Makanan yang Tidak Sesuai Dimakan Bersama Menurut Perubatan Ayurveda

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Dalam perubatan Ayurveda, istilah samyoga merujuk kepada gabungan makanan dalam diet, sama ada sihat ataupun tidak. Sebagai contoh, susu dan daging biasanya perlu dielakkan bersama, begitu juga susu dan makanan masam. Ketidaksesuaian atau ‘antagonisme’ makanan tersebut mengambil kira bukan sahaja bahan makanan dan kandungannya, tetapi juga cara penyediaan dan pengambilannya.

Berikut merupakan beberapa kombinasi makanan yang dilihat sebagai tidak sesuai menurut perubatan Ayurveda:

1. Susu

susu

Susu tidak serasi dengan pisang, ceri, tembikai, buah yang masam, ikan, daging, yogurt dan roti yang mengandungi yis.

2. Madu

madu

Madu tidak serasi dengan minyak sapi yang sama banyak (contohnya 1 sudu teh madu boleh digabung dengan 3 sudu teh minyak sapi) dan madu rebus atau masak.

3. Yogurt

yogurt

Yogurt tidak sesuai dengan buah, keju, telur, ikan, minuman panas, daging, susu dan tumbuhan nightshade/solanaceae (tomato, kentang, terung, cili)

4. Buah

buah

Menurut perubatan Ayurveda, buah sebenarnya tidak sesuai dimakan dengan makanan lain. Bererti manfaat sebenar buah lebih baik didapati dengan memakannya secara sendiri. Pun begitu, terdapat beberapa pengecualian bagi makanan yang dimasak bersama seperti kurma dan susu yang mempunyai ciri-ciri yang sama menurut perubatan Ayurveda.

5. Bijirin

bijirin

Bijirin seperti beras, gandum dan sebagainya tidak sesuai dimakan dengan buah dan ubi kayu.

6. Minuman Panas

minuman panas

Minuman panas tidak sesuai diambil dengan mangga, keju, ikan, daging, kanji, dan yogurt.

7. Tanaman Lobak

lobak

Tanaman lobak seperti lobak merah, daikon (lobak putih), lobak ungu dan sebagainya tidak sesuai dimakan dengan pisang, kismis, dan susu.

8. Kekacang

kekacangKekacang tidak sesuai dimakan dengan buah, keju, telur, ikan, susu, dan yogurt.

9. Telur

telur

Telur tidak serasi dengan buah terutamanya tembikai, kacang, keju, ikan, susu, daging, dan yogurt.

10. Lemon

melon
Lemon tidak serasi dengan susu, tomato, dan yogurt.

11. Tembikai

tembikai

Tumbuhan melon tidak sesuai dimakan dengan makanan lain terutamanya produk tenusu, telur, makanan goreng, bijirin dan kanji. Tembikai, tembikai susu, rockmelon dan sebagainya lebih ditekankan berbanding buah-buahan lain untuk dimakan sendiri.

12. Tumbuhan nightshades

tomato

Tumbuhan nightshade atau solanaceae seperti tomato, kentang, terung dan cili tidak serasi dengan tumbuhan tembikai, timun, dan produk tenusu.

13. Ubi Kayu

ubi kayu

Ubi kayu tidak sesuai dengan buah-buahan, terutamanya pisang dan mangga serta kacang, kismis, dan gula melaka.

Apa rasionalnya mengelakkan kombinasi makanan yang tidak sesuai?

Berbeza daripada pandangan kontemporari diet seimbang yang menekankan pemakanan daripada pelbagai kumpulan makanan, perubatan Ayurveda percaya bahawa pemahaman tentang keadaan pencernaan individu (agni) adalah kunci untuk menentukan diet yang seimbang.

Menurut perubatan Ayurveda, setiap makanan mempunyai rasa sendiri (rasa), tenaga sejuk atau panas (virya) dan kesan kepada pencernaan (vipaka). Ada juga yang mempunyai prabhava, kesan yang tidak dapat dijelaskan. Jadi, selain agni individu menentukan kesesuaian makanan untuk dimakan, kombinasi makanan juga sangat penting.

Apabila dua atau lebih makanan yang mempunyai rasa, tenaga dan kesan selepas pencernaan yang berbeza digabungkan, agni boleh menjadi tidak mampu menanganinya, lalu menghalang sistem enzim dan mengakibatkan pengeluaran toksin. Namun makanan yang sama, jika dimakan secara berasingan, mungkin merangsang agni, dicerna lebih cepat dan mengelakkan penyakit.

Jika anda sedari, lambakan minuman sejuk komersial menawarkan kombinasi susu, buah-buahan bahkan bahan tambahan seperti ubi kayu yang dikira tidak sesuai menurut perubatan Ayurveda. Tidak hairanlah begitu banyak produk pasaran hari ini untuk menangani masalah pencernaan.

Jika anda kerap mempunyai masalah ketidakhadaman dan masalah sistem pencernaan yang lain, mengubah cara pemakanan anda dan mengurangkan pegambilan minuman komersial tersebut mungkin dapat membantu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut