Kenapa Adanya Kondom Berperisa?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Ya, ia wujud. Kalau anda tidak pernah membeli kondom sebelum ini, mungkin anda tidak perasan bahawa terdapatnya kondom berperisa yang dijual di kedai serbaneka dan juga di farmasi. Namun, timbul satu persoalan penting berkaitan inovasi ini – kenapa?

Kondom? Raw je!

Wow! Gemar living dangerously nampak? Memang betul, penggunaan kondom akan, sedikit sebanyak, mengganggu kenikmatan hubungan intim. Namun, terdapat keadaan di mana penggunaanya adalah sangat digalakkan. Sebagai contoh, jika anda tidak merancang untuk mendapatkan zuriat, penggunaan kondom adalah kaedah pencegah kehamilan yang murah, mudah di dapat dan juga berkesan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jangkitan kelamin seperti HIV, sifilis dan juga chlamydia. Oleh itu, jika anda seseorang yang aktif melakukan hubungan seks dengan lebih daripada satu pasangan, penggunaan kondom adalah sangat disarankan. 

Jadi, kenapa ada kondom berperisa?

Jangan risau, bukan anda seorang sahaja yang terpaksa menggaru kepala, cuba memikirkan kenapa adanya kondom berperisa. Adakah saluran faraj mampu mengesan dan memproses perisa yang terdapat pada kondom tersebut? Adakah pasangan wanita itu turut berasa lapar ketika melakukan hubungan seks?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang mendorong kewujudan kondom berperisa ini. Salah satunya adalah untuk menyemarakan hubungan intim anda. Kondom biasa tidak mempunyai bau atau perisa yang menarik. Sebaliknya, untuk anda yang kerap menggunakannya, anda akan tahu bahawa bau dan rasa kondom tradisional adalah seperti getah kerana jelas sekali, kondom diperbuat daripada getah. Gabungan bau dan rasa yang tidak menyelerakan ini menyebabkan kondom tradisional hampir selalunya tidak digunakan ketika seks oral. Ketiadaan perlindungan ketika melakukan seks oral menyebabkan pemberi blowjob berisiko untuk menerima jangkitan daripada pasangan lelaki.

Bagi menyelesaikan masalah ini, inovasi kondom berperisa telah dihasilkan. Perisa yang ditambah pada bahagian luaran kondom ini bertujuan untuk meningkatkan penerimaannya oleh pasangan wanita di samping melindungi mereka daripada penyakit jangkitan kelamin. Selain itu, kepelbagaian perisa yang ada membolehkan pasangan mencuba perisa-perisa yang berbeza sekali gus menyemarakan hubungan intim. Untuk rakyat Malaysia, terdapat juga kondom yang mempunyai perisa tempatan seperti rendang

Tuntasnya, inovasi kondom berperisa ini mempunyai tujuannya yang tersendiri. Kondom adalah alat pencegah kehamilan yang berkesan di samping member perlindungan daripada jangkitan kelamin. Oleh itu, stigma terhadap penggunaan kondom perlu dihapuskan dan anda berhak untuk mendapatkan hubungan intim yang lebih ‘berperisa’.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut