Sepanjang 9 bulan kehamilan, seseorang wanita yang mengandung tidak akan mengalami kedatangan haid sehinggalah selepas melahirkan anak. Hmmm…rasa berdebar pula menantikan haid selepas bersalin.
Berapa lama darah keluar selepas bersalin?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Bila kedatangan haid selepas bersalin?
Untuk menjawab persoalan ini, sebenarnya tiada tempoh spesifik bagi menyatakan bila waktu yang tepat untuk menentukan kedatangan haid pertama bagi seorang wanita selepas bersalin.
Ia adalah berbeza bagi setiap wanita dan bergantung kepada badan serta beberapa faktor lain yang menyebabkan haid anda cepat atau lambat.
Sekiranya anda menyusukan bayi secara terus, ia boleh menjadi antara punca mengapa kedatangan haid selepas bersalin anda menjadi lambat.
Period anda mungkin akan datang lebih awal jika:
- Anda tidak menyusu badan secara eksklusif
- Bayi anda tidur sepanjang malam dan tidak menyusu
5 perkara tentang haid selepas bersalin
Mesti ada wanita yang bimbang apabila tidak didatangi haid selepas 2 hingga 3 bulan bersalin, bukan?
Jangan khuatir, ia adalah sesuatu yang normal. Bahkan sebenarnya ada wanita yang tidak didatangi haid selepas bersalin sehingga tempoh setahun.
Berikut adalah 5 perkara yang perlu anda ketahui tentang haid selepas bersalin:
-
Berbeza bagi setiap wanita
Faktor utama dan terbesar yang boleh menjejaskan waktu period adalah sama ada anda menyusu badan atau tidak.
Menurut Fellow of The American Congress of Obstetricians and Gynecologists, Dr Elizabeth Sauter, “Seseorang wanita yang tidak menyusu badan, maka haid pertamanya akan kembali semula selepas tempoh 6 minggu hingga 3 bulan selepas melahirkan anak.”
Bagi ibu menyusu secara eksklusif sukar untuk meramal bila akan tibanya haid. Amat jarang period untuk kembali sehingga 6 bulan pertama selepas bersalin.
-
Pendarahan banyak berbanding sebelum bersalin
Apabila anda mula mengalami haid selepas melahirkan bayi, ia mungkin berbeza dengan haid yang pernah anda alami sebelum ini.
Haid yang berlaku mungkin akan menimbulkan pengalaman kurang menyenangkan. Ini kerana ia mungkin disertai dengan:
- Ketulan darah
- Rasa kejang yang lebih menyakitkan
- Pendarahan untuk tempoh yang lama
Keadaan tersebut mungkin berlaku kerana badan sedang menyesuaikan diri untuk proses menstruasi selepas berehat lebih daripada 9 bulan.
Jangan terkejut, kerana kebanyakan wanita menganggap kesakitan haid itu lebih menyenangkan berbanding ketika melalui proses kelahiran bayi. Itu sudah semestinya!
-
Kitaran haid tidak teratur
Selepas bersalin, sama ada anda menyusu badan atau tidak, haid anda tetap akan terjejas untuk beberapa tahun pertama selepas melahirkan anak.
Dr Elizabeth memberitahu bahawa ibu yang mempunyai kitaran haid normal sebelum mengandung dan tidak menyusu badan, akan kembali datang bulan seperti biasa dalam tempoh beberapa bulan selepas bayi dilahirkan.
Manakala ibu yang menyusu badan, walaupun sudah period pertama selepas bersalin banyak, mereka mungkin tidak akan mendapat tempoh kitaran selama 28 hari atau sebarang kitaran normal.
-
Lewat? Ia adalah normal
Biasanya haid akan kembali semula selepas 8 minggu melahirkan anak, itu adalah tempoh paling awal haid bagi ibu yang tidak menyusu badan.
Walau bagaimanapun, jika anda menyusu bayi anda secara eksklusif, ia adalah normal untuk mengalami kedatangan haid lambat. Dalam erti kata lain, haid anda mungkin terhenti seketika.
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, tempoh untuk haid kembali adalah berbeza bagi wanita. Ia bergantung kepada kekerapan anda menyusukan bayi serta paras hormon dalam badan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan seseorang wanita hanya akan mengalami haid sekitar tempoh 4 hingga 10 bulan pertama selepas bersalin.
Tetapi tempoh tersebut boleh mencapai 15 hingga 18 bulan selepas kelahiran.
-
Perubahan hormon punca lewat
Mesti anda perasan, kedatangan haid selepas bersalin sangat berkait rapat dengan proses menyusu badan, bukan? Tetapi kenapa?
Ini kerana sewaktu menyusukan bayi, hormon prolaktin – hormon berfungsi untuk menghasilkan susu badan – boleh mengganggu penghasilan hormon reproduktif. Ia sekali gus membuatkan badan tidak berovulasi secara aktif seperti sebelum ini.
Tanpa proses ovulasi normal, wanita tidak akan kedatangan haid. Pakar-pakar turut berpandangan, semakin kerap anda menyusu badan, maka kitaran haid anda akan menjadi lebih lambat untuk kembali.
Teruskan proses penyusuan
Tetapi sekiranya anda bimbang, anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada doktor untuk lebih memahami keadaan tubuh anda.
[embed-health-tool-ovulation]