backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

Bila Haid Pertama Selepas Bersalin Akan Kembali? Ini 5 Hal Ibu WAJIB Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/06/2022

    Bila Haid Pertama Selepas Bersalin Akan Kembali? Ini 5 Hal Ibu WAJIB Tahu

    Sepanjang 9 bulan kehamilan, seseorang wanita yang mengandung tidak akan mengalami kedatangan haid sehinggalah selepas melahirkan anak. Hmmm…rasa berdebar pula menantikan haid selepas bersalin.

    Bila kedatangan haid selepas bersalin?

    Untuk menjawab persoalan ini, sebenarnya tiada tempoh spesifik bagi menyatakan bila waktu yang tepat untuk menentukan kedatangan haid pertama bagi seorang wanita selepas bersalin.

    Ia adalah berbeza bagi setiap wanita dan bergantung kepada badan serta beberapa faktor lain yang menyebabkan haid anda cepat atau lambat.

    Sekiranya anda menyusukan bayi secara terus, ia boleh menjadi antara punca mengapa kedatangan haid selepas bersalin anda menjadi lambat.

    Keadaan ini akan bertambah lambat sehingga setahun jika anda menyusu badan siang dan malam.

    Beberapa faktor berikut mungkin boleh mempengaruhi tempoh kedatangan haid.

    Period anda mungkin akan datang lebih awal jika:

  • Anda tidak menyusu badan secara eksklusif
  • Bayi anda tidur sepanjang malam dan tidak menyusu
  • 5 perkara tentang haid selepas bersalin

    Mesti ada wanita yang bimbang apabila tidak didatangi haid selepas 2 hingga 3 bulan bersalin, bukan?

    Jangan khuatir, ia adalah sesuatu yang normal. Bahkan sebenarnya ada wanita yang tidak didatangi haid selepas bersalin sehingga tempoh setahun. 

    Berikut adalah 5 perkara yang perlu anda ketahui tentang haid selepas bersalin:

    1. Berbeza bagi setiap wanita

    Faktor utama dan terbesar yang boleh menjejaskan waktu period adalah sama ada anda menyusu badan atau tidak.

    Menurut Fellow of The American Congress of Obstetricians and Gynecologists, Dr Elizabeth Sauter, “Seseorang wanita yang tidak menyusu badan, maka haid pertamanya akan kembali semula selepas tempoh 6 minggu hingga 3 bulan selepas melahirkan anak.”

    Bagi ibu menyusu secara eksklusif sukar untuk meramal bila akan tibanya haid. Amat jarang period untuk kembali sehingga 6 bulan pertama selepas bersalin.

    Haid mungkin tidak akan datang sehingga anda selesai menyusukan bayi untuk tempoh setahun atau lebih. Dan keadaan ini adalah normal, usah risau.

    haid selepas bersalin

    1. Pendarahan banyak berbanding sebelum bersalin

    Apabila anda mula mengalami haid selepas melahirkan bayi, ia mungkin berbeza dengan haid yang pernah anda alami sebelum ini.

    Haid yang berlaku mungkin akan menimbulkan pengalaman kurang menyenangkan. Ini kerana ia mungkin disertai dengan:

    Keadaan tersebut mungkin berlaku kerana badan sedang menyesuaikan diri untuk proses menstruasi selepas berehat lebih daripada 9 bulan.

    Jangan terkejut, kerana kebanyakan wanita menganggap kesakitan haid itu lebih menyenangkan berbanding ketika melalui proses kelahiran bayi. Itu sudah semestinya!

    1. Kitaran haid tidak teratur

    Selepas bersalin, sama ada anda menyusu badan atau tidak, haid anda tetap akan terjejas untuk beberapa tahun pertama selepas melahirkan anak. 

    Dr Elizabeth memberitahu bahawa ibu yang mempunyai kitaran haid normal sebelum mengandung dan tidak menyusu badan, akan kembali datang bulan seperti biasa dalam tempoh beberapa bulan selepas bayi dilahirkan.

    Manakala ibu yang menyusu badan, walaupun sudah period, mereka mungkin tidak akan mendapat tempoh kitaran selama 28 hari atau sebarang kitaran normal.

    Namun tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang mendapat kitaran haid normal selepas melahirkan anak.

    1. Lewat? Ia adalah normal

    Biasanya haid akan kembali semula selepas 8 minggu melahirkan anak, itu adalah tempoh paling awal haid bagi ibu yang tidak menyusu badan.

    Walau bagaimanapun, jika anda menyusu bayi anda secara eksklusif, ia adalah normal untuk mengalami kedatangan haid lambat. Dalam erti kata lain, haid anda mungkin terhenti seketika.

    Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, tempoh untuk haid kembali adalah berbeza bagi wanita. Ia bergantung kepada kekerapan anda menyusukan bayi serta paras hormon dalam badan.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan seseorang wanita hanya akan mengalami haid sekitar tempoh 4 hingga 10 bulan pertama selepas bersalin.

    Tetapi tempoh tersebut boleh mencapai 15 hingga 18 bulan selepas kelahiran. 

    1. Perubahan hormon punca lewat

    Mesti anda perasan, kedatangan haid selepas melahirkan anak sangat berkait rapat dengan proses menyusu badan, bukan? Tetapi kenapa?

    Ini kerana sewaktu menyusukan bayi, hormon prolaktin – hormon berfungsi untuk menghasilkan susu badan – boleh mengganggu penghasilan hormon reproduktif. Ia sekali gus membuatkan badan tidak berovulasi secara aktif seperti sebelum ini.

    Tanpa proses ovulasi normal, wanita tidak akan kedatangan haid. Pakar-pakar turut berpandangan, semakin kerap anda menyusu badan, maka kitaran haid anda akan menjadi lebih lambat untuk kembali.

    haid selepas bersalin

    Teruskan proses penyusuan

    Sekiranya anda mendapat anak dan masih belum mengalami haid, tiada apa yang perlu dirisaukan. Terus menyusukan si manja seperti biasa. 

    Tetapi sekiranya anda bimbang, anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada doktor untuk lebih memahami keadaan tubuh anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan