backup og meta

Merokok: Faktor Risiko Utama Terhadap Penyakit Berkaitan Gaya Hidup

Merokok: Faktor Risiko Utama Terhadap Penyakit Berkaitan Gaya Hidup

Tahukah anda bahawa sebenarnya peratusan perokok di seluruh dunia semakin meningkat? Bukan sahaja golongan dewasa yang telah menjadi perokok tegar, malah golongan remaja yang masih bersekolah juga turut mengamalkan rutin merokok ini.

Terdapat banyak keburukan merokok yang anda perlu ketahui kerana merokok akan menjejaskan kesihatan anda.

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui penyakit akibat merokok ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu rutin merokok?

Penggunaan rokok atau tembakau adalah topik yang tidak pernah berakhir dengan peningkatan kekerapan dalam kalangan remaja.

Statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama penyakit kronik dan bertanggungjawab untuk sekitar 10 hingga 12 peratus kematian di Malaysia.

Statistik tersebut juga menunjukkan bahawa 50% lelaki di Malaysia adalah perokok. Perkara ini berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi ia adalah satu cabaran di seluruh dunia.

Menurut Persatuan Kanser Amerika, 480,000 orang di Amerika Syarikat mati akibat penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau setiap tahun dan dengan menghisap rokok, membunuh lebih banyak rakyat Amerika berbanding masalah-masalah lain seperti HIV, senjata api, dadah haram atau alkohol.

Merokok menyumbang sebagai faktor risiko kepada empat kumpulan utama penyakit tidak berjangkit yang juga berkaitan dengan perubahan gaya hidup – masalah kardiovaskular, pelbagai jenis kanser, penyakit berkaitan dengan paru-paru dan diabetes.

Penyakit kardiovaskular kini menjadi punca utama kematian di dunia, dan penggunaan tembakau melalui aktiviti merokok meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok sebanyak dua hingga empat kali ganda.

Rutin merokok dan kencing manis

kesan merokok

Walaupun diabetes selalu dikaitkan dengan pengambilan gula yang tinggi, sebaliknya merokok adalah faktor risiko bebas untuk diabetes, dengan 12 insiden diabetes di Amerika Syarikat berasal daripada aktiviti merokok.

Tabiat merokok adalah antara faktor utama kekerapan diabetes jenis 2 dan perokok adalah 30% hingga 40% lebih tinggi untuk menghidap diabetes berbanding bukan perokok.

Pesakit diabetes yang juga seorang perokok meningkatkan risiko kematian mereka dan komplikasi berkaitan lain seperti masalah amputasi dan penglihatan.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa merokok adalah faktor penting yang dikaitkan dengan nefropati diabetik.

Rutin merokok dan kanser

merokok dan kanser

Kanser paru-paru sentiasa dikaitkan dengan rutin merokok dan ia pastinya merupakan punca utama kewujudan kanser paru-paru.

Bukan itu sahaja, merokok juga meningkatkan risiko kanser lain termasuk kanser mulut, kanser larynx, kanser pharynx, kanser esofagus, kanser buah pinggang, kanser serviks, kanser hati, kanser pundi kencing, kanser pankreas, kanser perut, kanser kolon / rektum dan leukemia myeloid.

Merokok dan masalah pernafasan

Pernahkah anda mendengar tentang ‘batuk perokok’? Asap yang dihasilkan daripada tembakau mengandungi bahan kimia dan zarah yang memperburuk saluran pernafasan dan paru-paru.

Apabila perokok menyedut semua zarah dan bahan ini, badan membentuk lendir atau batuk untuk membersihkan zarah tersebut daripada saluran pernafasan.

‘Batuk perokok’ boleh menjadi penunjuk sekiranya mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau penyakit paru-paru jangka panjang dan risiko akan semakin meningkat apabila semakin lama kita merokok.

COPD merangkumi kedua-dua bronkitis dan emfisema kronik.

Bronkitis kronik adalah keadaan di mana saluran udara menghasilkan lendir terlalu banyak dan memaksa individu untuk batuk dan ia adalah satu komplikasi yang sering berlaku kepada perokok.

Emphysema, sebaliknya, adalah suatu keadaan di mana ia memusnahkan keupayaan seseorang untuk bernafas dan ia tidak boleh disembuhkan. 

rutin merokok

Merokok dan penyakit kardiovaskular

Beberapa penyakit kardiovaskular juga dikaitkan dengan kesan merokok. Merokok menyebabkan kerosakan pada jantung dan saluran darah anda selain meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung atau strok.

Bukan itu sahaja, merokok juga menyebabkan tekanan darah tinggi dan darah anda menjadi beku.

Selain itu, rutin merokok mempengaruhi arteri anda dengan membina plak dan meningkatkan risiko penyakit arteri periferal atau PAD; keadaan pengaliran darah yang lemah ke tangan dan kaki.

Sekitar 20 minit selepas merokok, tekanan darah dan denyut jantung anda akan berkurangan, manakala paras serum nikotin turun hingga 90% selepas 8 jam manakala deria bau dan rasa akan bertambah baik selepas 48 jam.

Tambahan pula, risiko kanser paru-paru akan berkurangan sebanyak 30% – 50% selepas 10 tahun berhenti merokok.

Anda boleh mengubah gaya hidup anda secara beransur-ansur dengan menggantikan penggunaan rokok dengan terapi penggantian nikotin seperti tampalan (patch) nikotin atau gula getah.

Anda juga boleh mengambil bahagian secara aktif dalam program berhenti merokok atau terapi yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan mendapatkan lebih banyak maklumat daripada klinik dan hospital berhampiran.

Semua sokongan untuk anda berhenti merokok sudah disediakan, tetapi tindakan awal bermula daripada diri anda sendiri.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Merokok. http://www.myhealth.gov.my/merokok/. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Smoking. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17488-smoking. Diakses pada Oktober 30, 2023.

How To Quit Smoking. https://www.helpguide.org/articles/addictions/how-to-quit-smoking.htm. Diakses pada Oktober 30, 2023.

The Effects Of Smoking In Society. https://www.thewellnesscoalition.org/the-effects-of-smoking-in-society/. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Health Effects. https://smokefree.gov/quit-smoking/why-you-should-quit/health-effects. Diakses pada Oktober 30, 2023.

Versi Terbaru

31/10/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Buat 9 Langkah Ini Kalau Tak Nak Baju Berbau Hapak Selepas Dibasuh!

Bantuan Kecemasan Jika Anda Terkena Sengatan Lebah, Ikut Langkah Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 31/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan