Pil Perancang Keluarga Bukan Untuk Elak Kehamilan Saja, Tapi Ini 7 Kebaikannya Yang Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/06/2020

Pil perancang keluarga mempunyai keberkesanan sehingga 99.9% sekiranya diambil dengan betul bagi tujuan kawalan kelahiran.

Pil ini juga dianggap sebagai salah 1 kaedah paling popular dalam kalangan mereka yang ingin merancang keluarga.

Namun, adakah anda tahu, pil perancang keluarga ini bukan hanya bertindak untuk mengelakkan kehamilan semata-mata?

Jika anda ingin tahu apakah manfaat lain pil perancang kehamilan, sila lihat apa yang telah kami sediakan di bawah ini.

7 manfaat pengambilan pil perancang keluarga

Mungkin ada yang tidak tahu manfaat lain pil perancang kehamilan terhadap tubuh anda. Berikut adalah antara 7 manfaat pil ini kepada wanita.

#1. Mengawal kitaran haid

pil perancang kehamilan

Salah 1 kaedah kawalan kelahiran yang melibatkan hormon adalah melalui penggunaan pil perancang keluarga.

Pil ini berkemungkinan boleh menyeimbangkan turun naik hormon sewaktu seseorang wanita itu sedang mengalami haid.

Ia membantu dalam pelbagai isu berkaitan kitaran period seperti haid yang tidak teratur mahupun pendarahan yang terlalu banyak.

Selain itu, pil perancang kehamilan juga boleh membantu mengawal simptom sindrom ovari polikistik (PCOS) seperti tumbuhnya jerawat atau rambut yang berlebihan. 

#2. Mengurangkan kesakitan akibat haid

Sekitar 31% wanita didapati terus menggunakan pil perancang keluarga disebabkan kesannya dalam mengurangkan kesakitan semasa haid

Artikel berkaitan:

Pil ini juga boleh bertindak menghalang ovulasi daripada berlaku. Apabila seseorang wanita itu tidak berovulasi, maka rahim tidak akan mengalami kontraksi yang biasanya menyebabkan kekejangan yang sangat menyakitkan. 

Sekiranya anda mempunyai haid yang menyakitkan, pil perancang keluarga juga boleh bertindak sebagai penahan sakit sewaktu anda period.

#3. Menghilangkan jerawat yang disebabkan oleh hormon

pil perancang kehamilan

Antara penyebab kepada munculnya jerawat bagi seseorang individu ialah keadaan hormon yang tidak stabil. Oleh itu, jerawat akan muncul dengan banyak sewaktu zaman remaja.

Bagi mengelakkan jerawat tumbuh dengan banyak, pil perancang kehamilan boleh digunakan untuk mengawal kestabilan hormon.

Pil perancang yang mengandungi kedua-dua estrogen dan progesterone adalah jenis pil yang paling berkesan untuk menghalang pertumbuhan jerawat secara terkawal.

#4. Mengurangkan risiko untuk mendapat kanser rahim

Antara salah 1 manfaat pil perancang kehamilan dalam jangka masa panjang ialah ia dapat mengurangkan risiko kanser rahim daripada berlaku.

Wanita yang mengambil pil perancang ini mempunyai risiko hanya 50% bagi mendapat kanser rahim.

Yang menariknya, kesan pil ini masih boleh bertahan sehingga 20 tahun selepas anda berhenti mengambilnya.

Selain itu, ia juga boleh mengurangkan risiko kanser ovari bagi wanita.

#5. Mengurangkan risiko untuk mendapat ketulan atau cyst pada ovari

Cyst ovari adalah sejenis kantung atau ketulan yang dipenuhi dengan cecair yang berlaku pada ovari sewaktu berlakunya ovulasi.

Ia tidaklah membahayakan kesihatan namun ia boleh memberikan rasa sakit atau tidak selesa pada seseorang wanita.

Wanita yang mempunyai sindrom ovari polikistik (PCOS) biasanya mempunyai banyak cyst bersaiz kecil pada ovari mereka. 

Apabila ovulasi dapat dihalang melalui penggunaan pil perancang kehamilan, maka ia juga secara tidak langsung dapat mengelakkan cyst ini daripada berlaku.

Ia juga dapat menghalang cyst yang lama daripada tumbuh kembali.

#6. Membantu mengawal endometriosis daripada berlaku

Endometriosis adalah 1 keadaan di mana dinding tisu pada rahim yang disebut sebagai endometrium tumbuh di kawasan lain yang tidak sepatutnya.

Artikel berkaitan:

Tisu ini kemudiannya akan menyebabkan pendarahan ketika anda mengalami haid.

Sekiranya pendarahan berlaku pada kawasan di mana darah mudah keluar daripada tubuh anda, ia akan menyebabkan keradangan dan juga kesakitan. 

Pil perancang keluarga ini membantu anda mengawal endometriosis daripada berlaku kerana ia akan mengelakkan kedatangan haid. 

#7. Ia juga membantu mengawal migrain akibat haid

pil perancang keluarga

Migrain adalah 1 keadaan sakit kepala yang teruk dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding kaum lelaki.

Sebahagian besar puncanya adalah disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak stabil.

Pakar perubatan berpendapat, migrain akibat haid mempunyai kaitan dengan penurunan hormon estrogen dan juga progesterone sebelum bermulanya kitaran haid.

Penggunaan pil perancang dapat membantu seseorang wanita mengawal kadar hormon mereka daripada menurun yang boleh menyebabkan migrain.

Bukan semua orang boleh mengambil pil perancang keluarga

Walaupun manfaat pil perancang keluarga ini kelihatan sangat berkesan, namun tidak semua orang sesuai mengambil pil ini.

Sekiranya anda adalah seorang perokok atau berumur 35 tahun ke atas, pil perancang ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan juga risiko darah beku.

Pil perancang kombinasi 2 hormon juga boleh memberikan kesan yang sama walaupun anda bukanlah seorang perokok.

Selain itu, pil ini juga boleh menyebabkan beberapa kesan atau simptom secara fizikal mahupun emosi.

Sekiranya anda ada mengalami beberapa kesan sampingan hasil daripada pengambilan pil perancang, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat kepastian. 

Doktor akan membantu anda menentukan kaedah mana yang paling berkesan untuk anda selain memaklumkan tahap risiko yang mungkin berlaku jika anda mengambilnya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kenapa Waktu Period Saya Boleh Sama Dengan BFF? Ini Kebetulan Atau Terbukti Saintifik?

Kita biasa dengar wanita hamil bersama jika mereka berkawan rapat tetapi bagaimana pula kedatangan haid? Adakah boleh untuk terjadi tempoh menstruasi sama?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Usah Biarkan! Ini 5 Sebab Kenapa Penderita Migrain Perlu Berjumpa Pakar Neurologi

Jika anda alami masalah migrain serius, anda perlu berjumpa pakar. Ia bukan setakat sakit kepala, malah simptom lain yang boleh buat anda tidak produktif.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Dah Banyak Berhabis Duit Merawat Migrain? Ini 5 Tip Nak Claim Insurans Kesihatan

Jika anda ingin membuat tuntutan perubatan, anda perlu semak polisi insurans anda dengan teliti. Ini terutamanya jika anda ingin dapatkan rawatan migrain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Kerap Diserang Migrain? Apa Kata Anda Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya

Individu yang mengalami serangan migrain, biasanya tugasan harian akan terjejas. Jadi berikut 5 cara mengawal masalah migrain untuk anda cuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

ini-5-makanan-punca-barah-rahim

Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020
tuala-wanita-perlu-dibasuh-atau-dibuang-terus

Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang, Perlu Ke? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/05/2020
topeng muka

Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/05/2020
tanda kanser rahim

Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/05/2020