kepada anda untuk mengelakkan risiko jerawat.

Walaupun makanan yang tersenarai di atas dipercayai menjadi punca kepada risiko kemunculan jerawat, namun, hakikat sebenarnya, pola pengambilan diet pemakanan harian juga turut memberikan kesan terhadap kesihatan kulit. Sebaiknya, anda mengamalkan diet pemakanan yang kaya nutrien dan seimbang. Jika keadaan jerawat atau kulit muka anda semakin kronik, mungkin anda perlu mendapatkan khidmat nasihat dari doktort atau pakar dermatologi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    JANGAN Ambil 9 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    Jika anda ingin menghindari diabetes, elak makanan yang mengandungi jumlah karbohidrat dan gula yang tinggi. Berikut merupakan antara makanan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Muka Berjerawat Kerana Sedang Mabuk Dilamun Cinta- Boleh Percaya Ke?

    Ada mitos yang mengatakan jatuh cinta boleh menjadi punca jerawat. Adakah benar dakwaan ini? Jika benar, apakah sebabnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Tahukah anda, mereka yang makan pakai tangan lebih menikmati makanan berbanding yang guna sudu? Ada banyak lagi dapatan kajian jika makan guna tangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Jika anda biasa memakan ramen, anda tahu ia disirami dengan sup miso. Tetapi adakah anda tahu pes miso ini bantu panjangkan umur anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    pinggan viral

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    pil perancang keluarga

    Biar Betul! Pil Perancang Keluarga Boleh Kurangkan Period Pain? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/05/2020

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/03/2020